owner




Assalamualaikum Pembuka Bicara
~@@~


Saya Anna @ Siti Aminah Nasarudin. Dilahirkan pada tanggal 5 November 1987, pukul 4.04 pagi di Ipoh, Perak. Sekarang menetap di Kuantan, Pahang. Berkelulusan Bachelor of Parks & Amenity Management (Hons) dari Universiti Teknologi Mara kampus induk Shah Alam.


Buku Kehidupan Saya
~@@~


Saya hanyalah seorang gadis yang biasa. Yang bisa menaip serta bisa bercerita. Saya masih baru dalam dunia blog. Jika ada salah dan silap tegurilah saya. Saya mementingkan kesempurnaan. Tidak suka dikongkong. Bagi saya dunia blog adalah dunia yang bebas untuk saya meluahkan rasa hati, perasaan, jiwa dan minat saya. 


Selain itu, saya adalah seorang yang complicated, bermaksud saya sukar difahami, degil dan perahsia orangnya. Dalam pada masa yang sama saya adalah seorang yang setia, peramah dan bercita-cita tinggi. Jika berkehendakan sesuatu saya tidak akan berputus asa untuk mendapatkannya. Saya juga suka berkawan dan menambah kenalan. Bagi saya berkawan ini umpama dunia tanpa sempadan. Tiada had dan batas samada lelaki atau perempuan. Yang disenangi, bertolak ansur, jujur dan tidak pernah mengkhianati itulah sebaik-baik sahabat.


Dunia ini terlalu luas. Alangkah indahnya hidup jika setiap ceruk dunia ini dapat dijelajahi. Mencari pengalaman-pengalaman baru dalam hidup yang boleh mengajar saya erti susah dan senang dalam diri. Benar pengalaman itu mendewasakan. Dan dari situ saya belajar menerima pandangan dan keputusan orang lain dan sesungguhnya ia adalah pelajaran yang terhebat dan terindah dalam hidup saya. Walaupun ada yang sepahit hempedu namun saya ajari diri supaya tidak bisa melatah kerana aturan hidup ini sememangnya adil. 


Sesuatu yang berlaku dalam hidup ini samada tawa gembira tangis dan sedih pasti ada mengandungi seribu hikmah yang Allah ingin kurniakan kepada kita supaya kita boleh belajar mensyukuri, tabah dan redha dengan apa-apa pun ganjaran, dugaan dan ujian yang diberikan. Dan ketahuilah bahawa Allah itu lebih mengetahui apa yang sebaik-baiknya untuk hambaNya. 


Penutup Bicara
~@@~


Ingin saya sudahi coretan ini dengan ucapan salam ukhuwah dan terima kasih kerana sudi menjenguk di blog saya ini. 


 Wassalam.....

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...