Wednesday, June 8, 2011

Tips Hantaran Untuk Majlis Pertunangan




Jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).


Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang-barang hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tidak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan.


Walau bagaimanapun, sebelum memilih barang-barang hantaran, kita perlu mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya, jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, eloklah bakal pengantin berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.


Berikut disenaraikan hantaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak PEREMPUAN:

Sirih junjung 
Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt 
Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali) 
Kain songket (kain pelikat pun boleh jugak) 
Sejadah 
Tuala
Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
Coklat atau manisan lain
Kek
Potpourri
Buah-buahan












Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak LELAKI:

Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan) 
Tepak sirih 
Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit) 
Telekung sembahyang 
Kek 
Buah 
Coklat atau manisan lain 
Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb 






Credit to: Hantaran Kahwin

2 comments:

Mieja said...

bestnyeee hantaran2 tuh ann.. bila la nk tunang kan..hurm... ja still xde mood nk update blog.. ;(

Anna King (سيتي امينه ناسا رودين) said...

memang laa best ja.. tunggu je si dia masok meminang.. masanya xtahu lagi bila kan... hurm... ja tunggu la sampai mood dah ok ye.. nanti dah update ann nak baca n komen kaw2 tau.. hehe... ;)

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...