Sunday, March 27, 2011

10 Tumbuhan Karnivor Yang Hidup Di Taman Anda



Haiwan karnivor adalah pengguna sekunder dalam rantaian makanan ekosistem hutan hujan tropika. Haiwan karnivor merupakan haiwan pemakan daging. Contoh haiwan karnivor ialah harimau, singa dan ular. Untuk kategori tumbuhan terdapat juga tumbuhan karnivor. Kebiasaannya tumbuhan karnivor memakan pemangsa seperti serangga kecil, serangga terbang, nyamuk dan langau. Terdapat beberapa jenis tumbuhan karnivor yang boleh dipelihara atau ditanam di sekitar taman dan kebun anda. Alternatif bagi anda yang gemarkan tumbuhan karnivor ini saya senarai pendekkan 10 jenis tumbuhan karnivor yang menarik sekali untuk dipertontonkan. ^^


1. Venus flytrap (dionaea)
Berasal dari lembah North Carolina. Merupakan tumbuhan karnivor yang paling terkenal. Sangat cerewet untuk dijaga tetapi masih boleh dipelihara sebagai tumbuhan di rumah.

2. Waterwheel plant (aldrovanda)


Nampak kelihatan sama seperti Venus flytrap. Daun-daunnya mempunyai perangkap yang terletak di hujung lengan tumbuhan yang berbentuk roda ini.

3. Albany pitcher plant (cephalotus)
Dinamakan Albany sempena nama tempat tumbuhan ini dilahirkan iaitu di bumi Australia. Bentuknya adalah seperti kendi dan berbulu di sekelilingnya.

4. Cobra lily (darlingtonia)
Ia tumbuh di sepanjang pesisir pantai Pasific dari California ke Oregon dan ia memakan langau serta serangga kecil.

5. Sundew (drosera)
Lebih dari 180 spesies ini tumbuh di setiap benua kecuali Antartika. Serangga terperangkap pada daun dan perlahan-lahan dicernakan sebagai enzim.

6. Dewy pine (drosophyllum)
Daun tumbuhan ini seperti kaki yang panjang dan tumbuh di wilayah yang kering di sepanjang pesisir pantai Portugal.

7. Corkscrew plants (genlisea)
Tumbuhan ini tinggal di dalam air dan perangkapnya adalah daripada bulu yang melengkung. Pemangsa yang masuk ke dalam lengkung itu tidak akan dapat untuk keluar kembali.

8. Tropical pitcher plants (nepenthes)
Mereka adalah karnivor tetapi sangat memilih pemangsa. Beberapa jenis binatang dari nyamuk sehingga kepada katak boleh masuk ke dalam tumbuhan ini tanpa dimakan.

9. North American pitcher plants (sarracenia)
Lokasi utama adalah di selatan US. Di dasar kendinya dipenuhi dengan jus percernaan dan memakan habis nyamuk, serangga terbang dan serangga kecil

10. Bladderwort (utricularia)

Lebih daripada 220 spesies tumbuhan ini mempunyai pundi kecil yang mengepam air keluar dari dalam. Mempunyai tekanan air yang rendah. Ia menghisap pemangsa yang dicernakan secara perlahan-lahan


Artikel Tambahan: Pokok Karnivor Makan Manusia

Pada 1878, seorang pengembara Jerman yang melawat Madagascar iaitu Carl Liche, sempat menyaksikan satu upacara menyeramkan yang dilakukan satu daripada puak Orang Asli di wilayah itu. Pengembara itu menyaksikan puak Mkodo menangkap seorang daripada anak gadis kumpulan mereka dan menyerahkan kepada pokok gergasi yang aneh untuk dijadikan korban!


Dia melihat bagaimana ahli kumpulan itu mengelilingi gadis terbabit sambil menujah lembing tajam ke arahnya dengan niat memaksa wanita malang itu memanjat tumbuhan gergasi berkenaan. Tidak seperti tumbuhan biasa, pohon aneh yang menyerupai pokok nanas gergasi itu kelihatan menyeramkan dengan bahagian jambul di atasnya dipenuhi jalur hijau seakan sesungut sotong kurita yang mengelilingi takungan berisi cecair tertentu.

Apabila gadis itu sampai di bahagian atas tumbuhan berkenaan, dia dengan berat hati dipaksa meminum cecair yang bertakung di atas pohon berkenaan. Serentak itu, dengan tiba-tiba tumbuhan berkenaan kelihatan hidup dan bergerak-gerak. Sesungut hijaunya dengan rakus membelit jasad gadis berkenaan menyebabkan dia menjerit lantang bagi menzahirkan ketakutan yang teramat.

Terkejut dengan situasi itu, Liche menulis gambaran berkenaan dengan ayat berikut:
Pohon kanibal kejam yang tadi kelihatan tidak bergerak seolah-olah mati tiba-tiba menjadi hidup dan mengganas. Sesungutnya yang halus dan kemerahan merayap seumpama ular yang lapar di kepala gadis berkenaan. Kemudian seolah-olah tumbuhan itu mampu berfikir dengan bijak, ia mula membelit kuat tangan dan leher gadis itu. Jeritan ketakutan gadis itu disambut satu bunyian pelik seolah-olah ketawa kejam daripada tumbuhan itu.
Sesungut tumbuhan itu – satu demi satu yang kelihatannya seperti ular hijau – dengan tenaga yang kuat dan kelajuan yang dahsyat, menjalar sehingga membalut tubuh gadis itu dengan ketat dan kejam seperti ular anakonda yang membelit mangsanya.
Sebaik sahaja kisah menyeramkan itu dipaparkan didalam akhbar, tanda tanya segera tercetus di kalangan ramai pihak berhubung kewujudan tumbuhan aneh yang diceritakan itu. Lebih membingungkan adalah kisah berhubung tumbuhan misteri yang memakan manusia tidak tertera menerusi kisah berkenaan saja tetapi turut didapati dalam pelbagai kisah legenda di beberapa negara lain antaranya di Amerika Syarikat dan Mexico.

Beberapa tahun kemudian iaitu pada 1924, bekas Gabenor Michigan, Chase Osborn, dalam buku tulisannya bertajuk ‘Madagascar, Negeri Pohon Yang Memakan Manusia’ mengesahkan kewujudan tumbuhan karnivor berkenaan malah menyatakan bahawa puak Mkodo serta mubaligh yang pernah melawat wilayah itu mengetahui akan wujudnya pohon aneh itu.

Beberapa kenyataan pengesahan itu semakin membingungkan ramai pihak. Fakta yang diketahui ramai adalah tumbuhan tidak mampu bergerak secara bebas dengan sendirinya, apatah lagi untuk memakan dan menelan hidupan lain.

Setelah heboh mengenai kisah tumbuhan aneh itu, satu pencarian yang memakan masa bertahun-tahun dijalankan. Penemuan mengejutkan itu menyebabkan penyelidik biologi terkemuka, Charles Darwin menghabiskan masa selama 15 tahun untuk mengkaji tumbuhan berkenaan yang kemudian dikenali dengan nama saintifik ‘insectivores’.

Kajian mendapati, tidak seperti tumbuhan lain yang memperoleh ‘makanan’ mereka dengan menyerap mineral daripada tanah, tumbuhan karnivor memerangkap haiwan serta serangga dan memakan mereka bagi mendapatkan nutrien. Tumbuhan jenis ini dapat bergerak dengan sendirinya dan menggunakan pelbagai kaedah untuk memerangkap mangsa mereka. Tumbuhan itu dikenali sebagai ‘venus flytrap’ atau nama saintifiknya ‘Dionaea muscipula’ dan juga ‘nepenthes’ yang banyak tumbuh di Asia Tenggara dan memerangkap serangga, katak dan haiwan sebesar tikus untuk dimakan. Namun, pencarian itu tidak menemui sedikitpun bukti tumbuhan karnivor yang mampu memakan manusia.

Tanpa penemuan memberangsangkan, penyelidik termasuk penulis sains, Willy Ley, berpendapat bahawa kisah Carl Liche seperti tertera dalam akhbar South Australian Register itu hanyalah rekaan semata-mata. Tiada pohon yang memakan manusia di Madagascar, tiada puak Mkodo ditemui di situ malah pengembara Jerman bernama Carl Liche juga didapati tidak pernah wujud di dunia ini.

...POKOK KARNIVOR YANG KONONNYA MEMAKAN MANUSIA...

Credit to: fazamania









6 comments:

IFA Athirah said...

ptutlah dia djadikan kecik.lau besar, naya kite kena ngap skali.haha http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

Anna King said...

hahahaa... kalau die besar memang sure die ngap kita.. macam dalam cite hollywood tuh... ^^

Flawless Flower said...

salam...
saya pelajar UPM, Bsc. Sc. Horticulture, memerlukan bantuan saudari. Kami memerlukan gambar2 tumbuhan karnivore ini bagi tujuan assigmnet kami.
Diharapkan saudari sedia menolong kami. flawlessflower09@gmail.com

Anna King (سيتي امينه نسراودين) said...

wslm... ok je saudari Flawless Flower..

adbas06 said...

Assalamualaikum, ada sesiapa di sini yang mempunyai anak pokok sundew atau seangkatan dengannya. Saya nak beli atau ada sesiapa yang baik hati bagi secara free. nak jadikan sebagai hobi

zarilah zakariya said...

tkasih atas in4,mohon kongsi,share.TQ.

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...