Thursday, January 24, 2013

Pasar Tani Seksyen 13 & Sotong Kangkung


Sepanjang menetap di Shah Alam selama 5 tahun tak pernah sekali pon saya menjejakkan kaki ke Pasar Tani Seksyen 13. Tumpuan kaki hanya di Pasar Tani Seksyen 7 dan Seksyen 17. Maka apabila menyambut pelawaan kenalan ke situ, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menjelajah ke segenap pelusuk pasar tani tersebut yang selama ini hanya dapat saya tatap melalui cermin kereta di sepanjang jalan ke rumah. 

Hajat di hati ingin mengushar tudung bawal paddlepop. Tapi tak ada rezeki kot. Kena beli on9 lar gamaknya. Akhirnya yang dapat disambar oleh si tangan hanyalah brooch & inner. Nevermind, at least ada gak kan. Huhu

Bercakap pasal makanan memang banyak pilihan untuk food lover >> ditujukan khas untuk saya. Untuk menu breakfast pagi itu saya pilih sotong kangkung dari banyak deretan gerai makanan yang ada. Actually ianya adalah kangkung + sotong jeruk. Kenalan saya aka Encik S rupa-rupanya tak gemar makan sotong jeruk ni. Jenuh gak saya meyakinkan dia yang sotong jeruk tersangatlah sedap dan bukannya makanan alien :p Hehe. Mak saya pon kalau di rumah kat kuantan selalu masak sambal sotong jeruk. Memang kecur liuq kalau teringat tu.

So lepas makan dan puas bertawaf dengan matahari yang makin meninggi ke paras bahu, kira-kira pukul 12 tengah hari kami pon mengambil keputusan nak check out. Tamat sudah journey to the Pasar Tani Seksyen 13 Shah Alam. Ada rezeki kita ketemu lagi ye bu !! Papaiii ;))





Venue: Jalan-jalan Cari Tudung with Encik S
Date: 6th January 2013~ Pagi Ahad yang indah 

Credit to: Encik S >> photographer yang tersangat artistik. Huhu~ TQVM

No comments:

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...