Friday, November 26, 2010

My Thesis.. Made In UiTM ^_^



DEFINITION OF THESIS
English Version

A dissertation or thesis is a document submitted in support of candidature for a degree or professional qualification presenting the author's research and findings. In some countries/universities, the word thesis or a cognate is used as part of a bachelor's or master's course, while dissertation is normally applied to a doctorate, whilst, in others, the reverse is true. The term dissertation can at times be used to describe a treatise without relation to obtaining an academic degree. The term thesis is also used to refer to the central claim of an essay or similar work.


DEFINISI THESIS
Versi Bahasa 


1. Suatu usaha untuk mengumpulkan, mencatat dan menganalisa sesuatu masalah. 


2. Suatu penyelidikan secara sistematis, atau dengan giat dan berdasarkan ilmu pengetahuan mengenai sifat-sifat daripada kejadian atau keadaan-keadaan dengan maksud untuk akan menetapkan faktor-faktor pokok atau akan menemukan paham-paham baru dalam mengembangkan metode-metode baru. 


3. Penyedilidikan dari suatu bidang ilmu pengetahuan yang dijalankan utnuk memperoleh fakta-fakta atau prinsip-prinsip dengan sabar, hati-hati serta sistematis.


4. Usaha untuk menemukan, mengembangkan dan menguji kebenaran suatu pengetahuan usaha mana dilakukan dengan menggunakan metode-metode ilmiah.


5. Pemikiran yang sistematis mengenai berbagai jenis masalah yang pemecahannya memerlukan pengumpulan dan penafsiran fakta-fakta.

Dari kelima definisi di atas dapat disimpulkan sebagai berikut:
  • Merupakan usaha untuk memperoleh fakta-fakta atau mengembangkan prinsip-prinsip (menemukan/mengembangkan/ menguji kebenaran).
  • Dengan cara/kegiatan mengumpulkan, mencatat dan menganalisa data (informasi/keterangan)
  • Dikerjakan dengan sabar, hati-hati, sistematis dan berdasarkan ilmu pengetahuan dengan metode ilmiah.

Sedangkan sifat atau ciri dari penelitian itu sendiri: pasif, hanya ingin memperoleh gambaran tentang suatu keadaan atau persoalan, aktif, ingin memecahkan suatu persoalan atau menguji suatu hipotesa.
Posisi penelitian sendiri pada umumnya adalah menghubungkan: Keinginan manusia,  permasalahan yang timbul, ilmu pengetahuan, dan metode ilmiah.


...THESIS BOOK...
...CONTENT OF THESIS...


ALKISAHNYA~


Thesis.. thesis?? Pekejadahnya thesis ni. Huhu. Thesis ni salah satu mata pelajaran wajib di  IPTA or IPTS. Nak buat thesis ni memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, gigih dan tidak mudah putus asa. Kalau la ada rasa malas macam siput BAB1 lupakan la cita-cita nak buat thesis dengan jaya gadingnya. Nak wat thesis ni perlukan seorang supervisor (SV) yang dapat membimbing korang, memberi input dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya. SV ni terdiri di kalangan lecturer program korang la. Nak buat research perlu topik yang sesuai dan relevan dengan isu semasa. Sebagai contoh topik aku. huh! Nak perkenalkan topik aku ni. Hehe. RISK ASSESSMENT AT TELUK CHEMPEDAK BEACH RECREATION AREA atau tajuk BM nya PENILAIAN RISIKO DI KAWASAN REKREASI TELUK CHEMPEDAK. Okeh! Btw content thesis ada 5 bab:


  • introduction
  • literature review
  • methodology
  • analysis & findings
  • recommendation & conclusion

Memang ikut format betul-betul la nk jadikan thesis ni sebuah buku. Tiap-tiap minggu diwajibkan jumpa SV. Kalau xjumpa mula la SV buat mulut sedepa. Hurm. Take note >>Hati-hati la kalau ada student yang buat part time sambil buat thesis. Memang xsesuai la sebab korang x akan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada thesis, jarang berjumpa SV, dan last-last mungkin anda akan diextend kan sebab thesis xmenepati kehendak SV disebabkan olek kekangan masa korang. Ha amik ko! Sapa-sapa student yang buat keje part time ni memang SV akan dapat tangkap. Samada student sendiri bagitahu atau ada student lain yang mereport. Macam kes jenayah la pulak. Uish. Tapi kalau yang buat thesis dengan mantap, bagus content nya, korang pasti akan grad on time la. 

Dulu masa mula-mula aku buat thesis start masa part5. Masa tuh memang semua student  part5 dikehendaki cari topik yang sesuai, buat thesis proposal y meliputi bab 1 hingga 3, submit dan present depan lecturer. Masa ni SV x ditauliahkan lagi. Ini bermakna kena usaha sendiri la buka paper, online cari topik, macam-macam la untuk lengkapkan thesis proposal tuh. After that, dalam 2-3 minggu terus kena present. Masa tu aku kena dengan mr. Man. Emm korang kenal die? hik2. Ok je respon dia kat topik aku sampai dia tawarkan nak jadi SV aku. Gembira bukan kepalang aku. Tapi last-last bila senarai SV yang rasmi aku xdapat dengan mr Man. Menjerit aku wei. Aku dapat madam Bai. Huhu. Aku redha jela last-last.

Naik part6 baru la ak tergopoh-tergopoh menyiapkan thesis aku sebab madam Bai dah minta bab 1-3 yang lengkap. Memang habis semua PTAR kat UiTM Shah Alam ni aku merayap. Buku berdozen-dozen. Lastly dapat juga aku submit pada tarikh yang ditetapkan. Dan berturutan la ke hingga minggu yang seterusnya. And then interim bab 1-3 yang lengkap dengan mr Z dan madam Seri. Memang aku kena kaw-kaw sampai die bagi tawaran untuk aku online register subject thesis untuk sem depan. Menangis bukan kepalang aku masa tu. Mr Z tu memang kuat psiko orangnya. Nevermind. After that, raya season cuti 2 minggu. Lepas raya kena submit pulak bab 1-5. Hah. Print n mengedar questionnaire dengan gigihnya. Sampai la dapat key in data untuk bab 4. Buat analysis masukkan dalam SPSS. Then analysis pulak pakai table, chart n etc. Podih biji mata den buat. Makan masa berapa minggu entah. Dah siap lega hantar kat SV. Kena viva pulak. Last ni. Dengar kata 15 markah akan diberikan jika dapat viva dengan jayanya. Aku terkena hari ke3 iaitu hari khamis, one day after paper GIS dengan madam Ajlin dan mr Rujed. Termakbul juga doa aku xnak berviva dengan mr Salleh master thesis program kami. Alhamdulillah madam Ajlin Jolie memang sporting time viva tu. Setengah jam je aku berdiskusi dengan dia. Dah habis terus jumpa SV dan edit bab 4 yang sangat penting tu bak kata madam Bai. 

At this moment, aku still tinggal di kolej anggerik menumpang bilik my sista. Di antaranya kak Ct, kak Kecik, kak Irara n Yat. tQ bagi Ana tumpang bilik korang selama seminggu lebih ni. Tapi yang xboleh blahnya aku masih tertunggu-tunggu bila la madam Bai nk proceed aku buat hard cover thesis ku. Huh! Penat la tunggu sampai bapa aku kat rumah dah bising meleter bila la anak dara dia nak pulang ke Kuantan. Madam Bai kenapa kau busy sangat. Boleh pulak dia kursus 4 hari time kebanyakan student dah hantar hard cover book thesis. Then dia minta pulak tangguh dari coordinator untuk hantar thesis. Haiii. Berkampung la aku kat UiTM Shah Alam ni. Arghh! Tempat tension Shah Alam! Aku dah boring duduk sini. 3 tahun dah. Madam Bai bagi la aku balik............... Jengjengjeng cerita thesis ini akan bersambung !

18 comments:

fara feroza said...

HYE...nak pinjam thesis kamu boleh..? nak buat rujukan...dulu amik caurse ape ek.>??

faraferoza88@gmail.com

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

fara feroza> awak study kat mana? sebabnya kan lebih baik kalau gunakan thesis ur department sebagai rujukan. boleh pinjam, cek tanya kat clerk. ok yee. ^^

BeLLicious said...

Salam.. amik course ap ek? bole pinjam buku thesis? nk wt rujukan. skrg tgh struggle wat thesis. huhu tension gler. dgn group member wt donno jer. huhu dugaan! harap bole pinjam.

zibbiey_gWen333@yahoo.com
exfiel_GeVe@yahoo.com.my

-Belle-

Umar Al Khattab said...

salam boleh email thesis u..sy tgh buat research tp xde buku rujukan, sila email pada mohdumarkhatab@gmail.com.. harap dapat membantu..tq :)

fadzyllah a.k.a iDe said...

salam..hye..sy skrg mohon TPM 2015.dlm list senarai semak TPM nak kan proposal..rasa2 u taw x proposal ape tu?proposal previos deg ke?

Anonymous said...

Salam boleh berikan thesis itu. Nak buatkan rujukan. SV macam x mau luluskan proposal saya.

Minta diemailkan di anuarbattle@gmail.com

maaflah kalau nama email mcm fierced sikit hehehehe

Halyustar said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam. sis alumni park & amenity UITMSA ehh.. hye senior :) hee. sis blh tak sy nak wat rujukan thesis sis. kalau sis tak keberatan blh emailkan di sitifadhilah.abdullah91@gmail.com. terima kasih =)

izztshm said...

Assalam sis, kalau boleh nak rujuk sis punya thesis. Boleh? kalau boleh ni email saya nuis1234@gmail.com

ariefaziez said...

Assalamualaikum akak senior, saya junior yang merupakan pelajar semester akhir dari UiTM Dungun. saya pelajar dalam jurusan operations management yang sedang praktikal dan dalam masa yang sama perlu menyiapkan thesis dalam tempoh saya LI. jika sis tak keberatan, saya meminta jasa baik sis untuk bantu saya dalam menyiapkan thesis tersebut. saya juga berkemungkinan besar menggunakan method yang lebih kurang sama dengan sis iaitu dengan menggunakan semi quantitative risk assessment matrix. saya mohon mungkin sis boleh berikan contoh thesis sis untuk saya jadikan rujukan. nie email saya ariefaziez@gmail.com
terima kasih sis :)

Unknown said...

asslamualaikum, blh sy dptkan thesis akak boleh email kepada sy muhamadhanifnasim@gmail.comm semoga dpt membantu

Unknown said...

asslamualaikum, kalau boleh nak rujuk sis punya thesis. Boleh? blh sy dptkan thesis akak boleh email kepada sy aribah212_abdulrahim@ymail.com semoga dpt membantu

Unknown said...

assalamualaikum.. boleh sy minta share slide & tesis? sy student marketing di uitm. maaf jika tiba2 sy minta. segala kerjasama amat dihargai. terima kasih :) email sy: twilight.mooney1@gmail.com

Anonymous said...

Assalammualaikum... boleh ke ajarkan saya cara-cara untuk buat thesis yg betul?

M Yusuf Suhaimi said...

salam boleh tak saya nak pinjam utk rujukan, lotusapx@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum.. awak im ur junior i part 5 now.. da kne buat thesis ermm boleh tak nk tgok cth awak buat mcmne ataupun please ajr cara yg betul. dulu sem 4 sy buat then submit dkt lecturer tp xtaw mana yg slh mne yg betul. so now sy lost mcm xtaw buat apa2 please i really need ur help

Juspin said...

Hye..boleh pnjam thesis utk rujukan...uhuhu..rsa mcm lost ..xtau nk buat apa..
juspinmias@gmail.com

aishah said...

Assalamualaikum...salam sejahtera
Maklumat yang dikongsikan sangat berguna untuk saya menggunakan di dalam
malaysian thesis online !
Terima Kasih .....

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...