Sunday, July 7, 2013

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

 
#Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya#


Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Tengok tu mengemas botol air & kain baju, menvakum & mencuci lantai. Kalau balik ke rumah nenek habis mangkuk tupperware nenek diteraburnya. Nasib baik mangkuk kaca tak masuk list alamatnya kena cubit ketam la dengan mama dia. hehe.

 Semua lagak mamanya ditiru bulat-bulat. Yang paling tak tahan sampai boleh gugur bulu tiak aksi dia berlakon mandi. Pandai tu pegang botol syampu dan buat aksi menggosok badan dan rambut. Tiru aksi mama dia mandikan dia lettew. huhu. Time tu dah tak sempat nak record. Kalau tak boleh upload ye dak :p

Hmm rasanya dia ada terkenan kat mama dia kot masa mama dia pregnant dulu. Mama dia memang pengemas rumahtangga terbaik, cuma masak je kureng aktif sikit. hehe. Mama jangan marah ye usik-usik manja je ni

Apa-apa pun Muhammad Iman Harraz memang anak saudara MakTeh yang berbeza lain daripada yang lain. Iras wajah pun unik tak pasti pulak muka mama or ayah. Tambahan dengan rambut ikal kiting dia. hehe.

Budak kecik berlagak sombong. Masa baby dulu innocent je. Dah besar dapat kaki dah tak kenal orang tu. Tak tahu la macam mana Makteh nak ambik hati dia. Balik puasa ni gamaknya kena spare Mickey or Minnie Mouse febret dia tu. Tu pun dua tiga saat je dia jinak kot. huhu. Adios~


p/s: ULASAN DARI MAKTEH YANG MERINDU DAN MENYAYANGIMU.. mmuahh !


Credit to: Iera Adamia

Friday, July 5, 2013

Harijadi Bozz aka Farid Hadi Sweet 25


Event: Birthday Farid Hadi @ McDonalds Taipan USJ @ 1st of July 2013 @ 1.50am
DOB: 25th June 1988
POB: Bandar K (Klang or Kuantan) ain dok habaq tak sure huhu
  
HELLO HIS NAME IS FARID HADI KASSIM

Saya ada seorang kawan ni. Kebetulan berkenalan dengan dia masa kerja tak berapa nak serious kat KFC Teluk Cempedak. Almaklum la masa tu baru je tamat belajar kat UiTM. Balik kampung jap alih-alih nampak ada open interview kat KFC tu. Kerja tak lama pun lebih kurang sebulan je. Kononnya la untuk training MT. Dan dalam masa sebulan tu la kenal si bozz ni. Weh ingat lagi satu tempat kerja tu kau dok panggil semua orang bozz. Habit bozz~

Tup-tup tukar kerja kat Shah Alam setahun lepas tu terjumpa balik si bozz ni. Dah jadi mamat RHB pun. Kira dah mantap la tu ! Tiap-tiap minggu dok lepak Seksyen 7 mai dari jerantut sana demi buah hati pengarang jantung die. Uhukk uhuk !

BOZZ, sempena harijadi kau yang ke 25 tahun ni aku doakan kau lebih berjaya, lebih matang dengan aturan hidup ni & dapat jadi lelaki yang dibanggakan keluarga dan orang tersayang.

p/s: Uitt dah 25 tahun pun kau so kita dah sebaya tau, tak kisah la berapa bulan beza. Haha. Betul tak cik Ainto Nanako ;))


KEK HB MANTOP DARI AIN UNTUK FARID. SO SWEET !


MAKANAN SELINGAN NYUM NYUMM


SAMA COCOK SAMA SWEET MY BFF <3

BIRTHDAY BOY KITA PUN NAK BUSY BODY INTERFRAME NI LALA

MACIK KUAT MAKAN. HIHI


MACIK 2 ORANG NI NAK MENYIBUK GAK.. FUHHH~

Tuesday, March 12, 2013

Doa Penawar Rindu di Kala Ini :')



" Ya Allah, sungguh aku amat merindui dia..
 
Sampaikanlah salamku kepada dia Ya Allah. Jagalah jarak antara aku dan dia & janganlah kau biarkan aku tersimpang ke jalanMu, semoga doaku kepadaMu dapat menjadi pengubat rinduku kepada dia " 


p/s: Sedekahkan Al-Fatihah. InshaAllah akan ada respon yang baik.

Mana ada saya pilih, Allah bagi - Irma Hasmie


Jika ditanya, kenapa aku pilih dia ?

 Akan ku katakan pada semua, itulah RAHSIA ALLAH. 


p/s: Jodoh & ajal adalah rahsia Allah SWT yang pasti..

 
Credit to: Tengku Faris Tg Khalid
 

Ceritera Cinta Dara Sabah di Bawah Bayu


...SABAH DI BAWAH BAYU...

TERSEBUTLAH KISAH... Pada zaman dahulu ada dara cantik bernama Sabah, berkahwin dengan jejaka tampan bernama Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkahwinan mereka menghasillan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka kesana kemari menakluk, membuka kota baru dan membesarkan keluarga mereka.

Sabah sangat sayang laki dia yang gagah dan berani. Setelah masa berlalu, kehandalan Brunei semakin kurang, apatah lagi dengan kedatangan jejaka mata biru yang gagah dari luar, si Sepanyol dan si British. Isteri Brunei bernama Amanilah dirampas Sepanyol, ditukar namanya jadi Manila.

Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun tahun, Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya maka Brunei menjanjikan menyerahkan isterinya Sabah kepada Sulu. Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia tidaklah membantu dalam perang saudara, oleh kerana kekuatan Brunei semakin lemah, perkara ini didiamkan sahaja. Jadilah Sabah mempunyai dua laki dalam masa yang sama.

Kemudian British datang, ingin menyunting Sabah dari Brunei, Brunei mengizinkan dengan hantaran 12000 kepada Brunei, British juga menyunting Sabah dari Sulu, melihat Brunei dapat wang 12000 setahun, maka Sulu juga ingin menyerahkan “isterinya”, dapatlah ia 5000 setahun.

Begitulah nasib Sabah, walaubagaimanapun Sabah gembira dengan laki baru dia British, duit makin masuk, ekonomi makin stabil, anak-anak ramai yang bekerja, makan minum hidup gembira. Sehinggalah datang pemuda mata sepet, Jepun. Jepun datang tidak menyunting, tidak merisik, tidak meminang. Ambik terus bini orang, British dihalau jauh dari Sabah.

Kerana cintanya kepada Sabah, British datang kembali bersama suku sakatnya, menuntut Sabah dari Jepun. Tidak lama kemudian Jepun yang handal sudah mengalah, British kembali dengan isterinya, namun British sudah miskin, susah untuk mengatur keluarganya. British ingin menceraikan Sabah.

Sabah dipinang oleh jejaka Malaya, bermadu dengan Sarawak & Singapura tinggal dalam rumah kecil bernama Malaysia. Tidak lama selepas itu Singapura diceraikan, selepas jantinanya tidak diketahui samaada jantan atau betina, dan menyusahkan lakinya. Alhamdulilah, rumahtangga kali ini rukun damai dan tenteram, asalnya miskin dan sekarang senang.

Brunei memandang dari jauh bekas isterinya yang bahagia, tidak apalah, Brunei juga bahagia walau menduda. British semakin melupakan percintaan lama, Jepun langsung tidak peduli….

TETAPI SULU.. laki Sabah yang dulu, nampaknya ingin merampas kembali bekas isterinya yang semakin harum, semakin cantik dan bergaya. Kepada Sulu, lelaki gila talak, tiada anak-anak Sabah inginkan bapa tiri macam kamu.. 

Adakah ya bah~




Related article: Sabah ialah hak milik sah Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa, dan negeri itu atau sebahagian daripadanya, tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, perkara itu jelas termaktub dalam keputusan Suruhanjaya Cobbold 1963 yang menentukan bahawa majoriti rakyat Sabah bersetuju negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia.

"Sebelum Malaysia dibentuk, sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Cobbold telah diwujudkan, bagi membuat pungutan suara rakyat Sabah berkenaan penyertaan negeri itu dalam Persekutuan Malaysia.

"Secara keseluruhan suruhanjaya itu mendapati rakyat Sabah mahu menyertai Malaysia dan kemasukan ke Malaysia adalah tindakan kenegaraan dan tiada lagi tuntut-menuntut selepas itu," katanya.

Source: Utusan [05/10/2013]



p/s: Al-Fatihah.. semoga pahala syahid buat wira tergugur di bumi Sabah.. Amin~


Credit to: Lee Gitu Gitu, Koding.Kn

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...