Friday, April 15, 2011

Hari Jumaat a.k.a Friday


~~@ Hari Jumaat... Penghulu segala hari...
Hari ketentuan umat... Tanda Kebesaran Illahi @~~



PERKARA SUNNAH HARI JUMAAT

Bersegera ke masjid. Hal ini sering diabaikan ramai manusia sehinggakan sebahagian mereka tidak bangun daripada tidurnya atau tidak keluar dari rumahnya melainkan apabila khatib telah masuk (ke masjid). Dan sebahagian lagi hanya hadir ke masjid beberapa saat sahaja sebelum khatib datang ke masjid. Banyak hadith yang memuatkan arahan untuk bersegera dan memerhatikan hal ini. Antaranya ialah:


Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datang hari Jumaat, maka di setiap pintu daripada pintu-pintu masjid terdapat malaikat yang akan mencatat orang yang datang satu persatu. Apabila imam telah duduk,mereka akan menutup buku catatan mereka dan duduk untuk mendengar peringatan (khutbah). Orang yang pertama datang (ke masjid) adalah seperti orang yang menderma dengan seekor unta. Kemudian (orang yang seterusnya) seperti mendermakan seekor lembu, seterusnya seperti seeor kambing, seterusnya seperti seekor ayam dan seterusnya sebiji telur." (HR Muslim).

Jadi, bersegera ke masjid seperti orang yang mendekatkan diri kepada Allah dengan mendermakan harta-hartanya. Maka orang yang segera pergi ke masjid seperti orang yang mengumpulkan ibadah fizikal dan harta sebagaimana yang terjadi pada hari raya Aidil Adha.

Membanyakkan selawat ke atas Nabi SAW. Rasulullah saw berkata: “Sesungguhnya di antara hari-hari kamu yang paling afdhal ialah hari Jumaat. Padanya Adam diciptakan dan diwafatkan, ditiupnya (sangkakala) dan hari kematian seluruh makhluk. Maka banyakkanlah berselawat ke atas aku pada hari itu kerana selawat kamu akan sampai kepada ku. Sesungguhnya Allah telah mengharamkan bumi daripada memakan jasad nabi-nabi." {HR Ahmad}

Mandi pada hari Jumaat. Rasulullah saw berkata: “Apabila telah datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” {Muttafaq ‘Alaih}. Ulama’ berbeza pendapat sama ada hukumnya wajib mahupun sunat. Majoriti ulama’ menyatakan ia sunat untuk mendapatkan fadhilatnya.

Berwangi-wangian, menggosok gigi, dan memakai pakaian yang terbaik. Ramai manusia telah memandang remeh kepada sunnah yang agung ini. Sebaliknya, jika mereka menghadiri majlis-majlis tertentu, mereka akan menggunakan wangian dan pakaian yang terbaik. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, menggosok gigi dan memakai minyak wangi, memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar hingga tiba di masjid, dan tidak melangkah leher-leher orang (di masjid), kemudian solat sunat sebanyak mana yang dia mahu, kemudian diam ketika imam muncul dan tidak bercakap sehinggalah selesai solatnya, maka dosanya di antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya akan diampuni." {HR Ahmad}

Mandi pada hari Jumaat, menggosok gigi dan memakai minyak wangi sekadar yang mampu adalah disuruh ke atas setiap mereka yang sudah baligh. {HR Muslim}

Disunatkan membaca surah al-Kahfi. Ia berdasarkan hadith Rasul SAW : “Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, maka dia akan mendapatkan cahaya di antara dua Jumaat.” {HR al-Hakim}. Tidaklah disyaratkan untuk membacanya di masjid bahkan yang utama ialah segera membacanya di rumah.

Wajib diam dan mendengar dengan teliti kepada khatib dan cuba memahami serta mengambil faedah daripadanya. Rasul SAW berkata: “Apabila engkau berkata kepada sahabat engkau “Diamlah” ketika hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah melakukan hal yang sia-sia.” {Muttafaq ‘Alaih}

Larangan daripada mengganggu dan melangkah leher orang-orang di masjid. Kata nabi saw kepada lelaki yang melangkah leher orang-orang di masjid ketika baginda berkhutbah “Duduklah kerana engkau telah mengganggu dan dan terlewat." {HR Ahmad}. Hal ini tidak dilakukan kebiasaanya melainkan orang yang terlewat.

Wahai saudara seIslam: Carilah saat doa dikabulkan dan pendapat yang paling kuat (tentang saat itu) ialah: Di saat-saat akhir hari Jumaat. Berdoalah kepada Tuhanmu dengan penuh tunduk dan dan mintalah keperluanmu. Dan perlihatkanlah apa yang baik pada dirimu kerana itu ialah saat yang disebutkan Nabi SAW : “Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah seorang muslim mendapatkannya sedangkan dia berdiri bersolat dan meminta kepada Allah sesuatu melainkan Dia akan mengkabulkannya." {Muttafaq ‘Alaih}

Sumber: الجمعة يوم العبادة oleh Abdul Malik al-Qasim


Credit to: Assalamualaikum


FADHILAT HARI JUMAAT

Menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah, Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul Aiyam’ iaitu Penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).


Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:


ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."


Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Kudri bermaksud, “Sesiapa yang membaca Surah Al-kahfi pada hari Jumaat Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat”.


Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."


Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Abi Khatadah bermaksud, “Sesiapa yang mandi sunat pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih sehingga jumaat akan datang."


Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."


Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."


Nabi Muhammad bersabda, "Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."


Dan banyak lagi yang tidak tersurat di sini. Semoga kita diberi kekuatan untuk sama-sama merebut fadhilat hari Jumaat ini. InsyaAllah.....

Credit to: Sevenofus

4 comments:

mr.syazwan said...

nilah kelebihan org2 lelaki sbb pergi solat jumaat

SALAM JUMAAT

=_=

nabila faryzza said...

potong kuku hari jumaat juga merupakan sunnah kan?

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

mr.syazwan
betul2... selamat beramal ye.. SALAM JUMAAT too... =_=

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

nabila faryzza
yup.. ini source nya> ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...