Tuesday, April 26, 2011

Takutnya Nak Exam!


Sedar x sedar sekarang ni dah musim exam kan beb...

 Anda boleh kira tak berapa banyak exam yang dah dihadapi sejak diri dilahirkan. Banyak x terkira kan dari anda di bangku tadika, sekolah, matrik sehinggalah melanjutkan pelajaran ke universiti. Selepas tamat belajar pun akan ada lagi exam yang bakal diambil walaupun anda dah bekerja terutamanya kalau nak naik pangkat (kasi up). 

Seperti biasa sebelum exam anda akan mengulangkaji 24 jam, merasa stress dan kurang selera makan (naik selera makan - special kes of somebody).

 Walau apa pun yang berlaku anda seharusnya sentiasa sedar bahawa setiap cabaran tu merupakan ujian kepada diri. Memang fitrah hidup ni akan ada cabaran, jadi jangan la terlampau stress dengan exam. Laluinya dengan tenang. InsyaAllah anda boleh melakukannya dengan baik. (^_^)


.....Shiken Ganbatte Kudasai! Good Luck For Your Exam!.....





PETUA BELAJAR CEMERLANG


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:


1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
  • kita ingat 10 % apa yang dibaca
  • kita ingat 20% apa yang didengar
  • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan


3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
  • pastikan cahaya adalah terang
  • kurangkan gangguan bunyi
  • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  • kerusi dan meja menghadap kiblat
  • jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak
menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:

  • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
  • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
  • mengingat kembali (recall)
  • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:

  • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
  • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
  • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
  • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.


11. Mempunyai teknik membaca yang betul:

  • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
  • memberikan tumpuan sepanuhnya
  • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji

  • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
  • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
  • duduk tegak dikerusi yang selesa
  • baca doa penerang hati
  • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
  • fikir dan ingat kembali isi utama
  • catat/lakar
  • semak semula ketepatan maklumat
  • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
  • buat rumusan
  • jawab soalan
  • tampal maklumat yang rumit di dinding
  • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:

  • jangan makan kepala ikan
  • jangan makan organ dalaman
  • jangan minum semasa makan
  • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  • jangan melihat kemaluan
  • jangan melihat buih
  • jangan membaca nama pada batu nisan
  • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
  • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  • banyakkan makan kekacang
  • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • jangan makan sehingga terlalu kenyang
  • jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:

  • tampal nota-nota penting di dinding
  • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  • gunakan kaedah akronim
  • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:

  • mempunyai jadual belajar
  • patuh kepada jadual
  • buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:

  • taat kepada Allah
  • mendirikan sembahyang
  • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • hormati & sayangi guru
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  • membantu rakan yang memerlukan
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • sentiasa bertawakal
  • mahir dalam setiap mata pelajaran 

...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan, beriadah dan sebagainya....



TIPS HILANGKAN MENGANTUK TIME NAK STUDY



Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri. Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya.


Tidak cukup tidur. Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar disekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber-IRC (chit chat) di internet sehingga pagi.Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia. Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang ’study smart’ bukan semata-mata ’study hard’.

Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.


Makan terlalu banyak. Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.


Badan terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda. Ada ketikanya andabersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola diwaktu petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.


Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 – 30 minit sehari adalah mencukupi. Ada pula sesetengak pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar. Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda kecundang. Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang. Oleh itu, pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk di malamnya.


Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.


Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah? Tidakkk! Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.


Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda pelu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.


Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:

• Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu.
Perhatikan perkara-perkara yang berikut:

o Tajuk-tajuk kecil – dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain
o Rajah-rajah
o Jadual
o Carta
o Peta

• Baca perenggan bahagian pendahuluannya.

• Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya.

• Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci.


Membaca hanya satu hala. Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan ‘input’ semata-mata. Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda. Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemu dan membosankan. Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang dibaca. Untuk menjadikan proses membaca lebih bersifat dua hala anda perlu lakukan perkara yang berikut:

• Dapatkan 10 – 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda.

• Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda.

• Selepas satu perenggan atau satu muka surat…. berhenti sejenak. Tanyakan diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi. Cuba lakar-lakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda ketahui. CUba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca. Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri. Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.


Buat nota ringkas. Jangan sekadar membaca sahaja. Cuba kenal pasti kata kunci (lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas. Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa seronok. Dengan membuat nota ringkas anda sebenarnya menggunakan bahagian kinestatik diri anda. Kalau sekadar membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota anda cuma gunakan bahagian visual dan auditori semata-mata. Penglibatan bahagian kinestatik penting kerana ia mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda pelajari.

Credit to: Andyhowtt



p/s: Apabila menghadapi sebarang masalah, mohonlah pada Allah swt keringanan dengan membaca doa berikut :
اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla wa anta taj'alul hAzna iza syi'ta sahla
Maksudnya : “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau mengkehendakinya”.



Artikel-artikel menarik lain tentang 'Final Exam' by rakan blogger. Enjoy baca!!
7 Petanda Musim Exam Pelajar IPT

12 comments:

najihahfara said...

gud luck :)

Anonymous said...

all the best for your exam !!!!
yakin !! (:
pasti berjaya .

http://anaivegirlslife.blogspot.com/2011/04/i-do.html

Mieja said...

exam...wah,xsuke...
hehe.....

raima said...

follower no 192 wish u all d best 4 ur exm ;)

jaya jr said...

selamat menghadapi peperiksaan.huhu

elynn aiza ♥ said...

bw here.. gud luck yaw.. lynn dh hbs exm.. jgn jles.. hik3..

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

Asmiza Misram
hehee.. sama laa.. ana pon x suke... benci bangat... hahhaaa...

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

cik najihah
thanx wish... gud luck untuk jihah jugak.. ^^

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

nur dhiya' aida
tQ!!!! yakin x yakin tu wallahualam la... dah cuba yang terbaik pon.. rezeki semua Allah yang tentukan... insyaAllah pasti berjaya untuk dhiya' jugak yee... (:

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

e mah
tQ jadi folllower ann ye.. wish you all the best too.. ;)

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

jaya jr
terima kasih... selamat menghadapi peperiksaan untuk jaya too.. huhu...

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

cik mirae ...
tQ bw di blog ann... hehee... gudluck too untuk mirae.. semoga dapat result exam yang cemerlang nanti... ohh ann pon dah abes exam jugak laa... dari tahun lepas lagi kot.. wink wink! ^^

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...