Wednesday, October 12, 2011

Kita Sebenarnya ??



KITA SEBENARNYA..... lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram.
KITA SEBENARNYA..... lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
KITA SEBENARNYA..... lebih membesarkan Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.
KITA SEBENARNYA..... lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.
KITA SEBENARNYA..... lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada solat.
KITA SEBENARNYA..... lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujaan.
KITA SEBENARNYA..... lebih suka menyebut hello atau hai daripada Assalamualaikum.
KITA SEBENARNYA..... lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.
KITA SEBENARNYA..... lebih suka memuji manusia daripada tuhan kita sendiri Allah SWT.
KITA SEBENARNYA..... lebih suka membaca majalah daripada buku2 agama dan Al-Quran.
KITA SEBENARNYA..... lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYA..... lebih suka memaki, mengumpat orang daripada doakan mereka.
KITA SEBENARNYA..... lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.
KITA SEBENARNYA..... lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.
KITA SEBENARNYA..... lebih bangga dengan kejahilan daripada bersyukur dgn keimanan kita.
KITA SEBENARNYA..... lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.
KITA SEBENARNYA..... lebih suka menuju ke syurga daripada neraka.




p/s: Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya hati tetap berada dalam landasanNya. Bila selesai solat selalu amalkan doa dibawah daripada Surah Ali-Imran ayat 8. Bagus untuk diamalkan.


'RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA IZ HADAITANA WAHAB LANA MIL LADUNKA RAHMAH, INNAKA ANTAL WAHAB' 

Maksudnya: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (Kurnia). 


Credit to: Cik Shiqah

No comments:

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...