Sunday, April 3, 2011

Masinnya Garam Tu...


...GARAM DARI LAUT...


Dalam pengajian sains, garam merupakan campuran neutral yang terdiri daripada ion-ion. Siapa yang tidak kenal dengan garam?! Anda menggunakan garam untuk memasak. Di sebalik warna putihnya yang menyenangkan ternyata ada beberapa fakta yang menarik tertulis tentang garam. Di sini disebutkan 15 fakta menarik tentang garam.


1. Sehingga abad ke-20, sebungkus garam (dikenali sebagai amoleh) adalah mata wang rasmi di Abyssinia (Ethiopia).

2. The Amazing Salar De Uyuni adalah garam yang terbesar di dunia dengan ukuran 4086 batu persegi di Bolivia. Ketika lapisan tipis air laut berada di atas pasir, ia umpama cermin yang sangat luar biasa. Kelebihan ini membuatkannya menjadi alat yang sangat berguna untuk pengajian angkasa lepas. Garam ini juga mengandungi 50 dari 70% sumber lithium di dunia.

...LOKASI SALAR DE UYUNI...
...SALAR TERDIRI DARIPADA CAMPURAN PELBAGAI LAPISAN GARAM & AIR...

3. Garam sangat penting untuk tubuh kita. Jika anda minum terlalu banyak air, ia akan menghilangkan banyak cairan yang mengandung natrium dalam tubuh dan akan mengakibatkan hyponatremia yang boleh menyebabkan kematian. (komplikasi penyakit dimana tubuh kehilangan banyak cairan mengandungi natrium). Inilah yang menewaskan Jennifer Strange yang mengikuti pertandingan “Hold your wee for a wii”.

4. Walau begitu penting pun garam kepada tubuh kita kesan buruknya tetap ada. Jika memakan terlalu banyak garam juga dapat membunuh. Sebagai contoh anda memerlukan kira-kira 1 gram garam untuk setiap kilogram berat badan anda untuk membunuh diri anda. (jadi jika berat badan 50 kg, 50 gram garam boleh membunuh). Oleh kerana itu, garam digunakan sebagai kaedah membunuh diri yang amat popular di China khususnya di kalangan bangsawan walaupun garam adalah sangat mahal pada saat itu.

5. Kualiti garam laut yang terbaik kebiasaannya mengandungi banyak mineral yang penting bagi tubuh kita. Jenis garam laut terbaik haruslah sedikit basah ketika ia di ambil dari laut.

6. Pada Abad Pertengahan, garam adalah sangat mahal sehingga ia digelar sebagai "emas putih". Pada saat itu, terdapat jalan perhubungan khas untuk garam yang menghubungkan kota pedalaman dari Lüneburg ke pantai Baltik Jerman.

7. Garam Hitam diperbuat di India menggunakan air garam dicampur dengan biji Harad. Campurannya dibiarkan meruap sehingga menghasilkan gumpalan hitam. Ketika garam diratakan, serbuk yang dihasilkan menjadi warna pink.

8. Di Guerande, Perancis, sehingga kini garam dikumpulkan dengan cara tradisional iaitu menggunakan bakul, iaitu harus menunggu sehingga air laut bergenang. Hal ini yang membuatkan garam sangat mahal dan berharga terutama sekali dengan kualiti terbaik yang disebut sebagai Fleur de Sel (bunga garam).

9. Ada salah faham berkaitan tentera Rom dibayar dengan garam sebagai gaji. Sebenarnya mereka dibayar dengan wang biasa.

10. Sebelum kewujudan Alkitab Yudaisme, garam digunakan untuk tujuan pengorbanan kepada Tuhan. Ia berdasarkan pengucapan Moses dalam kepimpinan 2:13 yang menyatakan: “Whatsoever sacrifice thou offerest, thou shalt season it with salt, neither shalt thou take away the salt of the covenant of thy God from thy sacrifice. In all thy oblations thou shalt offer salt.” Oleh itu, garam dianggap sebagai simbol kebijaksanaan.

11. Sementara menunggu tempat bahan bakar kapal terbang dibersihkan, garam dicampurkan sekali untuk menghapuskan semua kesan air sebelum ia dapat digunakan semula.

12. Natrium Klorida terbentuk ketika natrium logam yang tidak stabil memberi tindak balas kepada gas klorin. Ini adalah satu-satunya keluarga batuan secara teratur yang boleh dimakan oleh manusia.

13. Pada awal 1800-an, garam 4 kali lebih mahal sama seperti harga daging sapi. Ia menjadi sangat penting untuk keperluan manusia dan haiwan ternakan untuk terus hidup.

14. Hanya 6% dari garam digunakan dalam industri makanan di Amerika Syarikat. 17% lainnya digunakan untuk membekukan jalan raya pada musim dingin.

15. Pada akhir abad ke-17, garam adalah bahan makanan yang dibawa bersama dalam kapal-kapal terkemuka dari Caribbean ke Amerika Utara dan lain-lain tempat.

...GARAM DI MADURA...



Info Tambahan Garam: KEGUNAAN & KHASIATNYA


Hadis Nabi Muhamad S.A.W ada menyebut garam adalah penghulu segala masakan/makanan manusia. Makanan yang paling mudah seperti ubi rebus atau jagung rebus akan dibubuh garam dan tidak bahan lain. Bahkan makanan/masakan yang paling mahal sekalipun masih perlu menggunakan garam untuk menambah rasa/selera.

Kegunaan garam dalam masakan:

1. Pengawet ikan supaya tidak busuk.
2. Menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.
3. Mengurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak.
4. Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.

Kegunaan garam dalam perubatan Islam:

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Gaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut (tepi pantai)  1–2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti KL, goreng 1–2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit.  Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala dan senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya - minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut: minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Rasullullah setiap kali mengembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan badan kerana setiap tempat di bumi mempunyai udara, magnetik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir. Selain itu, garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.

p/s: Menakjubkan bukan. Selama ni Anna cuma tahu banyak mengenai kepentingan garam melalui industri pemakanan je. Pergi pasar beli garam nak guna untuk masak. Apa-apa pun waspada tau sebabnya kalau makan garam banyak sangat nanti boleh terkena penyakit darah tinggi. Elakkan memakan makanan yang terlalu masin dan amalkan cara hidup yang sihat. ^^ 



Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...