Thursday, June 7, 2012

Tips Cuci Muka Guna 3 Jari je . . .




1. Hanya menggunakan 3 jari je . . .

2. Meletakkan pencuci muka di atas salah satu jari. Jangan amalkan letak pencuci muka dengan kuantiti yang banyak (kadang-kadang kita suka letak banyak biar buih tu keluar banyak kan) sebab pencuci muka banyak bahan kimia. Nanti muka akan menjadi kasar.

3. Titikkan pencuci muka di 4 tempat iaitu di dahi, pipi kanan, pipi kiri dan dagu.

4. Mencuci muka start dengan dagu dan ke atas. Kalau boleh di kawasan T zone dahulu sebab tempat tu berminyak. T zone tu maksudnya hidung dan dahi.


5. Mencuci muka dengan urutan bulatan (mengikut clockwise), kalau anticlockwise untuk orang yang kidal je.


6. Jika pencuci itu kering, korang hanya perlu rendam jari ke dalam air dan menyambung kembali mencuci. Tidak perlu tambah kuantiti pencuci muka tersebut.


7. Jangan sental di tempat jerawat dengan pencuci muka (kadang-kadang orang buat sebab nak jerawat tu hilang cepat kan). Tak perlu sebab pencuci muka mempunyai bahan kimia. Ingat tu.. dan lagi satu ia akan memberi tekanan kepada kulit. 



p/s: Saya tetap setia dengan produk Olay dari zaman belasan tahun sehingga la dah menginjak dewasa ni. Alhamdulillah saya selesa memakainya walaupon kadang-kadang jerawat tumbuh mekar sebutir dua (masalah hormon xstabil, period.. hehe). Di samping itu, ia boleh cuci mekap terus, xperlu calit mekap remover pon :)


...PENCUCI MUKA PILIHAN SAYA...



DUTA OLAY DATO' CT & YUNA




Credit to: Ceciter Ilmu

No comments:

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...