Tuesday, March 29, 2011

Kucing Ku Dianiaya! (18 tahun ke bawah)



Sedih 10,000x beb! Kucing saya yang comel, cute, manja, gedik, nakal dan degil kena aniaya la. Dia jadi mangsa penganiayaan oleh makhluk tuhan yang sangat besar macam King Kong. Eh-eh bukan Anna King ye. Saya ni penyayang orangnya tau. Rasa-rasa nak kena report polis x kasi tangkap orang yang aniaya kucing saya tu or nak report kat tele-dera kucing ke. Bagi dia masuk muka depan paper, tajuk utama berita TV3, CNN, Al-Jazeera etc. Wahh dahsyat tu! Biar suspek x keluar rumah 10 hari. 

Chop-chop. Apa yang dilalutkan ni. Hurm~ Sebenarnya bukan kucing kena aniaya a.k.a kena dera. Tapi kena touch up jadi model yang comel lagi lucu. Ni semua hasil kerja tangan kakak saya iaitu Cik Et Maya. Banyak free time dia nak edit gambar-gambar kucing saya tu. First reaction saya tengok gambar-gambar tu kat handset dia memang saya terkejut gila. Ayat spontan yang keluar ialah >> "Jahatnya ko wat kucing aku macam tuh. X bek tau aniaya kucing. Cian Bola". Last-last saya mintak nak bluetooth gambar-gambar Bola dan letak kat Facebook. Terus buat profile picture. Apa kejadahnya tadi bukan main lagi saya marah. Bukan apa cuba amati betul-betul gambar Bola tu. Nampak lucu dan innocent sangat kan. Memang tergerak sepenuhnya hati saya nak published dan popularkan dia seantero facebook. 

Oops lupa nak perkenalkan. Kucing saya yang manja tu namanya Bola. Dia memang sebijik macam bola. Perut bulat, black & white. Memang sesuai sangat nama tu dengan dia. Sambung cerita balik ok >> Adik saya Cik Atikah merupakan orang yang paling happy tengok gambar baru Bola siap share lagi kat wall dia. X lupa juga kakak saya Cik Iera telah memberikan komen-komen yang membina pada setiap gambar Bola tu. Memang terbuktikan kesemua ahli family saya teramat menyayangi Bola. Saya?! Lagi la berjuta-juta melon sayang kat dia. Peneman saya waktu tidur, pengacau nak makan, pencakar kaki terhebat. Begitulah alkisahnya tentang Bola kucing yang teraniaya. ^^

...ALA-ALA RABBIT YANG PAKAI SKARF. KASUT PINK CUTE...
...RAPUNZEL DENGAN STAIL MUKA MENYERAH TERTUNDUK MALU...
...STYLE PARTY. DENGAN BIBIR BERLIPSTIK PINK. MMUAHH !...

 ...RAMBUT BERTEMPURUNG KELAPA. DENGAN STYLE SPEK MATA TEBAL SKEMA & CONTACT LENS BIRU...


...PROFESSOR KLON YANG SANTAI. GAYA YANG NAMPAK DEWASA...




GAMBAR TERBARU (JOM kacau Bola yang kuat tido !)




INFO TENTANG KUCING

1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, iaitu 5 kali lebih banyak dari manusia.

2. Seekor kucing memiliki 230 tulang dalam tubuhnya manakala seorang manusia hanya memiliki 206 tulang.

3. Kucing tidak memiliki collarbone sehingga membolehkannya masuk memasuki celah selebar kepalanya.

4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan. Kaki depannya dapat diputar ke semua arah dan separuh bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan.

5. Penglihatan kucing adalah 6 kali lebih baik dari manusia pada waktu malam. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan sepenuhnya, akan tetapi ketajaman matanya pada malam hari sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan perefleksi cahaya yang disebut sebagai taperum lucidum sel khusus yang berfungsi untuk menyerap cahaya.

6. Tahap pandangan kucing adalah 185 darjah.

7. Kucing memiliki deria bau sebanyak 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta.

8. Denyut nadi kucing normal adalah di antara 110-170 denyutan per minit. Jantung kucing berdenyut 2 kali lebih cepat dari manusia. (jika anda ingin melakukan pemeriksaan denyut nadi lakukan di paha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh)

9. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per minit.

10. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.

11. Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius.


12. Kucing boleh lari sehingga 50 km/jam.

13. Kucing boleh melompat 7 kali tubuhnya.

14. Kucing memiliki system saraf yang sangat sensitif.

15. Setiap kucing memiliki corak hidung yang sangat istimewa, sehingga tidak akan pernah ada dua kucing yang memiliki corak hidung yang sama.

16. Kucing memberi respon kepada panggilan wanita lebih baik daripada lelaki, mungkin kerana wanita memiliki nada suara yang lebih tinggi.

17. Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing.

18. Purata umur kucing adalah 15-16 tahun.

19. Kucing memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya.

20. Kucing yang berumur 6 bulan, setara dengan 10 tahun usia manusia.

21. Seekor kucing mempunyai 4 baris kumis 

22. Kucing adalah binatang peliharaan Rasullulah saw.

23. Kucing itu nokturnal. Ia bermakna ia bersifat tidak berapa aktif pada waktu siang (mungkin banyak tidur) dan begitu aktif pada waktu malam.

24. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.

25. Kucing itu karnivor iaitu ia memakan daging sebagai sumber makanan utama.

26. Kucing mempunyai bulu yang berfungsi mirip misainya di belakang kaki depan mereka.

27. Kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya. (40 kali lebih banyak dari manusia)

28. Coklat boleh menjadi racun bagi kucing kerana memiliki theobromine.

29. Aspirin mematikan bagi kucing. (hati kucing tidak mampu menghasilkan enzim untuk metabolisme aspirin)

30. Ada penyakit yang bernama jerawat kucing. (feline acne)

31. Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh FIV. (Feline Immunodeficiency Virus)

32. Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular.

33. Birman, kucing bermata biru ini dipercayai sebagai keturunan dari kucing kuil di Burma.

34. Kucing jenis Turkish Van amat menyukai air sampai digelar sebagai Turkish Swimming Cat.

35. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg.

36. Nada E pada oktav keempat boleh memaksa kucing muda membuang air besar dan kucing dewasa menjadi teransang. (Drs. Morin dan Bachrach)

37. Kucing boleh kembali lagi ke rumah meski dibuang beberapa kilometer dari rumah tanpa diberi kompas.

38. Kucing punya efek menenangkan. (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil)

39. Kucing adalah pemburu yang oportunis. (burung, tikus, serangga, kodok, manapun yang lebih mudah diburu)

40. Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati.

41. Masih di zaman Mesir kuno, kalau ada kucing peliharaan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur alis mereka sebagai tanda berduka.

42. Kucing mempunyai memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan.

43. Kucing mempunyai lebih dari seratus macam suara.

44. Ada juga kucing yang kidal.

45. Kucing hampir tidak mengiau kepada kucing yang lain kecuali pada waktu-waktu khusus.

46. Kucing mandi (menjilat bulu) setelah mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan dirinya.

47. Kucing tidak berpeluh.

48. Kucing boleh mendengar suara tinggi sehingga frekuensi 65 kHz. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran manusia ialah 20 khz.

49. Kucing jantan boleh mulai berketurunan setelah berumur antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.

50. Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurphobia (takut terhadap kucing).

51. Semua kucing lahir dengan mata biru.

52. Keluarga kucing adalah salah satu mamalia tertua.

53. Orang Mesir kuno percaya bahawa Bast adalah ibu dari semua kucing.

54. Kucing hitam pembawa sial adalah tahayul dari Amerika. Di Asia, kucing hitam sebaliknya dianggap pembawa keuntungan.

55. Kucing dengan pola bulu calico dan tortoise shell biasanya betina.

56. Kucing lebih senang kalau bermain dalam jumlah anggota genap.

57. Urine kucing bersinar dalam cahaya hitam.

58. Catnip disukai kucing kerana baunya mirip dengan bau betina dominan.

59. Kucing boleh mendermakan darahnya untuk kucing lain.

60. Golongan darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adalah AB.

61. Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut haw.

62. Kucing mempunyai lapisan bulu sejati di bawah bulunya.

63. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya.

64. Felix the Cat adalah karakter kucing kartun pertama yang dibuat menjadi belon parade.

65. Florence Nightingale memelihara lebih dari 60 ekor kucing selama hidupnya.

66. Pada tahun 1888, 300, 000 mummy kucing dijumpai di Beni Hassan, Mesir dijual $18.43/tan, dikirim ke England untuk digiling hancur dan dijadikan baja.

67. Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata besar berbanding dengan setiap mamalia yang lain.

68. Henry I dari Sachsen memutuskan bahawa denda kerana membunuh kucing adalah membayar 60 gantang jagung.

TAMBAHAN: dan akhirnya yang menarik ialah kononnya kalau pencinta kucing berkahwin dengan pencinta kucing yang lainnya, mereka akan bahagia selamanya. Wahh betul ke ni???


Credit to:
Ceriwis
(Dan teristimewa buat blog Bangku Kosong. Idea nak post pasal my meow terbit masa baca 15 perkara menarik mengenai kucing)


p/s: Saya merupakan pencinta kucing. Entry ni memang nampak macam kebudak-budakan kan. Hehee. Saya just taip apa yang ada kat kepala otak saya ni. Campur kepala otot dan lutut sikit tu yang sedikit merapu. Tambahan saya memang suka menaip. Bagi tajam skill yang dah lama tumpul. ^^ Apa-apa pon saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. Arigato gozaimasu!

6 comments:

haya_yaya said...

helo...nice blog..:)
tapi nape tulisan kaler tak kontra dgn background..podeh mato akak ni membacanye dik..:D

haya_yaya said...

oppsss...sori..da ok dah..heheheee...rupanya tgh loading page..

Juz Call Me Sharz said...

haha..memang ke buli habis-habisan.. =))

Anna King said...

haya_yaya> helo... tQ lawat blog ana ye.. nice 2 meet u... ^^

Anna King said...

Juz Call Me Sharz> huhu.. tau xpe.. buli sikit je tu... buli pakai photoscape... ^^

Aurora Ribero said...

SELAMAT ANDA MENDAPATKAN UNDANGAN RESMI DARI SUMOQQ.ORG Kunjungi skrg Live Chat nya u/Info lbh Lanjut,Dan Dapatkan Jutaan Rupiah Dengan Cuma-Cuma BBM : D8ACD825

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...