Showing posts with label sex and relationship. Show all posts
Showing posts with label sex and relationship. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Edisi Laki Bini : Petua Melayan Isteri



...SUAMI & ISTERI...


1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana-mana bahagian yang biasa dicium.

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terakhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula.

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri-isteri Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda.


p/s: Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. InsyaAllah, bila isteri kita tahu yang kita betul-betul sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu-ragu sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

Credit to: MY Baby Store 

Sunday, November 28, 2010

Mengapa Perempuan Ingin Dipeluk Setelah Bercinta?


 

Bukan rahsia lagi kalau kebanyakan perempuan merasa lebih senang dipeluk dan dimanja setelah bercinta. Sementara lelaki cenderung ingin bersantai dengan menghisap rokok atau sekadar minum. Mengapa keduanya boleh berperilaku berbeza ketika bercinta? Para ilmuwan di AS mengungkapkan alasan di sebalik fenomena tersebut.

Sebuah kajian terbaru tentang perilaku setelah bercinta menunujukkan bahawa perempuan ternyata memiliki inisiatif lebih besar untuk menjalin ikatan dan keintiman, baik dalam konteks hubungan sesaat mahupun jangka panjang. Sementara lelaki cenderung terjebak dalam perilaku “menghargai secara ekstrinsik”, atau menambah peluang melakukan seks berikutnya.

“Kebanyakan penyelidikan psikologi evolusi tentang reproduksi manusia berfokus pada apa yang terjadi sebelum dan menjelang hubungan seks. Tetapi strategi reproduktif tidak berhenti setelah hubungan badan. Dan, hal itu mungkin mempengaruhi secara langsung perilaku spesifik pasca-hubungan seks,” ujar penulis kajian, Susan Hughes.

Hughes mengatakan, ada sejumlah elemen dalam proses reproduksi setelah peristiwa itu terjadi. Elemen tersebut termasuk bonding (ikatan), niat berhubungan selanjutnya (dan kemungkinan melakukan aktiviti seksual berikutnya), penyimpanan dan persaingan sperma, menjaga pasangan, dan kemungkinan pembenihan.

“Kami menduga, pertimbangan antara lelaki dan perempuan pasca-hubungan badan sedikit berbeza akibat hilangnya stratagi reproduksi,” kata Hughes yang melakukan kajian dengan cara menemubual seramai 170 orang responden.

“Dibandingkan lelaki, kaum perempuan lebih menitikberatkan pada lima hal, yakni bercakap secara intim, berciuman, belaian dan pelukan, menyatakan cinta pada pasangan, serta bicara menyambung hubungan setelah seks,” ujar Hughes.

“Hal berbeza ditunjukkan lelaki yang mengutamakan meraih penghargaan ekstrinsik setelah melakukan seks (seperti minum atau merokok, makan atau berbicara kesukaan pasangan). Lelaki juga lebih mementingkan menyambung aktiviti seksual berbanding perempuan,” tambahnya.

Menurut kajian yang diterbitkan Journal of Sex Research ini, lelaki juga lebih suka melakukan ciuman sebelum bercinta, sedangkan perempuan lebih senang melakukan ketika bercinta. Selain itu, perempuan menilai perbicaraan intim dan perbincangan tentang hubungan lebih penting dibahas sebelum melakukan seks berbanding sesudahnya. Sementara lelaki beranggapan tidak ada bezanya antara sesudah atau sebelum melakukan seks.

p/s: Satu-satunya hal yang seragam antara lelaki dan perempuan adalah keduanya sama-sama menganggap penting untuk mengatakan “I love you” kepada pasangan setelah bercinta ;))

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...