Tuesday, March 15, 2011

Tsunami Japan 2011



Hari ini hari Selasa bersamaan tarikh 15 Mac 2011, jam 1.02 pagi. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya post headline pasal Tsunami Japan 2011 yang memang tengah hot sekarang. X banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat tambah pengetahuan dan berkongsi maklumat sesama kita. ^^

Di Japan telah berlaku gempa bumi yang kuat berukuran 8.9 skala richter. Kejadian berlaku pada tarikh 11 Mac 2011 bersamaan hari Jumaat pada pukul 2.46 tengahari waktu Japan (1.46 tengahari waktu Malaysia). Tsunami telah memusnahkan kebanyakkan kawasan di pantai timur laut Japan. Di antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah Miyagi, Iwate, Aomori, Chiba, dan Tokyo. Tsunami setinggi 10 meter telah dilaporkan.

Mangsa samada maut, hilang atau tertimbus akibat gempa bumi dan tsunami di Japan kini mencatat angka lebih 10,000 setakat yang dilaporkan press 14 mac 2011 dan di gambarkan akan terus meningkat. Pakar seismologi US dan Japan berkata, gempa bumi Japan itu adalah yang kelima paling terburuk dilaporkan berlaku di seluruh dunia sejak tahun 1900.

Ombak besar telah tercipta di Lautan Pasifik sejurus berlaku gempa bumi dan telah menghanyutkan sebuah kapal Japan yang membawa muatan 100 orang. Kesemua mereka sehingga kini masih belum dapat dikesan. Tsunami juga telah menghancurkan semua yang berada di laluannya. Gegaran di Japan turut dirasai sehingga ke Beijing. 


Turut dilaporkan berlaku letupan di reaktor ketiga loji nuklear 1 di Fukushima kira-kira 250 kilometer ke timur laut Tokyo. Letupan di loji berkenaan memusnahkan tembok dan bumbungnya. Letupan itu dilaporkan telah menyebabkan beberapa pekerja cedera. Kerajaan Japan mengesahkan letupan berpunca dari tekanan hidrogen. Letupan hidrogen juga berlaku di reaktor pertama di loji sama Sabtu lalu, sehari selepas berlaku gempa bumi dan tsunami di Japan. 


Agensi berita Kyodo memetik Suruhanjaya Keselamatan Japan sebagai berkata, sesium radioaktif dikesan berhampiran kawasan itu. Menurut laporan, kegiatan radioaktif meningkat 20 kali ganda di luar memaksa pihak berkuasa bergegas memulihkan keadaan dan memindahkan lebih 45,000 penduduk yang mendiami lingkungan 10 kilometer dari Fukushima. 



Link di bawah ini untuk dikongsi bersama buat tatapan umum berkenaan gambar satelit lokasi kejadian sebelum dan selepas tsunami di Japan. >>> nytimes



p/s: Semoga apa yang berlaku di Japan menjadi pedoman dan ikhtibar buat umat manusia sekalian alam bahawa sekuat dan sepintar mana pun manusia, takkan mampu melawan kekuasaan Allah s.w.t. Subhanallah...  

2 comments:

Wanie Affandi said...

dari Dia kita datang...kepada Dia kita pergi...=)

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

Wanie Affandi> syukur masih diberi nafas sehingga ke hari ini.. ^^

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...