Sunday, November 28, 2010

10 Makanan Terlazat di Dunia


#1 FRENCH CUISINE


Bermula dari Zaman Pertengahan yang menyajikan banyak hidangan hingga Revolusi Perancis, dimana teknik-teknik yang sempurna digunakan. Masakan Perancis dapat dinyatakan sebagai “masakan haute (high cooking)” di abad 21. Keju dan wine merupakan bahagian utama untuk masakan. Di Paris, terdapat lebih dari 5,000 tempat untuk makan dengan harga dan menu yang bersesuaian untuk selera semua orang.


#2 ITALIAN CUISINE 


Masakan Itali adalah salah satu masakan tertua di dunia yang dapat dijejak kembali hingga ke abad ke-4 SM. Santapan Itali terdiri dari beberapa sesi: antipasto (pembuka), primo (pasta atau hidangan-hidangan nasi), secondo (daging), dan dolce (penutup). Itali juga terkenal juga dengan lebih dari 400 jenis keju, termasuk Parmigianino Reggiano yang paling terkenal dan 300 jenis sos.


#3 CHINESE CUISINE


Masakan China dinikmati oleh sepertiga populasi dunia setiap hari. Masakannya mudah dibuat, murah, dan enak. Kebanyakan makanannya dipersiapkan dengan bite-sized pieces kerana kebudayaan China terkenal dengan pisau dan garpu sebagai senjata. Di atas meja biasanya setiap orang diberikan semangkuk nasi dan hidangan-hidangan lainnya dibahagi untuk semua orang di meja tersebut. Beberapa makanan dimasak menggunakan spesies jarang sepeti lumut facai, sementara lainnya dibuat dari daging haiwan-haiwan yang mungkin akan anda hindari, seperti anjing dan babi.


#4 INDIAN CUISINE


Makanan India yang disajikan di restoran-restoran berkelas dunia adalah masakan-masakan dari India Utara seperti Mughlai atau Punjabi. Ada 3 kategori lain dari makanan India: Selatan, Timur, dan Barat. Makanan-makanannya biasanya makanan vegetarian, namun banyak memasukkan daging domba, kambing, ayam, atau ikan. Masakan India biasanya sangat pedas.


#5 THAI CUISINE


Banyak orang berkata bahawa makanan Thailand dengan campuran yang seimbang antara panas, masam, pahit, dan manis, merupakan alasan yang cukup baik untuk mengunjungi negara itu. Makanan-makanannya berasaskan penggunaan herba-herba segar dan perasa-perasa seperti jus jeruk limau, lemon grass, dan ketumbar segar. Mirip dengan makanan Asia lainnya, nasi adalah komponen utama dalam makanan Thailand. Anda akan sering menemukan nam pla, sos ikan yang dicampur pasta udang, dan mee. Terdapat juga raw beef, pasta ikan yang diragikan atau larva serangga yang digoreng, yang banyak ditemui di bahagian timur laut, dimana memakan serangga sangat lazim ditemui.


#6 MEXICAN CUISINE


Terkenal dengan rasa yang bervariasi dan kepedasannya, masakan Mexico merupakan hasil dari perkahwinan silang antara kebudayaan Sepanyol dan suku Aztec. Sebahagian besar makanan Mexico saat ini merupakan campuran antara tradisi kuno, Aztec, Maya, dan Sepanyol. Kebudayaan Perancis juga menyajikan makanan-makanan panggang seperti roti manis dan bolillo. Terdapat juga makanan-makanan eksotik di Mexico, seperti iguana, serangga, ular berbisa, atau rusa.


#7 JAPANESE CUISINE


Terkenal dengan rasa enak dan kualiti bahan-bahannya, masakan Jepun menjadi trend di seluruh dunia. Nasi putih dan kacang kedelai adalah bahan makanan yang ditemui di hampir kebanyakan hidangan Jepun. Menurut Micheline Guide yang memberi ranking kota-kota di dunia untuk restoran-restorannya, Tokyo adalah kota makanan terenak, dengan 150 restoran dengan ranking teratas. Lawannya adalah Paris dan London yang memiliki 148 restoran.


#8 SPANISH CUISINE


Masakan Sepanyol banyak mengandung daging dan ikan yang bervariasi, dan juga sayur-sayuran. Masakan Sepanyol juga terpengaruh dengan makanan-makanan laut kerana laut yang mengelilingi Sepanyol. Makanan Sepanyol juga menggunakan kandungan minyak yang banyak berbanding dengan masakan-masakan Eropah Barat dan Tengah. Salah satu minuman yang terkenal di Sepanyol yang sangat enak dihidangkan dengan hidangan utamanya adalah sangria, sebuah minuman yang dibuat dari wine dan buah-buahan.


#9 GREEK CUISINE


Dengan pengaruh yang sangat kuat dari masakan-masakan Turki dan Itali, masakan Yunani berfokus kepada olive oil, sayuran dan herba yang spesifik di daerah Mediterranean.


#10 LEBANESE CUISINE


Masakan dari Lebanon menyajikan semua kebaikan dari Timur Tengah. Makanan-makanan biasanya dari Mediterania, kaya dengan sayur-sayuran, daging-daging kecil, dan kaya dengan perasa. Yang paling terkenal di seluruh dunia adalah makanan pembuka iaitu mezze yang merupakan campuran dip, acar, salad, dan serpihan-serpihan roti Arab. Makanan ini juga mengandung banyak buah-buahan, ikan segar, seafood dan sedikit lemak haiwan. Negara ini juga terkenal akan manisan Arabnya; Tripoli seringkali disebut sebagai “Sweet Capital” dari Lebanon.

2 comments:

MJ said...

sedapnya santapan mata nihhhh

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

Mujahadah> kalau dapat melantak semuanya betul-betul lagi sedap. huhu...

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...