Friday, June 8, 2012

Perihal Ikan Keli: Makanlah Tanpa Rasa Was-was :)



Ikan keli adalah merupakan antara senarai ikan pecah panggung pilihan saya selain ikan patin dan tenggiri. Tetapi tahukah anda tentang perihal ikan keli ? Jangan tahu sedap makan je tau. Kadang-kadang memang timbul rasa was-was nak makan sebab kebanyakan ikan keli yang dibeli diternak oleh orang bukan Melayu. So untuk mengurangkan gundah-gulana di hati boleh cek perbezaan fizikal ikan keli HARAM & HALAL. Info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli di pasar. Selain itu, jom ushar the story of ikan keli ni :)

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.


JENIS-JENIS
. Ikan Keli Kayu
. Ikan Keli Bunga
. Ikan Keli Eksotika
. Ikan Keli Limbat
. Ikan Keli Mata Kati
. Ikan Keli Rusia
. Ikan Keli Afrika
. Ikan Keli Jeram
. Ikan Keli Hutan

IKAN TERNAKAN
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar. Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".


KEPERCAYAAN
Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak. Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak. Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.



HARAM
(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

HALAL
(diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup


p/s: Alhamdulillah, rasa heaven betul makan hari ni. Resipi ikan keli masak lemak dengan bunga kantan dimasak oleh kakak saya. Pergh ! Memang sedap hingga menjilat ibu jari. Huhu...



Tapi maaf la gambar lupa nak ambil. dah selamat masuk pon dalam perut. habis je makan baru teringat. Gambar tulang ikan ada la. Nak tengok ke ? Credit photo to: Haniliza Photopages



Credit to: Wanita Melayu Islam Jangan Pakai Baju Ketat Di Tempat Awam

No comments:

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...