Tuesday, April 5, 2011

Buah Yang Cantik & Sedap Tu! JOM Try Buat.. ^^


Kalau rajin dan ada masa terluang jom cuba resepi turun-temurun nenek moyang kita ni. Semestinya pencuci mulut yang menggunakan latar buah dan sayur sebagai imej utama. Rasa sayang pulak nak jamah kan. Cantik macam yang asli punya. Kebiasaanya orang-orang kita menggunakan pemanis mulut ni untuk gubahan hantaran. Tapi itu zaman dulu-dulu punya hantaran. Sekarang lebih ramai yang prefer pada gubahan moden iaitu menggunakan coklat. Apa-apa pun kuih warisan Melayu memang tak lapuk dek zaman. Apa lagi boleh la asah skill masak korang. Lets try!

...LATCHUP...

BAHAN-BAHAN

1 cawan kacang hijau tanpa kulit (rebus hingga empuk) --> blender hingga hancur
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan @ 1 kotak santan kotak Kara 
1/2 peket agar-agar tali
lidi



CARA-CARA

1.Rebus kacang hijau tanpa kulit hingga kembang --> blender hingga hancur.

2. Masak balik dengan santan dan gula hingga betul-betul likat dan kenyal. Sejukkan.

3. Bentuk aduan jadi bentuk yang kita kehendaki. Kemudian cucuk aduan yang dah dibentuk dengan lidi.

4.Rebus agar-agar tanpa gula hingga betul-betul likat. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan agar-agar tersebut ikut warna keperluan kita.

5. Celup aduan yang dah dibentuk dalam agar-agar berwarna. Golek-golekkan hingga dapat warna yang cantik.

6.Keringkan bawah kipas dengan mencucuk di atas polisterin. Siap untuk dimakan.



PESANAN IKHLAS DARI EMPUNYA RESIPI

Kesabaran perlu untuk membentuk dan mewarna.
Kepuasan akan diperoleh apabila melihat hasilnya. Selamat mencuba.....


Credit to: My Resipi

4 comments:

Ziema said...

waaahhhh!!
nampak sedap la...
nanti nak suruh mak buatkan la hehehe... :)

Mieja said...

hai yunk..
kenapa sedap sangat ni??
hehe...
ann watkan..
pastu pos kat ja ea..
=D

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

ZIEMA
huhu.. gerenti kalau mak yang buat jadi sedap melambung2 terus kan.. ^^

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

Asmiza Misram
hehee.. sangap buat entry ni masa tengah melantak mihun goreng.. kalau nak buatkan kat mieja boleh2.. kan untuk gubahan hantaran tu.. tunggu nanti yee... ^^

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...