Friday, June 10, 2011

10 Kesilapan Orang Bercinta Di Dalam Facebook





Kadang-kadang fb ni tempat cari jodoh, tempat cari kawan-kawan lama dan juga tempat cari gaduh. Tapi perasan x 10 kesilapan yang ada bagi orang bercinta kat fb ni.

1: Terang-terang dalam fb kau cakap 'dalam perhubungan', 'dalam perhubungan dengan __'. Yang kau cakap kau single apahal?

2: Pantang nampak perempuan/lelaki dahi licin semua kau nak try. Terang-terang awek/pakwe kau ada fb jugak.

3: Lelaki ni pantang tengok gambar perempuan seksi, mula la komen entah apa-apa. Yang gurl pun seronok. X tahu awek korang dah skodeng lama je. Tinggal nak meletup.

4: Agak-agak la kalau sayang kat bf/gf pun. Tapi janganlah sampai nama fb kau pun letak nama dia. Macam mengharap sangat der.

5: Terlalu memuji gf/bf dalam fb ni. Kaulah jantungku, buah pinggangku. Suka la bila orang cakap sweet ko ni, tapi bila kau clash dengan dia semua orang akan cakap 'bercinta bagai nak rak, busuk pun jadi wangi, last-last clash jugak'.

6: Cakap dengan bf/gf x online sebab busy buat kerja,walaupun online punya lampu chatting x ada, yang kau pergi komen budak lain punya, pergi update status apahal?

7: 'Akulah cintamu setia hingga akhir hayatku'. Padahal tiap hari inbox dengan boy/gurl lain dalam fb.

8: Pergi kencing member-member x dapat yamcha sama-sama sebab banyak urusan kat kolej/tempat kerja/rumah sedangkan pergi dating dengan bf/gf. Update status bagitahu yang best lepak dengan bf/gf siap upload pic baru lagi dan beritahu tarikh masa tempat.

9: Memperkenalkan gf/bf kat kawan-kawan yang terang-terang buaya/mengkarong. X lama la gf/bf kau, tahu-tahu skandal dengan member sendiri je.

10: Ni bagi aku paling dasyat, bagi password siap email kat gf/bf! Gila la, kalau sayang pun janganlah bagi wei. Bahaya kau dok inbox dengan skandal dah tu bagi email siap pasword kt gf/bf kau. Mangkuk tingkat la kau jadinya!

Extra : Senang-senang kau block je fb bf/gf kau tu. 
Sorry kalau ada yang terasa. Cuma ingin membuka mata.



THE BEST WAY OUT IS:



Credit to: Amy


2 comments:

Shafique said...

SAya suka entry nie!~ Memang terbaek!~ Trimas sebab share di blog awak :)

Anna King said...

Shafique
tQ beb!~ :) singgah lagi baca entry yang lain ye...

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...