Wednesday, March 30, 2011

Lelaki Idaman Ku Dunia Akhirat.....



Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.....

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masanya
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.....

Ya Allah tulus dari hati ini
Pertemukanlah aku dengan seorang lelaki berhati mulia
Yang merupakan jodohku
Yang mampu menjagaku
Membimbingku ke jalan yang benar
Menyayangi diriku seadanya
Dan tidak pernah berhenti mencintaiku dunia & akhirat
Pertemukanlah aku dengan lelaki itu ya Allah.....


Ya Allah
Pertemukanlah aku dgn insan yang mencintaiMu itu.....


Credit to: Hamzah (Cik Am)

p/s: Terbaca kat FB Am. Ana jatuh hati pandang pertama. Teramat menusuk kalbu. Mengalir air mata. Seumpama ana berdoa kepada Allah. Demi jodoh dan hidup ana. Wallahualam.....

4 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

DUA JE SANGKUT KAT GUA YANG INI
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.....
Bangunnya subuh penuh kecergasan

BOEH MASUK LIST TAK

NICE N3 I LIKE

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

ohh lu suka bab yang tu ye.. good choices.. ^^
kalau nak masuk list apa salahnya.. x ada sapa-sapa pon nak marah...
tQvm.........

hamzah ( cenderawasih) said...

insyallah mudah-mudahan ana akan dpt lelaki idaman ana tu...

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

hamzah(cenderawasih)
insyaAllah am.. wish u too... ^^

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...