Showing posts with label Ustaz. Show all posts
Showing posts with label Ustaz. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Mana ada saya pilih, Allah bagi - Irma Hasmie


Jika ditanya, kenapa aku pilih dia ?

 Akan ku katakan pada semua, itulah RAHSIA ALLAH. ♥ 


p/s: Jodoh & ajal adalah rahsia Allah SWT yang pasti..

 
Credit to: Tengku Faris Tg Khalid
 

Saturday, July 21, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...


Assalamualaikum.....
Selamat berpuasa. Jangan lupa niat & bangun sahur ye :))


p/s: Kucing tidur awal nak bangun sahur... Bagus la kucing ni kan.. Huhu

Friday, June 8, 2012

Perihal Ikan Keli: Makanlah Tanpa Rasa Was-was :)



Ikan keli adalah merupakan antara senarai ikan pecah panggung pilihan saya selain ikan patin dan tenggiri. Tetapi tahukah anda tentang perihal ikan keli ? Jangan tahu sedap makan je tau. Kadang-kadang memang timbul rasa was-was nak makan sebab kebanyakan ikan keli yang dibeli diternak oleh orang bukan Melayu. So untuk mengurangkan gundah-gulana di hati boleh cek perbezaan fizikal ikan keli HARAM & HALAL. Info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli di pasar. Selain itu, jom ushar the story of ikan keli ni :)

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.


JENIS-JENIS
. Ikan Keli Kayu
. Ikan Keli Bunga
. Ikan Keli Eksotika
. Ikan Keli Limbat
. Ikan Keli Mata Kati
. Ikan Keli Rusia
. Ikan Keli Afrika
. Ikan Keli Jeram
. Ikan Keli Hutan

IKAN TERNAKAN
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar. Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".


KEPERCAYAAN
Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak. Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak. Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.



HARAM
(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

HALAL
(diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup


p/s: Alhamdulillah, rasa heaven betul makan hari ni. Resipi ikan keli masak lemak dengan bunga kantan dimasak oleh kakak saya. Pergh ! Memang sedap hingga menjilat ibu jari. Huhu...



Tapi maaf la gambar lupa nak ambil. dah selamat masuk pon dalam perut. habis je makan baru teringat. Gambar tulang ikan ada la. Nak tengok ke ? Credit photo to: Haniliza Photopages



Credit to: Wanita Melayu Islam Jangan Pakai Baju Ketat Di Tempat Awam

Tips Rasulullah: Rawatan Demam



1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dangan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.”

2. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak 3 malam pada waktu sahur.”

3. Daripada Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dangan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari, dan hendaklah membaca Bismillah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tidak sembuh cubalah sebanyak 5 kali, 7 kali atau 9 kali. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9 kali. InsyaAllah...”

4. Daripada Jabir r.a katanya:
“Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda:
“Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: “Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.”


Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: 
 “Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”.



p/s: Ramai budak-budak sekarang yang demamnya lambat kebah dan ada yang sampai kena admit hospital. Suhu demam pulak tinggi-tinggi belaka, mencecah 40 darjah. Demam yang terlalu panas amat berbahaya sekali bagi anak-anak kecil terutamanya baby kerana dikhuatiri akan menjadi sawan/kejang 1 badan. Pencegahan awal ialah ambil ais batu tekap di kepalanya (anak kecil berusia di bawah 2 tahun doktor cakap bahaya). Untuk orang dewasa, menyejukkan badan (mandi) dengan memulakannya di bahagian kaki & sedikit demi sedikit ke atas hingga kepala supaya suhu panas keluar dari badan dari kepala. InsyaAllah...


    Thursday, June 7, 2012

    Doa: Mengatasi Kekecewaan Putus Cinta





    p/s: Setiap doa akan dimakbulkan jika dibuat bersama dengan solat sunat 2 rakaat, sedekah Al-Fatihah kepada Rasulullah SAW dan sahabat serta semua umat islam dan niat. InsyaAllah... Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pengasih pada hambaNya. Amin.....



    Related Article: Tips Melupakan Your EX




    Doa: Penawar Bagi Hati Yang Gemar Membuat Maksiat


    Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang... ♥ 

    ...SURAH AL-MUKMIN AYAT 3...


    p/s: Surah ini utk peringatan bersama.. Sebarkan Islam.. Sebarkan keindahannya..
    Insyaallah... Allahuakbar ! 


    Credit to: Bicara Hati Iman

    10 Surah: Menghalang 10 Ujian Besar Allah




    1- Surah Al-Fatihah 
    memadam kemurkaan Allah SWT.


    2- Surah Yasin 
    menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


    3- Surah Dukhan 
    membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


    4- Surah Al-Waqiah 
    melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


    5- Surah Al-Mulk 
    meringankan azab di dalam kubur.


    6- Surah Al-Kauthar 
    merelaikan segala perbalahan.


    7- Surah Al-Kafirun 
    menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

    8- Surah Al-Ikhlas 
    melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


    9- Surah Al-Falq
     menghapuskan perasaan hasad dengki.


    10- Surah An-Nas 
    melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


    p/s: Semoga ia menjadi amalan kita semua. 
    Dan semoga kita semua dijauhkan dari kelalaian dunia. 
    Ya Allah dekatkan diriku padaMu Ya Allah. Amin...


    Credit to: Muhammad Firdaus

    Dear Sisters, Learn !




    BELAJARLAH:
    Kesabaran dari Asiyah,
    Kesetiaan dari Khadijah,
    Kesucian dari Maryam,
    Ketulusan dari Aishah,
    Ketabahan dari Fatimah.



    p/s: MasyaAllah ! Lambang Wanita Sejati.....
    Semoga bermanfaat. InsyaAllah~ 


    Credit to: Kelab Iqra'

    Doa Pemanis Wajah :)



    Maksud Ayat

    (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya ; " Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan ; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku. " {Surah Yusuf: 4}


    Khasiat ayat
    1. Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja
    2. Wajah menjadi berseri-seri
    3. Manis dipandang orang


    p/s: Lagi 1 petua Allah bagi ialah solat 5 waktu dan buat apa yang disuruh & tinggal apa yang dilarang (Amal Makruf Nahi Mungkar). 

    Xlupa sentiasa dalam wuduk kerana itu la seri muka yang terbaik. Untuk mengamalkannya hati kena ikhlas dan bersih. InsyaAllah... 

    Apa-apa pon bila dah guna ayat ni sebagai pemanis wajah iman kenalah kuat kalau tak nanti akan kecundang dengan godaan dan bila dah ramai memuji bimbang akan jadi riak pulak. Minta dijauhkan. Amin Yarabal Alamin.....


    Saturday, March 17, 2012

    Allah Tidak Suka Orang Yang Sombong


    Kita baru naik kapal terbang, jet atau helikopter sudah sombong.
    Rasulullah s.a.w naik ke langit pun tidak sombong. 

    Kita baru naik Bugatti Veyron atau Lamborghini dah sombong. 
    Rasulullah menunggang Buraq yang selangkah kakinya itu sama dengan perjalanan sejauh mata memandang pun tidak sombong.

    Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit @ menteri sudah sombong dan merasa bangga. Rasulullah s.a.w berjumpa dengan Allah s.w.t di Sidratul Muntaha yang mana Malaikat sendiri tak pernah masuk, tetapi baginda tidak pun sombong. 

    Jadi, apa sebab kita mahu sombong lagi atas dunia ini ??



    "Sabda Nabi: Tidak akan masuk syurga jika dalam hati seseorang walaupun sedikit memiliki rasa sombong" 

    Wednesday, October 12, 2011

    CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI




    SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH 


    Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

    Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


    AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

    Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

    “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

    TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

    Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

    Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

    Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

    GEMAR BERJALAN KAKI

    Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

    Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

    TIDAK PEMARAH

    Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

    Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

    Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

    OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

    Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

    TIDAK PERNAH IRI HATI

    Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

    PEMAAF

    Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

    Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.


    p/s: BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.. : )


    Credit to: Ustaz Zawawi Yusof

    Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

      #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...