Monday, November 5, 2012

Ya Allah Sekali Lagi Aku Jatuh Cinta :')


~ Perkenalan, Pertemuan, Membawa kepada rasa itu ~


Bisakah aku merubah hati mu supaya ikhlas menyayangi ku tanpa mengharapkan balasan.. 

Sayang itu cinta... cinta itu komitmen... saling memerlukan antara satu sama lain... dan cinta itu perlu keredhaan illahi... membawa kepada jodoh yang terbaik...

Apa yang aku ungkapkan tidak terluah... hanya kiasan di bibir... di hati ku mendesah.. adakah kau merasa desiran hati sama seperti apa yang ku rasa.. 

Aku sedar siapa diri ku... kadang-kadang rasa rendah diri ku seperti tidak cocok berdampingan dengan mu.. bagai langit dan bumi.. aku yang tidak punya apa-apa... tangan kosong saja.. 

Maaflah aku tidak memandang kebendaan, usia dan rupa mu semata-mata.. Ku harapkan tiada salah sangka di situ..

Aku sayang kamu... 

Walau kita berbeza haluan selepas ini ingatlah bahawa pernah sedetik nama mu berada di dalam hati dan jiwa ini.. tak akan pernah ku lupakan kenangan terindah kita walaupun bagi mu ianya mungkin hanya momentum yang biasa berlaku dalam hidup harian mu...





Ketika cinta memanggil, rindu pun bertandang.. hanya kepadaMu aku berserah .. 


- 30 JULY 2012 - 


No comments:

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...