Wednesday, April 13, 2011

Ameng: Bahana Dadah



Baru reda beberapa minggu lepas kisah pembebasan Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim, 33, yang ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, Johor bermula 25 Mac tahun lalu kerana kes dadah mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- Langkah Pencegahan Khas) 1985, pada 17 Mac lalu, kini masyarakat dikejutkan pula dengan isu dadah oleh Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng. 

...AMENG DIBAWA KELUAR DARI MAHKAMAH SEKSYEN KUALA LUMPUR...

HUKUMAN

Ameng telah dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12hb April 2011 bersamaan hari Selasa semalam. Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.


PERTUDUHAN

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram. Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.

Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.


KRONOLOGI KES 

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu. Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja. Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipercayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu. 


RAYUAN

Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu. 

Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut. Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan. 

Source: BERNAMA


INFO TAMBAHAN DADAH:

...SAY NO TO DRUGS...


Dadah ialah apa apa juga bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila di masukkan ke dalam tubuh badan secara di suntik, dihidu, dihisap atau di makan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.


JENIS-JENIS DADAH

...KETAMIN...
Penagih akan menyedut serbuk itu menggunakan hidung atau memasukkan ke dalam minuman.



...SYABU...


Di hisap menggunakan "dapur" yang di perbuat daripada kaca. Kemudian membakarnya menggunakan api kecil dan menyedut asap yang terhasil.



...ERAMIN 5...
Pil ini akan di hisap sehingga habis.


...ECTASY...
Dan ini paling popular di pesta kerana mudah di bawa. Penagih hanya perlu menelan dan kesan akan di rasakan 20 hingga 30 minit selepas itu.






Tips mencegah terlibat dengan dadah

  • Jangan merokok kerana merokok adalah punca utama ke arah menjadi penagih dadah
  • Kuat azam supaya tidak terlibat dengan dadah
  • Jauhkan dari bergaul dengan mereka yang disyaki terlibat dengan dadah
  • Jangan mencuba dadah walaupun sekali.
  • Jangan terpedaya dengan tawaran yang lumayan yang di tawarkan oleh mana-mana pihak. Silap haribulan kita akan terperangkap. Ramai anak gadis Malaysia telah terperangkap dengan sindiket pegedaran dadah. Mereka telah di tawarkan percutian ke luar negara tetapi sebenarnya mereka telah dipergunakan sebagai "keldai" untuk mengedar dadah.


Jenayah berkadar terus dengan bilangan penagih dadah

  • Semakin ramai penagih dadah semakin bertambah kes jenayah. 
  • Penagih sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang untuk membeli stok dadah mereka. Mereka sanggup meragut, menyamun, pecah rumah dan membunuh. 
  • Ketagihan yang melampau menyebabkan penagih dadah hilang kewarasan. 



Aids berkadar terus dengan bilangan penagih dadah


  • Semakin ramai penagih dadah semakin ramai pesakit Aids. 
  • Ini kerana penagih dadah sering berkongsi jarum suntikan sesama mereka.

Pesanan khidmat masyarakat: BELIA BENCI DADAH!!


Credit to: Miecyber


No comments:

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...