Sunday, July 7, 2013

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

 
#Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya#


Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Tengok tu mengemas botol air & kain baju, menvakum & mencuci lantai. Kalau balik ke rumah nenek habis mangkuk tupperware nenek diteraburnya. Nasib baik mangkuk kaca tak masuk list alamatnya kena cubit ketam la dengan mama dia. hehe.

 Semua lagak mamanya ditiru bulat-bulat. Yang paling tak tahan sampai boleh gugur bulu tiak aksi dia berlakon mandi. Pandai tu pegang botol syampu dan buat aksi menggosok badan dan rambut. Tiru aksi mama dia mandikan dia lettew. huhu. Time tu dah tak sempat nak record. Kalau tak boleh upload ye dak :p

Hmm rasanya dia ada terkenan kat mama dia kot masa mama dia pregnant dulu. Mama dia memang pengemas rumahtangga terbaik, cuma masak je kureng aktif sikit. hehe. Mama jangan marah ye usik-usik manja je ni

Apa-apa pun Muhammad Iman Harraz memang anak saudara MakTeh yang berbeza lain daripada yang lain. Iras wajah pun unik tak pasti pulak muka mama or ayah. Tambahan dengan rambut ikal kiting dia. hehe.

Budak kecik berlagak sombong. Masa baby dulu innocent je. Dah besar dapat kaki dah tak kenal orang tu. Tak tahu la macam mana Makteh nak ambik hati dia. Balik puasa ni gamaknya kena spare Mickey or Minnie Mouse febret dia tu. Tu pun dua tiga saat je dia jinak kot. huhu. Adios~


p/s: ULASAN DARI MAKTEH YANG MERINDU DAN MENYAYANGIMU.. mmuahh !


Credit to: Iera Adamia

Friday, July 5, 2013

Harijadi Bozz aka Farid Hadi Sweet 25


Event: Birthday Farid Hadi @ McDonalds Taipan USJ @ 1st of July 2013 @ 1.50am
DOB: 25th June 1988
POB: Bandar K (Klang or Kuantan) ain dok habaq tak sure huhu
  
HELLO HIS NAME IS FARID HADI KASSIM

Saya ada seorang kawan ni. Kebetulan berkenalan dengan dia masa kerja tak berapa nak serious kat KFC Teluk Cempedak. Almaklum la masa tu baru je tamat belajar kat UiTM. Balik kampung jap alih-alih nampak ada open interview kat KFC tu. Kerja tak lama pun lebih kurang sebulan je. Kononnya la untuk training MT. Dan dalam masa sebulan tu la kenal si bozz ni. Weh ingat lagi satu tempat kerja tu kau dok panggil semua orang bozz. Habit bozz~

Tup-tup tukar kerja kat Shah Alam setahun lepas tu terjumpa balik si bozz ni. Dah jadi mamat RHB pun. Kira dah mantap la tu ! Tiap-tiap minggu dok lepak Seksyen 7 mai dari jerantut sana demi buah hati pengarang jantung die. Uhukk uhuk !

BOZZ, sempena harijadi kau yang ke 25 tahun ni aku doakan kau lebih berjaya, lebih matang dengan aturan hidup ni & dapat jadi lelaki yang dibanggakan keluarga dan orang tersayang.

p/s: Uitt dah 25 tahun pun kau so kita dah sebaya tau, tak kisah la berapa bulan beza. Haha. Betul tak cik Ainto Nanako ;))


KEK HB MANTOP DARI AIN UNTUK FARID. SO SWEET !


MAKANAN SELINGAN NYUM NYUMM


SAMA COCOK SAMA SWEET MY BFF <3

BIRTHDAY BOY KITA PUN NAK BUSY BODY INTERFRAME NI LALA

MACIK KUAT MAKAN. HIHI


MACIK 2 ORANG NI NAK MENYIBUK GAK.. FUHHH~

Tuesday, March 12, 2013

Doa Penawar Rindu di Kala Ini :')



" Ya Allah, sungguh aku amat merindui dia..
 
Sampaikanlah salamku kepada dia Ya Allah. Jagalah jarak antara aku dan dia & janganlah kau biarkan aku tersimpang ke jalanMu, semoga doaku kepadaMu dapat menjadi pengubat rinduku kepada dia " 


p/s: Sedekahkan Al-Fatihah. InshaAllah akan ada respon yang baik.

Mana ada saya pilih, Allah bagi - Irma Hasmie


Jika ditanya, kenapa aku pilih dia ?

 Akan ku katakan pada semua, itulah RAHSIA ALLAH. 


p/s: Jodoh & ajal adalah rahsia Allah SWT yang pasti..

 
Credit to: Tengku Faris Tg Khalid
 

Ceritera Cinta Dara Sabah di Bawah Bayu


...SABAH DI BAWAH BAYU...

TERSEBUTLAH KISAH... Pada zaman dahulu ada dara cantik bernama Sabah, berkahwin dengan jejaka tampan bernama Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkahwinan mereka menghasillan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka kesana kemari menakluk, membuka kota baru dan membesarkan keluarga mereka.

Sabah sangat sayang laki dia yang gagah dan berani. Setelah masa berlalu, kehandalan Brunei semakin kurang, apatah lagi dengan kedatangan jejaka mata biru yang gagah dari luar, si Sepanyol dan si British. Isteri Brunei bernama Amanilah dirampas Sepanyol, ditukar namanya jadi Manila.

Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun tahun, Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya maka Brunei menjanjikan menyerahkan isterinya Sabah kepada Sulu. Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia tidaklah membantu dalam perang saudara, oleh kerana kekuatan Brunei semakin lemah, perkara ini didiamkan sahaja. Jadilah Sabah mempunyai dua laki dalam masa yang sama.

Kemudian British datang, ingin menyunting Sabah dari Brunei, Brunei mengizinkan dengan hantaran 12000 kepada Brunei, British juga menyunting Sabah dari Sulu, melihat Brunei dapat wang 12000 setahun, maka Sulu juga ingin menyerahkan “isterinya”, dapatlah ia 5000 setahun.

Begitulah nasib Sabah, walaubagaimanapun Sabah gembira dengan laki baru dia British, duit makin masuk, ekonomi makin stabil, anak-anak ramai yang bekerja, makan minum hidup gembira. Sehinggalah datang pemuda mata sepet, Jepun. Jepun datang tidak menyunting, tidak merisik, tidak meminang. Ambik terus bini orang, British dihalau jauh dari Sabah.

Kerana cintanya kepada Sabah, British datang kembali bersama suku sakatnya, menuntut Sabah dari Jepun. Tidak lama kemudian Jepun yang handal sudah mengalah, British kembali dengan isterinya, namun British sudah miskin, susah untuk mengatur keluarganya. British ingin menceraikan Sabah.

Sabah dipinang oleh jejaka Malaya, bermadu dengan Sarawak & Singapura tinggal dalam rumah kecil bernama Malaysia. Tidak lama selepas itu Singapura diceraikan, selepas jantinanya tidak diketahui samaada jantan atau betina, dan menyusahkan lakinya. Alhamdulilah, rumahtangga kali ini rukun damai dan tenteram, asalnya miskin dan sekarang senang.

Brunei memandang dari jauh bekas isterinya yang bahagia, tidak apalah, Brunei juga bahagia walau menduda. British semakin melupakan percintaan lama, Jepun langsung tidak peduli….

TETAPI SULU.. laki Sabah yang dulu, nampaknya ingin merampas kembali bekas isterinya yang semakin harum, semakin cantik dan bergaya. Kepada Sulu, lelaki gila talak, tiada anak-anak Sabah inginkan bapa tiri macam kamu.. 

Adakah ya bah~




Related article: Sabah ialah hak milik sah Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa, dan negeri itu atau sebahagian daripadanya, tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, perkara itu jelas termaktub dalam keputusan Suruhanjaya Cobbold 1963 yang menentukan bahawa majoriti rakyat Sabah bersetuju negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia.

"Sebelum Malaysia dibentuk, sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Cobbold telah diwujudkan, bagi membuat pungutan suara rakyat Sabah berkenaan penyertaan negeri itu dalam Persekutuan Malaysia.

"Secara keseluruhan suruhanjaya itu mendapati rakyat Sabah mahu menyertai Malaysia dan kemasukan ke Malaysia adalah tindakan kenegaraan dan tiada lagi tuntut-menuntut selepas itu," katanya.

Source: Utusan [05/10/2013]



p/s: Al-Fatihah.. semoga pahala syahid buat wira tergugur di bumi Sabah.. Amin~


Credit to: Lee Gitu Gitu, Koding.Kn

Kadang Saya Rindu Diri Saya Yang Dulu..


 
Waktu itu saya tidak mempunyai apa-apa perasaan selain daripada perasaan untuk terus hidup dan menanti keajaiban.. dan cahaya itu datang untuk menerangkan hati yang pudar ini dalam bercinta..

saya rindu diri saya yang mampu menolak cinta dari mana-mana yang datang suatu ketika dahulu hinggalah kini..

saya sakit dalam bercinta.. sakit untuk tanggung derita yang mana pada awalnya bahagia dan kini apa yang saya harap cuma hati saya lebih kuat untuk berdepan dengan apa juga dugaannya..

saya tidak mampu kembali ke masa dulu untuk menjadi diri saya yang dulu..
saya cuma mampu berharap kekuatan itu ada dengan saya..
Tuhan Itu Adil..

Semoga harapan dengan kepercayaan itu sentiasa ada bersama saya untuk menjadi cahaya saya untuk terus hidup :)

-HoPe-


 Credit to: FBmania

Wednesday, February 6, 2013

Wordless Wednesday #6: Penakut



Apakah itu WORDLESS WEDNESDAY ?? KLIK SINI

Pesanan buat Kekasih ♥



untuk ADAM : JANGAN LAYAN wanita tu special sangat jika TIDAK ADA NIAT untuk buat dia menjadi yang SAH/HALAL..wanita ini lain sikit, CEPAT PERASAN dan MUDAH JATUH HATI..jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin..jangan beri HARAPAN pada yang mudah menyerap harapan..hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah..bila sudah terluka, susah nak rawat balik..


untuk HAWA : JANGAN BERHARAP terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang..ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak..jadilah wanita yang TEGAS, MAHAL dan TIDAK MUDAH untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu..
 

p/s: Harapan sesama manusia tidak boleh 100%, kelak diri sendiri yang merana. Sesungguhnya bukan senang nak mencari pasangan hidup. Pengalaman mendewasakan, Hidup ini satu perjuangan :')


Credit photo to: Encik S


Thursday, January 24, 2013

Pasar Tani Seksyen 13 & Sotong Kangkung


Sepanjang menetap di Shah Alam selama 5 tahun tak pernah sekali pon saya menjejakkan kaki ke Pasar Tani Seksyen 13. Tumpuan kaki hanya di Pasar Tani Seksyen 7 dan Seksyen 17. Maka apabila menyambut pelawaan kenalan ke situ, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menjelajah ke segenap pelusuk pasar tani tersebut yang selama ini hanya dapat saya tatap melalui cermin kereta di sepanjang jalan ke rumah. 

Hajat di hati ingin mengushar tudung bawal paddlepop. Tapi tak ada rezeki kot. Kena beli on9 lar gamaknya. Akhirnya yang dapat disambar oleh si tangan hanyalah brooch & inner. Nevermind, at least ada gak kan. Huhu

Bercakap pasal makanan memang banyak pilihan untuk food lover >> ditujukan khas untuk saya. Untuk menu breakfast pagi itu saya pilih sotong kangkung dari banyak deretan gerai makanan yang ada. Actually ianya adalah kangkung + sotong jeruk. Kenalan saya aka Encik S rupa-rupanya tak gemar makan sotong jeruk ni. Jenuh gak saya meyakinkan dia yang sotong jeruk tersangatlah sedap dan bukannya makanan alien :p Hehe. Mak saya pon kalau di rumah kat kuantan selalu masak sambal sotong jeruk. Memang kecur liuq kalau teringat tu.

So lepas makan dan puas bertawaf dengan matahari yang makin meninggi ke paras bahu, kira-kira pukul 12 tengah hari kami pon mengambil keputusan nak check out. Tamat sudah journey to the Pasar Tani Seksyen 13 Shah Alam. Ada rezeki kita ketemu lagi ye bu !! Papaiii ;))





Venue: Jalan-jalan Cari Tudung with Encik S
Date: 6th January 2013~ Pagi Ahad yang indah 

Credit to: Encik S >> photographer yang tersangat artistik. Huhu~ TQVM

Wednesday, January 23, 2013

Ke PD Pulak Dah ! BbQ Yihuuu~



Tanggal 5 Januari 2013 tersebutlah kisah 3 sahabat yang bekerja di bawah satu bumbung yang sama Anna King, Jiha Atilia & Nisa Ecum, disertai Azim Faris & Qiddy Jeans merancang trip makan angin hidu asap ke Port Dickson. Tepat jam 12 malam kami bertolak menyusuri Elite highway dan kira-kira pukul 1 pagi kami sampai ke destinasi~ PD. 


Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyambut kedatangan kami. Malam itu langit cerah dan bintang-bintang berkelipan. Syahdu je rasa. Phieww~



Pssttt~ Budak berdua ni memang pantang nampak kamera snap. Sampai tertonggeng tuu. Ahaha~


Sesi menghidupkan api oleh si Adam sekalian. Si Hawa sekalian hanya mampu mencuci mata ;))


Ayam dan kambing BbQ made in Giant. Tak sempat nak buat yang homemade punya. Apa-apa pon puas hati beb, finger lickin so good~ yeahhh !! 



RM1 satu cucuk. Jual-beli oleh Nisa Ecum. Next time takmo lupa-lupa dah tau :p



Setia menanti ke akhir garisan. Sambil tunggu ayam masak buat medley lagu tanpa gitar. Piano je yang ada kot. Ye dok Nisa Ecum. Hihihi~


Nasik goreng kampung yummy-yummy seorang sepinggan :))



#4am crew jommm balik. Jumpa lagi next time PD peace yooo#
Insha Allah...

p/s:
**Jiha Atilia & Nisa Ecum si morning shift. Alahaiii kesian dieee. Nasib baik gue afternoon shift boleh sambung tidur sampai pukul 12 tengahari. Hehew~

HB Ainto Nanako ! Cheers~


To: Cik Ainto Nanako aka Nurul Ain Sidek

~Happy Birthday, Selamat Hari Jadi, Allah Selamatkan Kamu~ Lagu untuk malam tu :))
Masihkah kau ingat ??




#Dan ingat lagikah dikau kepada ucapan selamat hari jadi dari Abah aka Encik Sidek#
**Ucapan abah untuk tahun ini - selamat hari lahir abah ucapkan..smoga berbahagia disamping menjalankan tugas seharian dan abah ucapkan smoga istiqamah mmbuat kebaikan dan mnjadi anak yg solehah..amin...


So jangan nak sentap sangat ye cik ain yang nakal tapi comel dengan mata besarnya. Winkwink~ Lepas ni boleh main-main tapi dengan kitaorang je tau. Be serious gak kumpul duit nak pinang anak teruna orang tuu. Take note bila kita dah besar panjang makin banyak tanggungjawab. So semoga sukses dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan ;))











...ANNA KING, NORUL ATIKAH, AINTO NANAKO & FD HADEE ...

Selamat Ulang Tahun ke-26 Sahabatku...
Semoga hari hari depanmu lebih bahagia dan penuh harapan..
Meski ada sedikit rintangan anggaplah itu hanya suatu cubaan untuk semakin menguatkan imanmu..
Sekali lagi Happy Birthday...
Semoga segala kebaikan menyertaimu "I wish you all the best..."

Venue: Birthday Ain#Januari 2013#PadangMBSA#Sailormooncake

Sayang & Rindu Mak 2013


Saya sayang Mak lebih dari diri saya :')

NANGIS BACA INI ::
Aku mempunyai pasangan hidup...
Saat senang aku cari pasanganku
Saat sedih aku cari ibu.
Saat sukses aku ceritakan pada pasanganku
Saat gagal aku ceritakan pada ibu.
Saat bahagia aku peluk erat pasanganku
Saat sedih aku peluk erat ibu.
Saat sambut birthday pasangan aku berikan hadiah istimewa dan buat surprise
Saat sambut hari ibu aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu".
Selalu aku ingat pasanganku
Selalu ibu yang ingat aku.
Setiap saat aku akan call pasanganku
Kalau ingat aku akan call ibu.
Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bile aku akan belikan hadiah untuk ibu.
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu tidak minta banyak... lima puluh sebulan pun cukuplah"
Berderai air mata jika kita mendengarnya.
Tapi kalau ibu sudah tiada
ibu aku RINDU, aKU RIIINDDUU, SANGAT RINDU.
Berapa banyak yang sanggup menyuapkan ibunya makan
berapa banyak yang sanggup melap muntah ibunya
berapa banyak yang sanggup mengganti lampin ibunya
berapa banyak yang sanggup..... membersihkan najis ibunya
berapa banyak yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya
berapa banyak yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya
Dan akhir sekali berapa banyak yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Credit to: Heliza Helmi


~CERITERA SAYA~


...MENUNGGU DI CAR WASH WITH MAK...

9 Januari 2013... Saya demam sebab terlalu rindukan mak. Lalu keputusan drastik diambil, saya balik kampung malam tu gak. Puas hati dapat bermanja dan tidur sekatil dengan mak. Mak urutkan kepala saya sampai pecah biji angin. Ingatkan saya untuk mamam ubat. Tapi nyaris saya tak makan, rupa-rupanya ubat darah tinggi mak. Huhu~

Tersedar saya tika itu betapa istimewanya layanan seorang mak untuk anaknya. Mak kalau diberi peluang untuk kerja di Kuantan dan duduk sebumbung dengan mak alangkah bersyukurnya diri ini. Mudah-mudahan Allah permurahkan rezeki saya ke arah itu. Amin Yarabal Alamin~


p/s: SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN MAK @ AZIZAH DOLLAH HASSAN YANG KE 58 TAHUN #12 JANUARI 2013
**TERIMA KASIH UNTUK DOA MAK. INSHA ALLAH SAYA AKAN JADI ANAK YANG BAIK DAN SOLEHAH UNTUK MAK & ARWAH ABAH DI DUNIA & AKHIRAT. AMIN 

Baik Punya Hantaran Kot


Macam-macam idea hantaran sekarang dari yang vintage, branded dan seangkatan dengannya. Tapi yang ini memang terbaik + glamour kan. Mesti mata para hadirin tak berkelip-kelip tengok. Teruja gitu. Hehew~



p/s: See jimat ongkos bakal pengantin. Selain itu, khasiat makan petai ni pastinya awet muda sentiasa. Tersangat sedap if dibuat ulam cicah budu ataupun buat sambal petai ikan bilis & sangat sesuai untuk bakal suami yang nak merasa air tangan isteri buat kali pertama. Yihuu~ 

Credit to: Siti Aminah Md Yaakub



Wordless Wednesday #5: Duck Face Versi Dato' Siti Comel ♥




Apakah itu WORDLESS WEDNESDAY ?? KLIK SINI

Credit to: Sitizoners

Tuesday, January 1, 2013

HNY All !!




Looking to the moon 
The world is not always what we wish it to be
But there is qada' n qadar
It’s a process. It’s a process. It’s a process.
Change takes time 
Hope its never too late

& yeahhh Happy New Year @ Selamat Tahun Baru all :))

Credit to: Ainto Nanako

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...