Thursday, April 14, 2011

Kenapa Perlu Memilih Arkitek Sebagai Teman Hidup?



1. Arkitek sangat sabar orangnya


Bukti: Tak caye?? Dah la pengajian diorang 5 tahun.. Fuuu, memang diorang banyak sangat bersabar. Kalau tak sabar memang tak abes tau pengajian diorang. Dah la selalu kena marah, kena sound, kena 'tembak' ngan client kalau design diorang x best..


Kelebihan: Jadi anda jangan takut untuk marah2kan pasangan anda sekiranya mereka wat salah. InsyaAllah mereka akan sabar menempuh dugaan tersebut. Tapi jangan over sangat, marah-marah sayang tu ok la..

2. Arkitek tak kisah berjaga malam


Bukti: Tak dapat dinafikan lagi arkitek terpaksa bekerja hingga lewat malam untuk siapkan tugasan dan assignment diorang.


Kelebihan: Nanti kalau baby anda lambat tido atau nak tukar lampin lewat2 malam, jangan rasa bersalah untuk suruh pasangan anda je uruskan! InsyaAllah mereka akan menganggap itu adalah perkara biasa.


3. Arkitek adalah lebih romantik berbanding profesion lain


Bukti: Semua benda diorang wat adalah ngan sepenuh hati. Kalau tak, kerja diorang tak 'touching', nanti client reject. 


Kelebihan: Alamilah gaya hidup bekeluarga macam dalam citer Korea yang anda suka tengok tu! (Opsss!!). Dan selalu-selalulah merajuk, sebab nanti beliau akan pujuk anda dengan sangat romantik! Tapi jangan selalu, nanti beliau tak kuasa nak layan.


4. Jimat kos buat rumah


Bukti: Dah terbukti mereka bleh design rumah macam2 pesen..


Kelebihan: Anda bleh suruh ape saja ikut suka hati anda nak rumah cane, dan tanpa bayaran sehingga akhir hayat. Kalau pasangan anda minta gak, sah lah beliau tengah tade projek (pokai).


5. Rumah bersepah tak ape


Bukti: Studio dan bilik diorang lagi bersepah! (Bukti berupa gambar tidak dibenarkan disiar demi menjaga imej arkitek)


Kelebihan: Jadi anda takyah la bimbang kalau rumah selalu bersepah. InsyaAllah pasangan anda boleh je tahan. Tapi anda jangan selalu wat perangai lagu ni. Kang beliau cari lain!


6. Kretip


Bukti: Hasil kerja dan design arkitek memerlukan kreativiti yang tinggi untuk disukai oleh client.


Kelebihan: Kekretifan itu secara tak langsung akan mempengaruhi rumahtangga arkitek. Jangan risau, setiap ulangtahun perkahwinan anda akan diraikannya dengan cara yang anda mungkin tak menduga. Kalah citer Korea! (Itu pun kalau beliau tak lupa la).


7. Sensitip


Bukti: Mereka perlu sensitif untuk menghasilkan design yang kemas dan teliti. Mereka jugak perlu sensitif dengan persekitaran untuk hasilkan design yang baik.


Kelebihan: Kalau anda ade masalah, moody, emo tetiba atau tak seperti biasa, insyaAllah pasangan anda akan perasan. Cuma beliau nak tanya atau biarkan je anda layan feeling, itu saye tak tau la.


8. Secure!


Bukti: Dalam mendesign sesuatu bangunan, arkitek kena pastikan safety first! Kalau x safety bangunan/rumah tak dapat CF (Certificate of ... ape ntah). Kira sijil layak menduduki la.


Kelebihan: Tak perlu lagi risaukan keselamatan anda, anak2 anda, rumah anda dan harta benda anda! Pasangan anda telah pun memastikan semuanya selamat. Andai berlaku sebarang kejadian tak diingini, cari je beliau. InsyaAllah beliau akan cool je menghadapinya.


Kesimpulan: Justeru itu, apa anda tunggu lagi?? Hahahaha (gelak poyo). Hubungilah mane-mane firma arkitek untuk berkenalan dengan mereka. Haha. Tapi jangan kaco laki orang sudey..


Atau, taipkan ON ARCHI dan hantarkan ke ......... (oh nombor belum register lagi)


[p/s: artikel ni tade kaitan ngan penulis okeh, penulis budak kos lain!]


Credit to: Tuah Mohd Bakheet


p/s: Dulu pernah jugak terbaca pasal yang engineer punya. Ni arkitek pulak. Sounds great kan. Dari segi rasional akal dan pengalaman, boleh dikatakan saya menyokong kebanyakan point di atas. Lagi pun memang pernah ada kajian tentang lelaki berkerjaya arkitek lebih pandai menangani situasi kritikal, lebih tenang menghadapi tekanan dan lebih romantik.

 Walau apa pun profesion x dapat mempengaruhi seseorang 100%. Pembawaan diri yang baik sudah memadai. Dengan itu barulah orang boleh respect kita. Alrite guys ! 

(Teringat masa study UiTM dulu ada sangkut kat seorang student arkitek. PBSM sama-sama. Menyesal jugak x terima a.k.a layan dia. Good-looking, baik dan pandai. Melepas dah. Hope lepas ni ada lelaki yang terbaik dan terakhir Allah pertemukan untuk saya. Amin... :)

12 comments:

ejulz said...

x jugak.. ada kalanya mesti diorang ni stress pasal keje.. heHe :P

Mieja said...

best tuh...
anna carikan sorang k...
:P

ZIPPO MILLER said...

uishh ....kalo pikir logik betul kut huraian diatas tu

nabila faryzza said...

pernah baca yg engineer punya tu. hee :)
alaa, QS tade ke? ahkz! kalau buat rumah, laagi la boleh dapat murah. bhaha

JalelBenAman™ said...

engneering drawing...hehehe


1st time singah n folo blog nni....tq

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

ejulz
yup betul... setiap pekerjaan mesti x terlepas dari tekanan... even petani or PM sendiri pon hadapi tekanan yang sama time dorang bekerja...

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

Asmiza Misram
ana kena carikan ke... serious?? abes bf ja tu nak letak kat mana.. ha! x boleh2.. ana x nak tolong ye... huhu....

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

zippo miller
memang.. apa2 pon orang yang betul2 melalui peristiwa di atas je yang tahu samada langit tu tinggi or rendah... kita hanya baca pengalaman orang je... ^^

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

nabila faryzza
qs x ada laa.. kena ada orang2 qs yang berpengalaman n otak gila2 fresh
create laa.. apa kata nabila yang buat.. ok x... hihik... semua pon free memang bertuah badan... ^^

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

JalelBenAman™
hehee... u punya kos ke...
okey tQ.. nt i singgah blog u balik... balas kunjungan...

nabila faryzza said...

orang qs tak sekreatif architect. hee :P

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

nabila faryzza
hihikk... belum cuba belum tau kan.. ^^

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...