Thursday, March 24, 2011

Emo Girls Yang Kawaii!


Pernah x anda terserempak dengan gadis emo kat mana-mana ke ? Ada x yang comel-comel macam barbie ke ? Eh kejap-kejap. Bukan gadis emo yang nak marah-marah tuh. Hukhuk. Ni yang lain laa. Kalau x faham boleh baca entry ni sampai khatam. Dan x lupa juga intai sampai lebam gambar-gambar emo girls yang cantik dan comel tu ye. ^^

Emo secara umumnya berkaitan dengan muzik dan fesyen yang telah dianggap sebagai sub budaya. Kebiasaannya di kalangan remaja, istilah 'emo' adalah stereotaip iaitu mengenakan skinny jeans, kadang-kadang dalam warna-warna cerah dan t-shirt ketat (biasanya lengan pendek). Tali pinggang dan gelang hitam adalah aksesori utama dalam fesyen emo. Black Converse sneakers dan kasut skate seperti Vans yang popular digunakan. Mereka juga memakai kacamata tebal berbingkai hitam.

Fesyen emo ini juga dapat dilihat melalui gaya rambut. Yang paling popular adalah side-swept bangs, di mana kadang-kadang helaian rambut menutupi satu atau kedua-dua belah mata. Selain itu, rambut yang diluruskan dan diwarna hitam juga menjadi pilihan. Warna-warna terang seperti biru, merah muda, merah atau diwarna perang juga tidak terkecuali. Samada dengan potongan rambut pendek atau potongan rambut berombak. Dahulu mode emo dikaitkan dengan paparan potongan yang bersih, tetapi oleh kerana penyebaran gaya untuk remaja yang lebih muda, gaya gelap telah menjadi pilihan.

  Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, emo telah dikaitkan dengan stereotaip seperti menjadi emosional, sensitif, pemalu, kurang bergaul, dasar tertutup dan melepaskan kemarahan. Hal ini juga dikaitkan dengan kemurungan, mencederakan diri sendiri dan bunuh diri.



That's all info yang saya ada tentang emo. Kesimpulannya, emo adalah berkaitan dengan fesyen. Kebanyakan pelopornya adalah di kalangan remaja. Revolusi emo dari fesyen menjadi muzik dan telah dianggap sebagai budaya oleh kebanyakan masyarakat terutamanya para remaja pada hari ini. 

Sesuatu yang ingin diperkatakan adalah emo dianggap sebagai isu yang kompleks dalam masyarakat kita. Masalah sosial berlandaskan kepercayaan emo meresap sebati ke dalam jiwa remaja. Apa-apa pun perlu disedari oleh kita semua nilai-nilai timur juga yang perlu dititikberatkan kerana sudah pastinya yang 'indah itu adalah racun'. 

No comments:

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...