Friday, April 29, 2011

Tips Melupakan Your EX




Jika dilihat daripada tajuk entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot. Ataupun saya sekarang tengah angau tapi nak lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun. Saya terdetik untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari seorang kawan saya yang mahu saya post artikel bagaimana untuk dia lupakan seseorang. Saya bukannya hebat sangat pun untuk bagi pendapat ni tapi apa yang boleh saya kongsikan saya cuba la ye. Saya cuba yang terbaik untuk bagi pendapat ni. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri juga.

Saya hanya bagi straight to the point je senang tentang cara-cara nak lupakan seseorang ni tak payah nak pening-pening kepala baca panjang-panjang.


1) Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.

Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke.


2) Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek? Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu.

Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy.


3) Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia! Otak tengah busy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.

Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.


4) Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.

Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. 


5) Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke.. dia masih mahu kot.. atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.

Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya.


Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang saya ceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan saya.. “Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”. Kepada kawan saya tu good luck ye.

Sekian.....




...LOVE BREAK...


p/s: Nak tambah penambah rasa. Saya pun baru je break dengan ex pada bulan Januari lepas. Memang perit sangat nak lupakan dia. Bila saya fikir balik macam membazir sangat air mata yang saya curahkan untuk tangisi perpisahan kami. So kepada sesiapa yang baru putus cinta ingatlah bahawa ia bukanlah penghujung kepada kisah hidup anda. Masih banyak benda yang anda boleh gapai dan capai dalam jangka masa terdekat ni daripada bersedih berbagai-bagai. Walaupun perhubungan percintaan yang dibina tu teramat anda harap sangat untuk disudahi dengan ikatan perkahwinan tetapi ingatlah Allah lebih mengetahui apa yang sebaik-baik untuk hambaNya. Bukankah jodoh dan pertemuan telah Allah tentukan. Sentiasalah berdoa insyaAllah dipermudahkan jalannya oleh Allah. 


Pesanan khidmat masyarakat: Paling utama adalah cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, kemudian barulah cinta kepada ibu bapa, cinta kepada negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Selamat beramal... ("('o')")

12 comments:

cik najihah said...

suke dengan ayat yg bawah tu..x guna nak sia2kan airmata utk org yg x menghargai kite..
u deserve better dear..
dekatkan diri kepada Allah insyaAllah tenang :)

Far8 budak baik said...

ending aku suka..nice
past is past kn..
=)
cintailahh yg mahaesa =)

cik pady said...

suka sangat dengan entry nie..minta share ya..ngeh3

Anna King said...

cik najihah
tQ dear... betul tu... stay positive, it's the right thing to do... ^^

Anna King said...

Far8 budak baik
thanx far8 coz memahami ann... =)

Anna King said...

cik pady
hehee... tQ pady... boleh share... silakan... ^^

Shadow Of Life said...

28 april.

month 5..
but still can't forget..
sbb sy buat semua yg ann xbg buat..
ape yg ann tulis "jangan"..tp itu la yg sy buat...
ptt la xboleh lupe....ngee
how stupid am I right!! ...huh ~~"

anyway...nice entry..thanks..(^_^)d

Anna King said...

Shadow Of Life
ur welcome... (^_^)d
hehee.. xpelaa... sekarang awak dah pandai kan... buat semua yang ann kata 'jangan' tu... good boy...

Shadow Of Life said...

opsss....good girl meyh...not boy...ngee =p

Anna King said...

Shadow Of Life
waduhh.. ann tersilap laa sayang... sori bebeh!

irfansyah said...

i like it...

Anna King said...

irfansyah
good...

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...