- sila letak header saya ni..
- tajuk: SEGMEN: Aku disebalik dunia blog
- jawab soalan2 yang sangat mudah ni..
b) tujuan korang buat blog ni..?
c) selama korang berblog ni, apa yang korang dah dapat..?
ok, tu je..senang kan..?
tiap hari saya akan buat entry pasal segmen ni..
kiranya promote blog korang la pada blogger2 lain..
suka tak?huhuhu
kalau dah siap sila la pastekan URL korang kat sini ye..
Nama saya Siti Aminah binti Nasarudin. Boleh panggil ct, ann, anna, ena, ina, na, aminah, mak teh or apa-apa panggilan baik-baik pon yang anda rasa selesa nak panggil. Berumur 24 tahun (oopss belum genap lagi ye). Single & available (ehem2). Dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, Perak pada tanggal 5 November 1987 pada pukul 4.04 pagi. Sekarang menetap di Kuantan, Pahang. Merupakan anak ke-5 dari 6 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan kecuali abang sulung saya yang sesat lelaki seorang (kuat gen perempuan family saya ni). Ibu saya Azizah binti Dollah hassan, berumur 56 tahun dan bapa saya Nasarudin bin Atan, berumur 59 tahun (buah hati saya yang sanggup tahan kerenah degil & nakal saya dari kecik sampai besar.. Thanx Mak Abah!)
Nak cerita sikit... Adik beradik saya boleh dikatakan semuanya ada rupa chinese look. X banyak pon tapi bila jalan-jalan orang selalu tegur tanya eh u macam amoi laa. Kadang-kadang orang cina sendiri yang tegur (haha). Tarak tifu punya. Apatah lagi kawan-kawan, ada yang beri gelaran awek jepun. Oh sesuai ke?! Maybe sebab asal-usul mak. Arwah atok dulu putih melepak macam cina, berasal dari Sumatera dan merantau ke Tanah Melayu/Raub dan terus bertemu jodoh dengan arwah nenek. Dengar kata atok ada darah cina. Mak la yang cerita.
Ok diteruskan cerita... Memulakan alam persekolahan di Tadika Kemas Kem Batu 10 (1993), selepas tu masuk darjah 1 di SK Pengkalan Tentera (1994-1999). Kemudian bersekolah menengah di SMK Seri Mahkota (2000-2002) dan SMK Paya Besar (2003-2006, sambung form 6 terus). Last sekali sambung belajar di UiTM Shah Alam (2007-2010). Sekarang ni tengah menunggu kerja. Macam-macam dah apply. Hopefully Allah permurahkan rezeki saya. Buat masa sekarang saya bekerja sebagai guru tadika cina di kawasan perumahan saya.
Tinggi saya 158 cm, berat 51 kg, kulit sederhana cerah a.k.a pucat, boleh tahan cute (arghh perasannya!). Pakai handset Sony Ericson Walkman W508, kasut saiz 7. Kalau keluar rumah x sah kalau x mekap. X tebal pon. Simple but nice. Di antara koleksi barang mekap yang saya pakai tiap-tiap kali nak hangout or bekerja ialah bedak Miyami, Meiko Naturactor 141, blusher Silky Girl, lipstik Maybelline, lip gloss In2It dan eyeshadow In2It. Tu je barang mekap yang saya ada. Pakai yang simple je sebab saya langsung x pandai nak bermekap pon. Nak-nak tang mata ni. Susah benor kalau mata kecik ni kan. X pandai langsung nak besarkan dan tonjolkan dia. Kadang-kadang jeles tengok awek-awek yang bermata besar dengan bulu mata lentik pakai contact lens (huh).
Kesukaan saya adalah mengadap komputer. Anda semua tolong doakan laptop Acer saya ni panjang umur ye. Selain itu, kesukaan yang paling utama tentulah makan (ngap ngap). Tolak batu besi. Tapi badan saya susah nak naik. Tu yang saya rasa bertuah sangat jadi diri saya ni. X payah risau nak diet or bersenam semata-mata nak jaga badan. Tapi saya x boleh juga makan sebarangan. Kena lah menjaga kesihatan. Oleh itu, saya telah berpantang makan junk food sejak darjah 4 sebab saya ada sakit.. buah pinggang. Tapi Alhamdulillah doktor kata dah ok cuma kena berpantang la. Kadang-kadang teringin baru saya makan. Tambahan, saya sukakan kucing dan still membela kucing dari saya kecik sampai dah besar ni. Kucing saya sekarang namanya Bola. Saya juga sangat meminati Dato Siti Nurhaliza dan lagu-lagu beliau. Tun Dr Mahathir adalah idola saya. Saya teramat mengagumi ketokohan beliau sebagai mantan pemimpin negara yang berdedikasi di mata dunia.
Tujuan utama saya buat blog.... Adui panjang ceritanya. Sebenarnya nak kata minat or x tu memang x ada sebenarnya. Masa belajar dulu memang x ada masa sangat. Kadang-kadang rasa pelik macam mana orang yang busy study boleh bahagikan masa dengan baik untuk belajar dan berblogging dalam satu-satu masa tanpa mengabaikan pelajaran. Kalau jenis otak jenis pickup belajar x apa la. Tapi saya x. Sebab tu yang saya rasa anda yang berkenaan bertuah jadi orang macam tu. Memang pandai menguruskan masa.
Okay sambung cerita lagi. Nampaknya saya kena buka cerita lama saya juga. Sebenarnya yang menggalakkan saya buat blog ni adalah boyfriend saya, tapi kini dah jadi ex-box yang dah lost contact. Nak dipendekkan cerita dulu masa kami date dia selalu sangat update blog dia. Port date kami macam biasa la kat KFCs area Shah Alam. Bukan port sunyi sepi ye (x baik tau). Sambil date menyelam minum air siapkan thesis. Dia selalu la cerita pasal dunia blog ni kat saya. Sapa blogger best, ranking blogger popular, buat blog dapat duit, dan macam-macam lagi la. Dia memang galakkan sangat saya buat blog. Tapi saya kata nanti dulu nak tumpu study.
Sampai la satu masa tu bulan 11 time tu dah banyak benda belajar dah setel (sem last), tergerak hati saya nak buat blog. Saya terus mesej dia yang time tu ada kat kampung. Saya mintak tolong dia kemaskan blog saya yang masa tu dah ada 4-5 entry. Dia tolong daftarkan akaun nuff dan create shoutmix untuk blog saya. Sampai sekarang saya x tahu password nuff saya. Nak mesej dia tanya tapi saya x berani. Saya tahu dia still x boleh maafkan saya sampai sekarang. Sebab apa? Biarlah rahsia ye (x sesuai nak share sebab peribadi sangat). Alternatif saya cek akaun nuff adalah melalui emel tapi still x boleh nak tukar password. A's if awak baca entry ni, tolong la buat apa-apa yang patut ye. Saya x kuasa nak buat akaun baru semata-semata sebab kita dah break. Apa-apa pon terima kasih saya ucapkan di atas jasa awak mencambahkan minat berblogging ni kat saya. Boleh dikatakan saya memang menyukai apa yang saya lakukan sekarang dan akan terus kekal berblogging selagi dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt.
Menarik tentang blog saya adalah pengisiannya yang bebas. Saya satukan minat, perasaan dan jiwa saya dalam setiap entry yang saya buat. Bagi saya dunia blog ni luas. Macam-macam yang saya boleh dapat dari berblogging. Ilmu pengetahuan, isu semasa, bertukar dan berkongsi pendapat dari topik perbincangan yang pelbagai samada dalam bentuk humor, formal or santai. Selain itu, saya juga dapat menambah kenalan sesama blogger.
Sepanjang berblogging ni dari segi material saya x ada la dapat apa-apa lagi. Ni pon baru 1st time saya join segmen di blog. Kalau ada apa-apa contest or segmen selepas ni saya x akan teragak-agak untuk turut join sebabnya banyak faedah yang sesuatu blog boleh dapat. Contoh faedah yang paling yang besar ialah dapat meningkatkan trafik dan mempopularkan blog if menang. Benda lain yang saya dapat dan paling istimewa sekali tentulah anda semua. Pembaca yang singgah kat blog saya ni. X kira la samada anda rakan blogger atau pon bukan blogger saya mengalu-alukan kedatangan anda semua ke blog saya.
Baiklah, selesai sudah saya menjawab (jawab yang x berkaitan pon ada) soalan-soalan dari saudari Nour Akmal sempena Segmen: Aku Di Sebalik Dunia Blog. Ingin saya sudahi coretan ini dengan ucapan terima kasih, salam perkenalan dan selamat berblogging kepada semua... ^^
6 comments:
hye..thanks join segmen ni dear..
dh update psl segmen ni..gud luck dalam dunia blog ni ye...
hai..singgah datang dari blog KIC :)
hye dear .. anna singgah dari blog KIC. and follow sini . follow anna ea ..salam kenal .
Nour Akmal
hye... ur welcome dear...
thanx a lot ya... ^^
cik najihah
hai najihah... tQ lawat blog ann.. nanti ann balas ziarah ye.. ^^
aNNa maRdHiaH
hye anna... sama nama kita... hehee... tQ singgah n follow blog ann ye... nanti ann balas ziarah n follow balik... salam kenal too... ^^
Post a Comment