Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Fakta Kelahiran Bayi-bayi Comel... Subhanallah !




1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.


3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.


4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.


5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.


6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.


7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.


8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.


9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.


10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.




p/s: Subhanallah.... Besarnya pengorbanan seorang ibu. Sungguh terasa bertuahnya Allah memberi nikmat ini kepada wanita. Syukur Alhamdulillah. Kepada wanita, ibu & bakal ibu di luar sana lihatlah betapa banyak pahala yang diberi oleh Allah. Oleh itu jaga & didiklah anak anda dengan sebaik-baiknya. Yakinlah bahawa nilai pengorbanan ini adalah milik ibu yang yakin kepada Tuhannya....



ANA NAK SHARE GAMBAR ANAK-ANAK SAUDARA :))

...DAMIA ADANI BINTI RAFIZAN...


...AININ SOFIYA BINTI SUHAIMI...


...MUHAMMAD ADAM MUKHLISH BIN RAFIZAN...


...MUHAMMAD IMAN HARRAZ BIN RAFIZAN...



Baby2 comel... Hehe. Semua pon dah besar panjang. Cuma Muhammad Iman Harraz je yang still baby baru nak masuk 3 months :)

TERBARU ;))

...ALIYA MARISSA BIN SUHAIMI...

Wednesday, April 13, 2011

Ameng: Bahana Dadah



Baru reda beberapa minggu lepas kisah pembebasan Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim, 33, yang ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, Johor bermula 25 Mac tahun lalu kerana kes dadah mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- Langkah Pencegahan Khas) 1985, pada 17 Mac lalu, kini masyarakat dikejutkan pula dengan isu dadah oleh Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng. 

...AMENG DIBAWA KELUAR DARI MAHKAMAH SEKSYEN KUALA LUMPUR...

HUKUMAN

Ameng telah dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12hb April 2011 bersamaan hari Selasa semalam. Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.


PERTUDUHAN

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram. Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.

Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.


KRONOLOGI KES 

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu. Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja. Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipercayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu. 


RAYUAN

Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu. 

Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut. Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan. 

Source: BERNAMA


INFO TAMBAHAN DADAH:

...SAY NO TO DRUGS...


Dadah ialah apa apa juga bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila di masukkan ke dalam tubuh badan secara di suntik, dihidu, dihisap atau di makan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.


JENIS-JENIS DADAH

...KETAMIN...
Penagih akan menyedut serbuk itu menggunakan hidung atau memasukkan ke dalam minuman.



...SYABU...


Di hisap menggunakan "dapur" yang di perbuat daripada kaca. Kemudian membakarnya menggunakan api kecil dan menyedut asap yang terhasil.



...ERAMIN 5...
Pil ini akan di hisap sehingga habis.


...ECTASY...
Dan ini paling popular di pesta kerana mudah di bawa. Penagih hanya perlu menelan dan kesan akan di rasakan 20 hingga 30 minit selepas itu.






Tips mencegah terlibat dengan dadah

  • Jangan merokok kerana merokok adalah punca utama ke arah menjadi penagih dadah
  • Kuat azam supaya tidak terlibat dengan dadah
  • Jauhkan dari bergaul dengan mereka yang disyaki terlibat dengan dadah
  • Jangan mencuba dadah walaupun sekali.
  • Jangan terpedaya dengan tawaran yang lumayan yang di tawarkan oleh mana-mana pihak. Silap haribulan kita akan terperangkap. Ramai anak gadis Malaysia telah terperangkap dengan sindiket pegedaran dadah. Mereka telah di tawarkan percutian ke luar negara tetapi sebenarnya mereka telah dipergunakan sebagai "keldai" untuk mengedar dadah.


Jenayah berkadar terus dengan bilangan penagih dadah

  • Semakin ramai penagih dadah semakin bertambah kes jenayah. 
  • Penagih sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang untuk membeli stok dadah mereka. Mereka sanggup meragut, menyamun, pecah rumah dan membunuh. 
  • Ketagihan yang melampau menyebabkan penagih dadah hilang kewarasan. 



Aids berkadar terus dengan bilangan penagih dadah


  • Semakin ramai penagih dadah semakin ramai pesakit Aids. 
  • Ini kerana penagih dadah sering berkongsi jarum suntikan sesama mereka.

Pesanan khidmat masyarakat: BELIA BENCI DADAH!!


Credit to: Miecyber


Sunday, April 3, 2011

Masinnya Garam Tu...


...GARAM DARI LAUT...


Dalam pengajian sains, garam merupakan campuran neutral yang terdiri daripada ion-ion. Siapa yang tidak kenal dengan garam?! Anda menggunakan garam untuk memasak. Di sebalik warna putihnya yang menyenangkan ternyata ada beberapa fakta yang menarik tertulis tentang garam. Di sini disebutkan 15 fakta menarik tentang garam.

Monday, November 29, 2010

10 Makanan Penyembuh Penyakit Untuk Tubuh


‘Biarlah makanan menjadi ubatmu’. Kata-kata tabib Yunani kuno bernama Hippocrates itu begitu popular di dalam dunia kedoktoran. Pesanan itulah yang kemudian mendorong para ilmuwan menambah pengetahuan mengenai manfaat makanan bagi kesihatan tubuh. Selama bertahun-tahun, ahli gizi makanan melakukan kajian untuk mengenalpasti manfaat nutrisi dari makanan tertentu. Mereka mengkaji protein, karbohidrat, kalori, lemak, mineral dan vitamin untuk menentukan manfaat kesihatan bagi tubuh manusia.

Berikut sejumlah makanan yang memberi banyak manfaat untuk tubuh, seperti dinyatakan dari laman web Methods of Healing.
 

#1 Madu
Kajian menunjukkan bahawa madu mengandung antibakteria dan antivirus. Kajian terperinci menyebut madu bermanfaat untuk menyembuhkan luka dan baik untuk kesihatan pencernaan.


#2 Green Tea
Kajian menunjukkan, teh hijau membantu mengurangi risiko kanser, stroke dan penyakit jantung. Teh hijau juga diyakini membantu mencegah penyakit diabetes tahap kedua dan osteoporosis, serta meredakan radang usus.



#3 Kenari
Makan kenari setiap hari boleh menjadi makanan diet rendah lemak yang mengenyangkan serta menurunkan tahap kolesterol dalam badan yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koroner.

  
#4 Blueberry
Merupakan jenis buah yang mengandungi tahap antioksidan tinggi. Kandungan zat di dalamnya membantu melambatkan proses penuaan, mengurangi risiko diabetes, menurunkan kolesterol, serta meransang kesihatan urine dan penglihatan.



#5 Delima
Sebagai buah yang kaya dengan antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa delima membantu mengurangi risiko penyakit jantung dan menurunkan tekanan darah. Turut membantu menurunkan kolesterol dalam badan dan mengurangkan risiko kanser tertentu.




#6 Rempah
Kayu manis membantu menurunkan kolesterol dan menstabilkan gula dalam darah. Halia membantu memperbaiki tahap kesihatan pencernaan. Manfaat halia sebagai pencegah kanser juga sedang giat dikaji. Sementara kunyit diyakini dapat memperlambatkan perkembangan penyakit Alzheimer serta mengurangi risiko kanser.


#7 Yogurt
Yogurt terbaik adalah yogurt halus. Kandungan kalsium, magnesium, Vitamin B-2 & B-12, dan probiotik yang dikenali sebagai bakteria baik dalam usus, bermanfaat menyihatkan sistem pencernaan serta kekebalan tubuh. Pengambilan yogurt secara teratur juga diyakini dapat membantu menurunkan kolesterol.

  


#8 Coklat hitam
Jenis coklat ini menawarkan manfaat yang baik bagi sistem kardiovaskular serta perlindungan dari risiko kanser. Tidak hanya itu, pengambilan coklat hitam juga bisa membangkitkan perasaan hati yang tenang untuk kesihatan emosional dan mental.


#9 Salmon
Salmon kaya dengan omega-3 asid lemak dan protein, rendah kalori dan rendah lemak tepu. Manfaat kesihatan ikan salmon termasuk pencegahan diabetes, alzheimer, kanser serta menyihatkan sistem kardiovaskular.

  
#10 Brokoli
Brokoli penuh dengan khasiat vitamin seperti asid folat, vitamin A, B6 dan K dan mineral seperti kalsium dan kalium yang membantu anda menjadi lebih sihat. Brokoli dianggap sebagai makanan penyembuhan yang diaktifkan oleh phytochemical indole-3-carbinol dan sulforaphane yang dapat membantu melawan kanser.


Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...