Tuesday, October 11, 2011

Persepsi Wanita: Lelaki Handsome vs Lelaki Tak Handsome



Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…
Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah !

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem !
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah-entah kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh !

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: (terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus… penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana ?

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mahu bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya ?

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis !! lelaki ke bukan ni ?



p/s: Memang benar golongan wanita selalu membuat persepsi sebegitu kepada lelaki yang mereka kenali. Tetapi bagi saya dalam memilih sahabat sejati dan pasangan hidup luaran x semestinya menjanjikan kebahagiaan mutlak. Ciptaan Allah semuanya sempurna. Dahului dengan menghiasi peribadi dengan akhlak yang baik. Nescaya semua orang akan senang hati berdampingan dengan kita : )


Credit to: Jack Steel

No comments:

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...