Monday, March 28, 2011

19 haribulan Mei 2011??

Ada apa dengan tarikh 19 haribulan Mei 2011? Tarikh birthday saya? bertunang? berkahwin?? Oh no..... Jauh lagi tu. Sebenarnya saya membilang hari. Start dari tarikh hari ni 28 haribulan Mac 2011, nak tunggu sampai genapnya tarikh 19 haribulan Mei 2011 ada la dalam sebulan lebih lagi kan. Ikutkan hati memang dah x sabar sebenarnya nak tunggu tau :))



Baiklah. X nak tunggu lama-lama dah. Saya nak buat pengumuman x rasmi ni. 19 haribulan Mei 2011 adalah tarikh konvokesyen saya. Wahh! Akhirnya penantian yang sekian lama ditunggu akan tiba juga akhirnya. Untuk makluman semua saya baru je tamat study ataupun khatam belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan induk Shah Alam pada bulan Disember tahun 2010. 3 tahun bertungkus-lumus semata-mata untuk menggengam segulung ijazah. Memang berbaloi. 

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. Dengan izin Allah swt dan doa restu my parents and family impian saya sejak di bangku sekolah tadika akan termakbul juga akhirnya. Semoga saya dipanjangkan umur untuk hadir ke Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) pada tarikh yang ditetapkan serta dipermurahkan rezeki untuk membayar yuran konvo yang masih tertunggak. Hurm. Belum kira bil tunggakan PTPTN saya lagi. 

Waduhh! X habis cerita lagi ni. Kan DATC tu baru je siap dalam tahun ni so sapa-sapa yang grad tahun ni dikira bertuah laa sebabnya anda (saya) merupakan batch pertama yang akan menggunakan dewan konvo baru tu. Sebelum ni semua alumni Uitm berkonvo kat dewan lama iaitu di Dewan Seri Budiman (DSB) yang terletak di menara. Apa-apa pon DSB, jasamu dikenang kerana menghimpunkan alumni-alumni terbaik UiTM. Syabas!



...DEWAN SERI BUDIMAN...

Sedikit info tentang DATC yang saya nak share ialah ia boleh menampung hampir 5,000 orang. Bangunan ini terletak berhampiran Stadium UiTM dan akan memulakan fungsinya sebagai Konferensi Akademik UiTM bermula dari tarikh 10-12 Februari 2011. Seterusnya ia akan berfungsi sebagai Dewan Konvokesyen UiTM bermula April ini.


Untuk rakan-rakan UiTM lain yang nak grad untuk sidang konvokesyen Mei 2011 boleh la cek jadual istiadat konvokesyen kat website UiTM. Selain itu, boleh juga klik terus kat Portal Konvo.


...BAHAGIAN UTAMA DATC...
...BAHAGIAN DALAM DATC...
...PANDANGAN SISI DATC...
...BAHAGIAN HADAPAN DATC...
...DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR...


...PROF. DATUK IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, NAIB CANSELOR UITM...



...SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG...
D.K.M.,D.K.T.,D.K.R.,D.M.N.,S.U.M.Z.,S.S.M.T.,S.P.M.T,
D.K.(PERLIS),D.K.(JOHOR),D.K.M.B.(BRUNEI),D.K.(PERAK),D.K.(NEGERI SEMBILAN),
D.K.(KEDAH),D.K.(KELANTAN),D.K.(SELANGOR)
S.P.M.J.,Commandeur de la Legion d'Honneur (France),
The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand),
Collar De La Orden Al Merito De chile (Chile)



Info tentang DYMM

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Universiti. DYMM Tuanku Canselor menentukan kekerapan dan tarikh bagi mengadakan konvokesyen dan bagindalah yang mempengerusikannya. DYMM Tuanku Canselor menganugerahkan ijazah, diploma, sijil serta pencapaian akademik yang lain kepada sesiapa yang telah menjalani pengajian yang diluluskan oleh Universiti. DYMM Tuanku Canselor juga menganugerahkan ijazah kehormat atau sebarang anugerah seperti mana yang dicadangkan oleh Lembaga Pengarah selepas dibincangkan bersama Senat. DYMM Tuanku Canselor juga melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang termaktub dalam Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173).


Credit to rakan-rakan blogger untuk pinjaman gambar-gambar DATC dan patung konvo:







TQVM............................

5 comments:

mr.syazwan said...

aaaaaaaaaaaaaahhhh

TAK SABAR!!!!!

>.<

mr.syazwan said...

pinjam pic2 ni erk...

=_=

Anna King said...

huhu... memang x sabar!
nk pnjm pic boleh2.. silakan... ^^

Asmiza Misram said...

betul ke 19hb mei anna???
wah..xsaba gak...

Anna King said...

yup 19hb mei ni... no giliran pon da boleh cek... search kat portal konvo.. hehee.. semua pon dah xsabar ni.. ^^

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...