Friday, June 24, 2011

Pesona Pippa Middleton


Semenjak Kate Middleton berkahwin dengan Putera William, keluarga Kate menjadi sorotan masyarakat dunia. Perhatian masyarakat dunia juga tertumpu kepada Pippa Middleton, adik Kate yang menjadi pengiring Kate pada perkahwinan di raja di Westminster Abbey, 29 April 2011 lalu. 



‘SAHAM’ adik Kate Middleton itu sekarang memang sedang melonjak tinggi. Selepas sering menjadi tajuk-tajuk utama di semua media, bintang terkenal Usher tidak ketinggalan menunjukkan rasa minat terhadap Pippa. Penyanyi tersebut dilaporkan mahu menggunakan Pippa sebagai model pakaian dalaman produk terkininya. Usher juga dikatakan akan mengadakan perjumpaan dengan Pippa dalam waktu terdekat untuk melamar wanita cantik itu sebagai duta pakaian dalamnya yang akan dijual di seluruh dunia.

“Saya akan mengadakan perjumpaan dengan dia dalam masa terdekat ini. Dia sungguh sesuai menjadi model saya kerana dia sekarang sedang dikenali secara global dan akan menjadi amat sempurna jika dia bekerja di dalam kempen promosi itu. Saya tahu mungkin khidmatnya agak mahal. Tapi dia cukup popular dan kuat untuk melariskan rekaan terkini pakaian dalam tersebut.” 


✿ RENCANA UTAMA LAIN TENTANG PIPPA 

1) Foto nakal Pippa Middleton tersebar di dunia internet

Dia begitu menarik perhatian masyarakat dengan kecantikannya yang tersendiri saat menjadi pendamping Kate Middleton di perkahwinan di raja Britain. Selepas beberapa hari, foto-foto nakal wanita kelahiran 6 September 1983 itu tersebar di internet. Menurut keluarga Middleton, foto tersebut diambil oleh teman Pippa, kemudian dijual ke media massa dengan bayaran yang mahal. Foto tersebut diambil ketika Pippa sedang bercuti di Ibiza, Sepanyol pada tahun 2006. Menurut John Camarillo dari Zuma Press, sebuah pertubuhan gambar Amerika, foto-foto nakal Pippa Middleton telah ditarik balik pengedarannya dan hanya dapat dilihat beberapa hari yang lalu. 

2) Pippa Middleton akan dibayar lumayan untuk berlakon filem porno

Kecantikan dan ‘kenakalan’ Pippa Middleton telah menarik minat sebuah perusahaan filem porno, Vivid Entertainment. Pihak Vivid telah pun menghantar surat kepada adik kandung The Duchess of Cambridge itu pada 6 Mei 2011. Berikut adalah isi kandungan surat tersebut seperti yang dilaporkan Aceshowbiz, Isnin (9/5/2011). 

“Sejauh mana yang dapat saya perhatikan, anda merupakan di kalangan bintang dari perkahwinan di raja baru-baru ini. Saat saya menonton acara, saya berfikir bahawa dengan kecantikan dan sikap anda, anda boleh menjadi bintang dewasa yang sangat sukses. Minggu ini setelah melihat foto anda bergembira di sebuah pesta, saya memutuskan untuk menawarkan anda sebuah watak dalam salah satu filem kami yang terbaru”

Pippa bebas memilih lelaki untuk 'bermain' dalam filem porno tersebut. Pippa turut diyakinkan untuk memilih sendiri lelaki yang diinginkannya untuk dijadikan pasangannya dalam filem porno itu. Perusahaan filem porno tersebut juga menawarkan Pippa untuk 'bermain' bersama adik lelakinya, James Middleton yang turut akan menerima bayaran yang lumayan sama seperti pippa juga jika dia bersedia untuk menerima tawaran itu.




✿ FAKTA MENARIK TENTANG PIPPA MIDDLETON 

1. Nama sebenar Pippa Middleton ialah Philippa Charlote Middleton. Dia merupakan puteri kedua dari pasangan Carole dan Michael Middleton. Dia memiliki seorang kakak, Kate Middleton dan adik lelaki, James Middleton. Di rumahnya dia dipanggil dengan panggilan 'Pip', sementara kenalan memanggilnya 'Pippa' tetapi beliau meminta untuk memanggilnya dengan nama Philippa.

2. Pada saat ini, Pippa sedang menjalin hubungan percintaan dengan pemain kriket Inggeris, Alex Loubon. Alex merupakan kenalan rapat Putera William. Tempoh perhubungan mereka baru menjangkau usia satu tahun. Meskipun demikian, kedua-duanya serius menjalani hubungan tersebut. Sejoli ini dikhabarkan juga akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. 

3. Sebelum menjalinkan hubungan dengan pemain kriket tersebut, terdapat beberapa lelaki yang pernah menjalin hubungan dengan Pippa. Rata-rata lelaki yang pernah berkenalan dengannya adalah lelaki-lelaki sukses dan berada seperti Jonathan Jardine Paterson, pewaris kekayaan perusahaan besar. Selain itu, Billy More Nesbitt yang merupakan bangsawan Skotlandia serta pewaris perusahaan berlian, Simon Youngman.

4. Setelah menamatkan pengajian dalam jurusan Sastera Inggeris di University of Edinburgh, Pippa mula bekerja sebagai event planner. Menggabungkan kecintaan dan hobinya yang ghairah berpesta dan memiliki banyak kenalan. Selain itu, beliau juga menjalankan perniagaan online untuk memperlancarkan perniagaan orang tuanya.

5. Pada tahun 2008, majalah Inggeris, Tatler menempatkan Pippa sebagai wanita single 'terhot'. Ia mengatasi pesaing terdekatnya Puteri Eugenie, sepupu kepada Putera William.

6. Pippa bersahabat baik dengan Chelsy Davy, bekas kekasih Putera Harry. Kedua-duanya memiliki hobi yang sama iaitu mengunjungi kelab malam dan sering menghabiskan waktu bersama di kelab malam di sekitar London.

7. Setelah tampil menjadi pengiring pengantin Kate Middleton, Pippa yang tampil cantik saat mengenakan gaun pereka Sarah Burton itu ternyata memiliki ramai peminat yang tersendiri di internet. 

8. Sebelum perkahwinan di raja berlangsung, Pippa sudah terlebih dahulu mendapat jolokan dari media dengan sebutan 'Perfect Pippa'. Jolokan itu merujuk kepada kaki Pippa yang dianggap sempurna, kulitnya yang seperti warna gangsa serta rambutnya yang bersinar dan bergayanya beliau di hadapan kamera paparazi.


Source: Kosmo Online

No comments:

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...