Saturday, April 16, 2011

Wajah Baru Puduraya




...HENTIAN PUDURAYA BARU...

Hentian Puduraya di Kuala Lumpur yang berwajah baru telah beroperasi semula mulai hari ini 16 April 2011 (Sabtu). Hentian Puduraya ditutup sejak 1 Mac tahun lepas bagi proses pemodenan dan kerja-kerja pengubahsuaian. Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad, Datuk Jaafar Abu Hassan mengesahkan operasi bas di terminal sementara di Bukit Jalil sekarang akan ditutup berkuatkuasa hari ini berikutan pembukaan semula Hentian Puduraya. Kerja-kerja pengubahsuaian di hentian tersebut dilaksanakan oleh Uda Mall Sdn Bhd dengan kos RM52 juta bagi meningkatkan taraf terminal tersebut menjadi hab moden. Hentian Puduraya kini mengendalikan perjalanan bas ekspres ke Utara, Selatan dan Pantai Timur.

...PENGARAH URUSAN UDA HOLDINGS BERHAD,
DATUK 
JAAFAR ABU HASSAN... 



WAJAH BARU PUDURAYA

  • Mempunyai tiga kawasan menunggu yang baru iaitu, tingkat mezanin seluas 1,310 meter persegi yang siap dalam fasa satu pembinaan iaitu April 2010.
  • Orang ramai turut disediakan dua tempat menunggu baru di tingkat satu iaitu kawasan menunggu A dan B seluas 1,716 meter persegi yang berhawa dingin dan ia disiapkan dalam fasa dua dan tiga. Tingkat satu dulu menempatkan ruang makan dan gerai runcit.
  • Sebanyak 50 kaunter tiket disediakan di tingkat satu berbanding 108 kaunter sebelum ini. syarikat yang mempunyai pengarah sama disatukan bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pengurusan kawalan kaunter.
  • Terdapat penambahan mobiliti untuk para penumpang melalui peningkatan lif dan eskalator, penambahan dua unit walkalator, laluan pejalan kaki, sistem siar raya, penambahan tandas awam yang melibatkan kemudahan mesra pengguna untuk orang kurang upaya.
  • Terminal kini menempatkan lebih kurang 245 lot merangkumi kaunter tiket, mesin-mesin Mesin Teler Automatik, kiosk, gerai runcit serta restoran-restoran.
  • Kaunter tiket yang lebih sistematik dibina di tingkat satu, medan selera pada tingkat atas bumbung, pengubahan kipas ekzos di tingkat bawah serta keseluruhan kerja-kerja menaik taraf tingkat bawah tanah.
  • Dewan sembahyang terminal seluas 511 meter persegi telah diubahsuai dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan berhawa dingin. Setelah diubahsuai, surau itu kini boleh menampung 400 orang jemaah dan mendapat pentauliahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengendalikan sembahyang Jumaat.
  • UDA Mall telah melantik syarikat teknologi maklumat, Pegasus untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat bas dalam melaksanakan e-ticketing.
  • UDA Mall juga mengambil alih Hotel Puduraya dan kerja-kerja penambahbaikan dijangka siap pada akhir Jun dan beroperasi sebulan kemudian di bawah nama baru, Angkasa Ekspress.
  • Bas-bas daripada lebih 70 syarikat bas beroperasi di hentian itu akan ke depoh terlebih dahulu sebelum masuk ke situ. Depoh tersebut terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan 1,200 ruang letak kenderaan selain tempat makan, minum dan rehat bagi para pemandu bas. Ini bertujuan untuk mengurangkan masa menunggu bas di hab tersebut. Secara idealnya, bas menunggu 20 minit tetapi selewat-lewatnya setengah jam di situ.


SEJARAH PUDURAYA

Hentian Puduraya ialah terminal utama di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada tahun 1976 oleh bekas Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn.

Selain menjadi pintu masuk utama ke bandaraya Kuala Lumpur, terminal ini menyediakan tempat berniaga kepada para peniaga tempatan sekali gus membantu kerajaan mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru.

Kerja-kerja penambahbaikan dimulakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk mengubahsuai hentian berkenaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan keselesaan penumpang.

Penambahbaikannya bakal menjadikan ia sebagai pusat untuk bas-bas antara bandar selain bas ekspres.


PUDURAYA LAMA






PUDURAYA BARU

...KERJA-KERJA PEMULIHAN PUDURAYA...

...KAUNTER e-TICKETING...

...TEMPAT MENUNGGU BAS YANG LEBIH SELESA...

...DEWAN SEMBAHYANG SELUAS 511 METER & BERHAWA DINGIN...

...RUANG MAKAN...


Credit to: mSTAR Online

4 comments:

Anonymous said...

assalam...smart nya laa...dlu slalu singgah hentian pudu lama jer...yg baru nie x tgk lagi

nur aisya humaira said...

waaa,pudu da hensem...:)

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

►AdamXis◄
wsalam... memang smart abes laa... hehee.. samala saya pon.. x sempat nak singgah tengok pudu baru... tengok dalam gambar je...

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

nur aisya humaira
bukan saja hensem... macho, tampan dan bergaya sekali la... lengkap pakej tu.. ^^

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...