Date: 5th November 1987 @ 2012 .. Location: McDonalds Section 9 Shah Alam .. With Ainto Nanako
#Terima kasih Mak & arwah Abah kerana melahirkan dan membesarkan saya... Sampai saya mampu bernafas, mampu melihat, mampu tersenyum, mampu menangis, mampu merasa semua pahit manis dalam hidup ini..#
Alhamdulillah Ya Rabbi atas kurniaanMu.
Kau tetapkan iman, permurahkan rezeki dan limpahi rahmatMu kepada keluarga kami. Kau panjangkan umur Mak Azizah binti Dollah Hassan, kesihatan yang baik, kasih sayang & perhatian sempurna dari insan-insan yang menyayanginya. Dan buat arwah Abah Nasarudin bin Atan, semoga rohnya dicucuri rahmatMu.
Doaku di usia baru semestinya memohon tidak sepenuhnya meminta-minta kerana aku sedar hanya Kau saja yang tahu apa yang terbaik untuk diriku, yang baik-baik di dunia & akhirat. Dan jika yang tidak baik itu ujian dariMu, aku terima. Kerana aku percaya setiap apa yang berlaku terkandung seribu hikmah kehidupan ini. Sesungguhnya ujianMu itu anugerah terindah, tanda kasihMu. Thank you Allah.
at -
... SESUNGGUHNYA AKU INI REDHA ...
&
... SEMOGA ALLAH REDHA ...
Siti Aminah Nasarudin, 4.01pm, 5.11.2012
No comments:
Post a Comment