Friday, June 8, 2012

Tips Rasulullah: Rawatan Demam



1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dangan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.”

2. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak 3 malam pada waktu sahur.”

3. Daripada Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dangan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari, dan hendaklah membaca Bismillah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tidak sembuh cubalah sebanyak 5 kali, 7 kali atau 9 kali. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9 kali. InsyaAllah...”

4. Daripada Jabir r.a katanya:
“Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda:
“Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: “Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.”


Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: 
 “Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”.



p/s: Ramai budak-budak sekarang yang demamnya lambat kebah dan ada yang sampai kena admit hospital. Suhu demam pulak tinggi-tinggi belaka, mencecah 40 darjah. Demam yang terlalu panas amat berbahaya sekali bagi anak-anak kecil terutamanya baby kerana dikhuatiri akan menjadi sawan/kejang 1 badan. Pencegahan awal ialah ambil ais batu tekap di kepalanya (anak kecil berusia di bawah 2 tahun doktor cakap bahaya). Untuk orang dewasa, menyejukkan badan (mandi) dengan memulakannya di bahagian kaki & sedikit demi sedikit ke atas hingga kepala supaya suhu panas keluar dari badan dari kepala. InsyaAllah...


    No comments:

    Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

      #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...