Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Funny Google Translate vs Dato' Siti Nurhaliza



All kawan-kawan try pergi Google Translate then Click FROM: ENGLISH TO: MALAY and type in BEATLES and see what happens : )




Tengok sampai translate pun boleh salah. Nampak sangat Dato Siti Nurhaliza memang top... 

Nice... Tengok lagu tu pun nampak macam sesuai je dengan clip ni kan. Huhu

Funny Google Translate ! Haha : )


p/s:
Beatles/beetles in Malay would be "Kumbang" not "Siti Nurhaliza". Actually Siti Nurhaliza is no.1 Malaysian Singer. 



~~ Miscellaneous = SITIZONERS ~~


actually the Beatles is a Liverpool band from England and if it's kumbang the correct english spelling would be beetles.. so it's not a direct translation but a comparison maybe.

yup beetles is kumbang..its random translation, mybe bcoz siti nurhaliza is so familiar in Malaysia n she also the famous singer..hope she will be legend like The Beatles.

maybe it's coincidentally happened kot.. ??? perhaps??? hehe... btw, it's sound funny la.... SITI NURHALIZA was so famous in all over the world now!!! ;-)

mungkinla, siti nurhalizakan selalu menang dan berjaya menewaskan ramai org kan, jadi Siti Nurhaliza ni unBEATable ataupun beatless / beatles, agaknye la kan? hahahhaa


Credit to: Faliess Khairol

Wednesday, August 3, 2011

Status Starbucks Halal @ Haram






" STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate,vanilla dan coffee drinks kat COFFEE BEAN dan STARBUCKS contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which dr animal origin (pork). Rasberry Frap guna cherries yg dicelop dalam ARAK, the tiramisu ada RUM. For more info call JAKIM 03-8886 4000. Please share : ) "


Status ini disharekan melalui fb rakan ke fb saya. Saya tidaklah menggemari minuman starbucks. Belum pernah saya mengunjungi mana-mana cafe starbucks sepanjang hayat saya. 

Apabila status ini dikongsi dan dihebahkan sesama rakan-rakan di fb & blog saya sekadar copy & paste tanpa usul periksa berkaitan link pengesahan dari pihak JAKIM. 

Terima kasih kepada seorang hamba Allah yang menegur saya kerana keterlanjuran kesalahan yang saya lakukan.

Yang masih keliru boleh search >>> halalenquiry@starbucks.com​.my
atau terus cek di website Halal Malaysia dengan menaip Starbucks di carian Halal.


...STATUS DARI FB...


 ADDITIONAL INFO

...STATUS DARI HAMBA ALLAH...


Quote yang menarik dan perlu dijadikan pedoman oleh umat Islam:

'Tinggalkan perkara yang diragui untuk menjaga hati & badan'

Saturday, April 16, 2011

Wajah Baru Puduraya




...HENTIAN PUDURAYA BARU...

Hentian Puduraya di Kuala Lumpur yang berwajah baru telah beroperasi semula mulai hari ini 16 April 2011 (Sabtu). Hentian Puduraya ditutup sejak 1 Mac tahun lepas bagi proses pemodenan dan kerja-kerja pengubahsuaian. Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad, Datuk Jaafar Abu Hassan mengesahkan operasi bas di terminal sementara di Bukit Jalil sekarang akan ditutup berkuatkuasa hari ini berikutan pembukaan semula Hentian Puduraya. Kerja-kerja pengubahsuaian di hentian tersebut dilaksanakan oleh Uda Mall Sdn Bhd dengan kos RM52 juta bagi meningkatkan taraf terminal tersebut menjadi hab moden. Hentian Puduraya kini mengendalikan perjalanan bas ekspres ke Utara, Selatan dan Pantai Timur.

...PENGARAH URUSAN UDA HOLDINGS BERHAD,
DATUK 
JAAFAR ABU HASSAN... 



WAJAH BARU PUDURAYA

  • Mempunyai tiga kawasan menunggu yang baru iaitu, tingkat mezanin seluas 1,310 meter persegi yang siap dalam fasa satu pembinaan iaitu April 2010.
  • Orang ramai turut disediakan dua tempat menunggu baru di tingkat satu iaitu kawasan menunggu A dan B seluas 1,716 meter persegi yang berhawa dingin dan ia disiapkan dalam fasa dua dan tiga. Tingkat satu dulu menempatkan ruang makan dan gerai runcit.
  • Sebanyak 50 kaunter tiket disediakan di tingkat satu berbanding 108 kaunter sebelum ini. syarikat yang mempunyai pengarah sama disatukan bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pengurusan kawalan kaunter.
  • Terdapat penambahan mobiliti untuk para penumpang melalui peningkatan lif dan eskalator, penambahan dua unit walkalator, laluan pejalan kaki, sistem siar raya, penambahan tandas awam yang melibatkan kemudahan mesra pengguna untuk orang kurang upaya.
  • Terminal kini menempatkan lebih kurang 245 lot merangkumi kaunter tiket, mesin-mesin Mesin Teler Automatik, kiosk, gerai runcit serta restoran-restoran.
  • Kaunter tiket yang lebih sistematik dibina di tingkat satu, medan selera pada tingkat atas bumbung, pengubahan kipas ekzos di tingkat bawah serta keseluruhan kerja-kerja menaik taraf tingkat bawah tanah.
  • Dewan sembahyang terminal seluas 511 meter persegi telah diubahsuai dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan berhawa dingin. Setelah diubahsuai, surau itu kini boleh menampung 400 orang jemaah dan mendapat pentauliahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengendalikan sembahyang Jumaat.
  • UDA Mall telah melantik syarikat teknologi maklumat, Pegasus untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat bas dalam melaksanakan e-ticketing.
  • UDA Mall juga mengambil alih Hotel Puduraya dan kerja-kerja penambahbaikan dijangka siap pada akhir Jun dan beroperasi sebulan kemudian di bawah nama baru, Angkasa Ekspress.
  • Bas-bas daripada lebih 70 syarikat bas beroperasi di hentian itu akan ke depoh terlebih dahulu sebelum masuk ke situ. Depoh tersebut terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan 1,200 ruang letak kenderaan selain tempat makan, minum dan rehat bagi para pemandu bas. Ini bertujuan untuk mengurangkan masa menunggu bas di hab tersebut. Secara idealnya, bas menunggu 20 minit tetapi selewat-lewatnya setengah jam di situ.


SEJARAH PUDURAYA

Hentian Puduraya ialah terminal utama di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada tahun 1976 oleh bekas Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn.

Selain menjadi pintu masuk utama ke bandaraya Kuala Lumpur, terminal ini menyediakan tempat berniaga kepada para peniaga tempatan sekali gus membantu kerajaan mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru.

Kerja-kerja penambahbaikan dimulakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk mengubahsuai hentian berkenaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan keselesaan penumpang.

Penambahbaikannya bakal menjadikan ia sebagai pusat untuk bas-bas antara bandar selain bas ekspres.


PUDURAYA LAMA






PUDURAYA BARU

...KERJA-KERJA PEMULIHAN PUDURAYA...

...KAUNTER e-TICKETING...

...TEMPAT MENUNGGU BAS YANG LEBIH SELESA...

...DEWAN SEMBAHYANG SELUAS 511 METER & BERHAWA DINGIN...

...RUANG MAKAN...


Credit to: mSTAR Online

Thursday, April 14, 2011

Kenapa Perlu Memilih Arkitek Sebagai Teman Hidup?



1. Arkitek sangat sabar orangnya


Bukti: Tak caye?? Dah la pengajian diorang 5 tahun.. Fuuu, memang diorang banyak sangat bersabar. Kalau tak sabar memang tak abes tau pengajian diorang. Dah la selalu kena marah, kena sound, kena 'tembak' ngan client kalau design diorang x best..


Kelebihan: Jadi anda jangan takut untuk marah2kan pasangan anda sekiranya mereka wat salah. InsyaAllah mereka akan sabar menempuh dugaan tersebut. Tapi jangan over sangat, marah-marah sayang tu ok la..

2. Arkitek tak kisah berjaga malam


Bukti: Tak dapat dinafikan lagi arkitek terpaksa bekerja hingga lewat malam untuk siapkan tugasan dan assignment diorang.


Kelebihan: Nanti kalau baby anda lambat tido atau nak tukar lampin lewat2 malam, jangan rasa bersalah untuk suruh pasangan anda je uruskan! InsyaAllah mereka akan menganggap itu adalah perkara biasa.


3. Arkitek adalah lebih romantik berbanding profesion lain


Bukti: Semua benda diorang wat adalah ngan sepenuh hati. Kalau tak, kerja diorang tak 'touching', nanti client reject. 


Kelebihan: Alamilah gaya hidup bekeluarga macam dalam citer Korea yang anda suka tengok tu! (Opsss!!). Dan selalu-selalulah merajuk, sebab nanti beliau akan pujuk anda dengan sangat romantik! Tapi jangan selalu, nanti beliau tak kuasa nak layan.


4. Jimat kos buat rumah


Bukti: Dah terbukti mereka bleh design rumah macam2 pesen..


Kelebihan: Anda bleh suruh ape saja ikut suka hati anda nak rumah cane, dan tanpa bayaran sehingga akhir hayat. Kalau pasangan anda minta gak, sah lah beliau tengah tade projek (pokai).


5. Rumah bersepah tak ape


Bukti: Studio dan bilik diorang lagi bersepah! (Bukti berupa gambar tidak dibenarkan disiar demi menjaga imej arkitek)


Kelebihan: Jadi anda takyah la bimbang kalau rumah selalu bersepah. InsyaAllah pasangan anda boleh je tahan. Tapi anda jangan selalu wat perangai lagu ni. Kang beliau cari lain!


6. Kretip


Bukti: Hasil kerja dan design arkitek memerlukan kreativiti yang tinggi untuk disukai oleh client.


Kelebihan: Kekretifan itu secara tak langsung akan mempengaruhi rumahtangga arkitek. Jangan risau, setiap ulangtahun perkahwinan anda akan diraikannya dengan cara yang anda mungkin tak menduga. Kalah citer Korea! (Itu pun kalau beliau tak lupa la).


7. Sensitip


Bukti: Mereka perlu sensitif untuk menghasilkan design yang kemas dan teliti. Mereka jugak perlu sensitif dengan persekitaran untuk hasilkan design yang baik.


Kelebihan: Kalau anda ade masalah, moody, emo tetiba atau tak seperti biasa, insyaAllah pasangan anda akan perasan. Cuma beliau nak tanya atau biarkan je anda layan feeling, itu saye tak tau la.


8. Secure!


Bukti: Dalam mendesign sesuatu bangunan, arkitek kena pastikan safety first! Kalau x safety bangunan/rumah tak dapat CF (Certificate of ... ape ntah). Kira sijil layak menduduki la.


Kelebihan: Tak perlu lagi risaukan keselamatan anda, anak2 anda, rumah anda dan harta benda anda! Pasangan anda telah pun memastikan semuanya selamat. Andai berlaku sebarang kejadian tak diingini, cari je beliau. InsyaAllah beliau akan cool je menghadapinya.


Kesimpulan: Justeru itu, apa anda tunggu lagi?? Hahahaha (gelak poyo). Hubungilah mane-mane firma arkitek untuk berkenalan dengan mereka. Haha. Tapi jangan kaco laki orang sudey..


Atau, taipkan ON ARCHI dan hantarkan ke ......... (oh nombor belum register lagi)


[p/s: artikel ni tade kaitan ngan penulis okeh, penulis budak kos lain!]


Credit to: Tuah Mohd Bakheet


p/s: Dulu pernah jugak terbaca pasal yang engineer punya. Ni arkitek pulak. Sounds great kan. Dari segi rasional akal dan pengalaman, boleh dikatakan saya menyokong kebanyakan point di atas. Lagi pun memang pernah ada kajian tentang lelaki berkerjaya arkitek lebih pandai menangani situasi kritikal, lebih tenang menghadapi tekanan dan lebih romantik.

 Walau apa pun profesion x dapat mempengaruhi seseorang 100%. Pembawaan diri yang baik sudah memadai. Dengan itu barulah orang boleh respect kita. Alrite guys ! 

(Teringat masa study UiTM dulu ada sangkut kat seorang student arkitek. PBSM sama-sama. Menyesal jugak x terima a.k.a layan dia. Good-looking, baik dan pandai. Melepas dah. Hope lepas ni ada lelaki yang terbaik dan terakhir Allah pertemukan untuk saya. Amin... :)

Wednesday, April 13, 2011

Ikan Patin Terlampau



...IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK. NYUM NYUM NYUM...

Tauke :: Ya bozz.. Makan ape mau
Customer :: Bagi patin dengan nasi putih ye
Tauke :: Orait
Customer :: Ngap ngap ngap.. Erkkk.. Bozz kasi kire sume ni
Tauke :: Suma 13000 ringgit.... Emmm Malaysia punye
Customer :: Perghh gile babeng mahal tipu ke ape ni
Tauke :: Takde tipu.. You tadi order you tak tanye dulu harga.. Bahlol betul
Customer :: Ye saya bahlol


p/s: Peniaga ikan patin di Temerloh disaran meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan terutamanya yang datang dari luar Temerloh.

Related articles:


Credit to:

Wednesday, April 6, 2011

Miss Malaysia Pahang 2010! lol

Kecoh kan orang sana-sini kata pasal competition Miss Malaysia Pahang 2010. Hurm x sangka pulak negeri ku Pahang yang makmur ni ada macam-macam hal rupanya. Kalau x tengok kat blog abang Nara serious memang x perasan kot. Harapnya dengan tersebarnya video Miss Pon#@% ni, ada laa orang-orang besar dalam kerajaan negeri ambil berat. Kalau ye pun nak promote tourism Pahang secara besar-besaran banyak lagi cara halal boleh pakai. X pasal-pasal imej negeri tercemar.

...VIDEO MISS MALAYSIA PAHANG 2010 (PROMO)...


Sabda Rasulullah saw:

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء 
'Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari)'

p/s: Kalau x tegur nanti kata subahat pulak kan. Semua pun kena tanggung dosa. Oleh itu berpesan-pesanlah semua umat manusia ke arah kebaikan. xoxo

Another article from: click Harian Metro

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami Japan 2011



Hari ini hari Selasa bersamaan tarikh 15 Mac 2011, jam 1.02 pagi. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya post headline pasal Tsunami Japan 2011 yang memang tengah hot sekarang. X banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat tambah pengetahuan dan berkongsi maklumat sesama kita. ^^

Di Japan telah berlaku gempa bumi yang kuat berukuran 8.9 skala richter. Kejadian berlaku pada tarikh 11 Mac 2011 bersamaan hari Jumaat pada pukul 2.46 tengahari waktu Japan (1.46 tengahari waktu Malaysia). Tsunami telah memusnahkan kebanyakkan kawasan di pantai timur laut Japan. Di antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah Miyagi, Iwate, Aomori, Chiba, dan Tokyo. Tsunami setinggi 10 meter telah dilaporkan.

Mangsa samada maut, hilang atau tertimbus akibat gempa bumi dan tsunami di Japan kini mencatat angka lebih 10,000 setakat yang dilaporkan press 14 mac 2011 dan di gambarkan akan terus meningkat. Pakar seismologi US dan Japan berkata, gempa bumi Japan itu adalah yang kelima paling terburuk dilaporkan berlaku di seluruh dunia sejak tahun 1900.

Ombak besar telah tercipta di Lautan Pasifik sejurus berlaku gempa bumi dan telah menghanyutkan sebuah kapal Japan yang membawa muatan 100 orang. Kesemua mereka sehingga kini masih belum dapat dikesan. Tsunami juga telah menghancurkan semua yang berada di laluannya. Gegaran di Japan turut dirasai sehingga ke Beijing. 


Turut dilaporkan berlaku letupan di reaktor ketiga loji nuklear 1 di Fukushima kira-kira 250 kilometer ke timur laut Tokyo. Letupan di loji berkenaan memusnahkan tembok dan bumbungnya. Letupan itu dilaporkan telah menyebabkan beberapa pekerja cedera. Kerajaan Japan mengesahkan letupan berpunca dari tekanan hidrogen. Letupan hidrogen juga berlaku di reaktor pertama di loji sama Sabtu lalu, sehari selepas berlaku gempa bumi dan tsunami di Japan. 


Agensi berita Kyodo memetik Suruhanjaya Keselamatan Japan sebagai berkata, sesium radioaktif dikesan berhampiran kawasan itu. Menurut laporan, kegiatan radioaktif meningkat 20 kali ganda di luar memaksa pihak berkuasa bergegas memulihkan keadaan dan memindahkan lebih 45,000 penduduk yang mendiami lingkungan 10 kilometer dari Fukushima. 



Link di bawah ini untuk dikongsi bersama buat tatapan umum berkenaan gambar satelit lokasi kejadian sebelum dan selepas tsunami di Japan. >>> nytimes



p/s: Semoga apa yang berlaku di Japan menjadi pedoman dan ikhtibar buat umat manusia sekalian alam bahawa sekuat dan sepintar mana pun manusia, takkan mampu melawan kekuasaan Allah s.w.t. Subhanallah...  

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...