Saturday, June 25, 2011

Air Mata Untuk Abah Saya



Di rumah Amalia (orphanage) ada satu sesi yang disebut muhasabah. Salah satu bentuk dari muhasabah ialah dengan cara menulis dan di sebabkan itulah saya mengajarkan anak-anak Amalia untuk menulis sekalipun hanya satu atau dua baris bukanlah masalah yang paling besar apabila anak-anak terbiasa melatih menterjemahkan perasaan dalam bentuk penulisan. Penulisan juga boleh dianggap sebagai terapi dan merupakan salah satu bentuk luahan dari apa yang dirasakan di dalam hatinya. 


Pagi ini tanpa sengaja saya menemukan sebuah kertas yang berisi tulisan. Berkali-kali saya membacanya, tidak terasa air mata saya berlinang disaat membaca tulisan ini. Sebagai seorang ayah tulisan ini menusuk hati, mampu menggores luka yang teramat dalam kerana saya memahami kerinduan seorang anak kepada ayah yang dicintainya. Tulisan itu judulnya 'Air Mata Untuk Ayah' 

"Ayah, lihatlah air mataku. Air mata anakmu yang selalu mencintaimu. Ayah selalu berkata sayang padaku tetapi ayah tidak menjaga kesihatan, membuat ayah menjadi sakit, kenapa ya? Aku juga mencintaimu, aku tidak ingin ayah pergi. Jika aku menangis, siapa yang akan mengusap air mataku? Jika aku rindu, siapa yang akan memelukku? Ayah tidak pernah menjawab setiap kali aku bertanya, ayah hanya tersenyum. Hatiku perih, ayah. Semua kenangan itu, senyuman itu selalu membuat air mataku berlinang, tidak ada seorang pun yang dapat menghentikannya, kerana aku rindu padamu, Ayah... Air mata ini untuk ayah.."



p/s: Saya terkenangkan arwah abah. Pokoknya luahan anak itu kena dengan rasa hati saya sekarang. Saya rindu arwah Abah. Rindu sangat-sangat. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui isi hati saya di saat ini.


Saat-saat itu datang

Bukan kemahuan abah untuk sakit dan terlantar di ICU selama sebulan. Anak mu ini mengerti kesakitan dan penderitaan yang abah rasai. 7x di operate oleh doktor. Manalah abah mampu bertahan dengan usia emasnya itu untuk menghadapi operation sebanyak itu. Entah apa masalahnya usus abah bermula dari sekadar angin pasang di sebelah kiri usus yang hanya sebesar telur puyuh telah menyebabkan abah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. 

Sudah 3-4 bulan abah dilanda angin pasang. Kalau abah sakit teruk pun cuma sekadar abah demam sehari dua saja. Entah kenapa di pagi selasa yang hening (3hb 5 2011) abah telah terjelepok ke tanah dan tidak berdaya untuk berjalan seperti sediakala. Suhu badan abah tinggi. Abah menghidap demam. Telah disarankan oleh mak untuk membawa abah ke pusat perubatan As-Syifa tetapi abah tidak mahu. Bawa ke klinik juga abah enggan. Sesudah malam abah dipaksa juga oleh kami anak beranak ke klinik swasta. Abah akur. Abah telah dibekalkan dengan ubat sembelit dan demam. 

Setelah abah makan ubat dari klinik itu disangkakan sakit abah akan kebah. Rupa-rupanya makin melarat. Abah telah muntah dan membuang air besar yang sangat kerap. Harunya hati ini apabila melihat muntah abah adalah air dan darah yang berketul-ketul kecil dan hanyir. Tetapi abah bukan muntah darah. Barangkali abah tersalah makan ubat sembelit. Ya, pihak klinik swasta tersebut telah memberi ubat yang salah kepada abah. Abah juga bukan sembelit. Abah cuma sakit angin pasang. Masih terngiang-ngiang di telinga ini abah memanggil nama saya untuk menadah mangkuk muntahnya

Esoknya 5hb 5 2011, kami sekeluarga memutuskan untuk membawa abah ke hospital setelah melihatkan keadaan abah yang langsung tidak berubah baik. Malam tadi abah langsung tidak tidur. Dan setelah itu bermulalah episod hidup kami anak beranak berulang-alik dan tidur di bilik menunggu ICU Teratai 2. Pada operation pertama usus besar abah telah dibuang separuh daripadanya kerana menurut kata doktor usus abah yang terkena angin pasang telah berbelit dan mati. Doktor telah menebuk stoma untuk abah membuang air besar (lubang). Usus kecil abah juga turut dipotong sedikit kerana menurut kata doktor usus kecil abah berwarna kemerah-merahan disebabkan jangkitan kuman. Teringat lagi pada saat itu abah mahu menggelongsor dari katilnya kerana tidak mahu di operate. Perasaan berdebar-debar menerpa tatkala menunggu abah di operate di dewan bedah tingkat dua Hospital Ampuan Afzan. Hanya doa serta bacaan yasiin yang dapat disedekahkan buat abah supaya abah selamat dari operation. 

Pada hari ke 17 kalau tidak salah, abah telah sedarkan diri dari kesan ubat tidur. Penangan ubat tidur telah membuatkan abah tertidur selama 10 hari. Apabila dia sedar bermacam-macam perkara telah dibualkan dengan kami. Diminta oleh abah kepada doktor untuk bersua muka dengan 5 orang cucunya. Rindu barangkali untuk melihat telatah cucu-cucunya. Tidak disangkakan itulah kali terakhir saya dapat berborak dan menyuapkan air ke mulut abah. Begitu manja sekali abah pada saat itu dengan anak-anaknya. Ramalan doktor mengatakan bahawa keadaan abah beransur pulih dan tidak perlu memakai tiub pernafasan lagi. Lega hati kami mendengarnya, tetapi kegembiraan itu tidak lama. Allah hanya memberi kesempatan sehari untuk abah bertemu dan bermesra dengan ahli keluarganya.

Pada malam sebelum hari konvokesyen saya (19hb 5 2011) yang sepatutnya emak dan kakak hadiri untuk menemani saya di Shah Alam telah berlaku kejadian yang membuatkan keadaan abah semakin tenat. Abah telah di operate lagi dan selepas operation telah berlaku pendarahan. Darah yang banyak memancut-mancut keluar. Ketika itu saya berada di shah alam. Patutlah malam itu saya rasa x sedap hati sangat. Kakak telah memaklumkan keadaan abah melalui sms. Saya hanya menangis mendengar perkhabaran itu. Apa yang saya mampu lakukan ketika itu hanyalah membuat solat hajat untuk abah. Dalam hati saya berbelah-bahagi samada hendak pulang ke kuantan atau tidak. Mujurlah mak meyakinkan saya untuk meneruskan konvokesyen saya. Usai konvokesyen saya terus pulang ke Kuantan. Pilunya hati melihat kawan-kawan ditemani keluarga tetapi saya hanya keseorangan di Dewan Agong Tuanku Canselor. Hajat abah menemani saya ke konvokesyen tidak kesampaian. Abah hanya mengangguk melihat gambar konvokesyen saya yang ditunjukkan oleh mak.

Selepas dari itu, doktor telah membekalkan bekalan darah kepada abah. Sebanyak 47 pek telah dibekalkan sehinggalah di saat abah meninggal dunia. Tetapi bekalan darah yang diberi langsung tidak meninggalkan kesan. Tekanan darah abah masih rendah selepas kejadian pendarahan yang lepas. Komplikasi dari pembedahan telah menimbulkan luka di usus dan usus abah telah dipotong sebahagian besar lagi. Buang pinggang abah juga telah dicuci setiap hari kerana menurut kata doktor ia sudah tidak berfungsi sepenuhnya lagi. Keadaan badan abah sangat lemah dan tidak mampu menggerakkan badan walhal tangan pun. Berat badan abah juga susut.

Sehinggalah saat operation terakhir yang ke-7 keadaan abah sudah tenat atau nazak. 2 hari selepas tu pada 5hb 6 2011 kira-kira pukul 1 lebih (pagi) abah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan mata mak, kakak yang ke-4 dan saya. Sampai ke saat ini saya masih terkenangkan peristiwa itu. Traumakah saya. Saya kurang pasti tetapi ingatan terhadap abah pada ketika itu telah membuatkan hati saya sebak dan sayu.


Ternyata Allah lebih menyayangi abah

Pengorbanan abah tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Abah sanggup melupakan keperluan peribadinya demi keluarga dan pembelajaran anak-anak. 

Oleh itu, sudah menjadi rutin dan kewajipan oleh saya sebagai seorang anak yang ingin berbakti kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia dengan membaca yasin dan ayat-ayat suci al-Quran setiap hari walaupun dengan satu ayat untuk disedekahkan kepada arwah Abah. Mudah-mudahan kuburnya sentiasa bercahaya dan rohnya sentiasa dicucuri rahmat ILAHI serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh di akhirat kelak.

Selain amal jariah dan ilmu yang bermanfaat yang pernah dilakukan oleh si mati, anak-anaklah yang dapat membantu kedua ibu bapanya apabila mereka meninggal dunia. Segala perbuatan baik yang dilakukan oleh si anak di atas dunia ini sedikit sebanyak memberi saham juga kepada kedua ibu bapa yang berada di alam berzakh dan di akhirat kelak.

Akhir kata, saya selalu mendoakan semoga roh arwah Abah sentiasa tenang di sana. Amin.....



Credit to: M. Agus Syafii

Friday, June 24, 2011

Boring, Bosan !


Dah kerja salah, x kerja pun salah. Apa lagi yang aku x puas hati ni. Boring kat tempat kerja siot! Boss tolong bagi aku buat kerja please please... Bila dah boring sangat kerja yang aku boleh buat ialah melangak depan pc & online. BORING tau! BOSAN tau! Kerja aku makan gaji buta je ke. Hehe.. Mula-mula kerja dulu aku suka la. Lama-lama lemau rasanya.



...DILEMA a.k.a PERASAAN YANG AKU HADAPI SEKARANG...





...SYARIKAT TEMPAT AKU BEKERJA...


...JANGAN PERCAYAKAN SITI YE. hahaha...





...ADA SAPA-SAPA YANG NAK BANTU AKU KELUAR DARI KEMELUT BORING NI???...






...KISS-KISS? EH X BOLEH LAA. hehehe...



Penangan boring aku. Penangan boring korang pulak macam mana. 


SHARING IS CARING (^_*)


Jom share ce cite......


p/s: Jom hilangkan boring! Ayuh check it out:

Pesona Pippa Middleton


Semenjak Kate Middleton berkahwin dengan Putera William, keluarga Kate menjadi sorotan masyarakat dunia. Perhatian masyarakat dunia juga tertumpu kepada Pippa Middleton, adik Kate yang menjadi pengiring Kate pada perkahwinan di raja di Westminster Abbey, 29 April 2011 lalu. 



‘SAHAM’ adik Kate Middleton itu sekarang memang sedang melonjak tinggi. Selepas sering menjadi tajuk-tajuk utama di semua media, bintang terkenal Usher tidak ketinggalan menunjukkan rasa minat terhadap Pippa. Penyanyi tersebut dilaporkan mahu menggunakan Pippa sebagai model pakaian dalaman produk terkininya. Usher juga dikatakan akan mengadakan perjumpaan dengan Pippa dalam waktu terdekat untuk melamar wanita cantik itu sebagai duta pakaian dalamnya yang akan dijual di seluruh dunia.

“Saya akan mengadakan perjumpaan dengan dia dalam masa terdekat ini. Dia sungguh sesuai menjadi model saya kerana dia sekarang sedang dikenali secara global dan akan menjadi amat sempurna jika dia bekerja di dalam kempen promosi itu. Saya tahu mungkin khidmatnya agak mahal. Tapi dia cukup popular dan kuat untuk melariskan rekaan terkini pakaian dalam tersebut.” 

Wednesday, June 22, 2011

Time Spent Walking Through Memories 기억을 걷는 시간 by Nell


I just love this song.. It affects me soo much!


*With Eng subs*



*Live at Music Bank*



Remember walking time

Still
You hear
Still
I feel your touch
Today
I'm in your tracks
Lived
Still
Your appearance shows
Still
Feel your warmth

Tuesday, June 21, 2011

Sunday, June 19, 2011

Tahniah! UiTM Perlis Juara Liga IPT 2011




TAHNIAH UiTM!! 
ANDA MEMANG TERBAIK PUNYA!!
 UiTM DI HATI KU  


Keputusan 
Juara: Uitm Perlis - 4 
Naib Juara: UTeM - 3

Acara
Liga Bola Sepak IPT 2011

Tempat
Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Arau, Perlis

Gol Jaringan 
Gol UiTM: Mustafa Amini Ismail, Norhafwan Hamzah
Gol UTeM: Muhammad Syafik Mohd Kamal

Hadiah
UiTM wang tunai RM10,000
UTeM wang tunai RM5,000

...PEMAIN & PEGAWAI PASUKAN UiTM PERLIS...

Source: Kosmo Online

Sunday, June 12, 2011

Ku Berjanji Kerna Cinta by Anuar Zain


Ku menunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Ku berjanji kerna cintaku
Ku berharap kerna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Meraihmu menggapaimu.....



p/s: Superb. What a beautiful voice and the best songs ever. 
< Abang I miss you like crazy! >

Things I Hate About You




 Memori of 2010 Tinggal Kenangan 

Friday, June 10, 2011

10 Kesilapan Orang Bercinta Di Dalam Facebook





Kadang-kadang fb ni tempat cari jodoh, tempat cari kawan-kawan lama dan juga tempat cari gaduh. Tapi perasan x 10 kesilapan yang ada bagi orang bercinta kat fb ni.

1: Terang-terang dalam fb kau cakap 'dalam perhubungan', 'dalam perhubungan dengan __'. Yang kau cakap kau single apahal?

2: Pantang nampak perempuan/lelaki dahi licin semua kau nak try. Terang-terang awek/pakwe kau ada fb jugak.

3: Lelaki ni pantang tengok gambar perempuan seksi, mula la komen entah apa-apa. Yang gurl pun seronok. X tahu awek korang dah skodeng lama je. Tinggal nak meletup.

4: Agak-agak la kalau sayang kat bf/gf pun. Tapi janganlah sampai nama fb kau pun letak nama dia. Macam mengharap sangat der.

5: Terlalu memuji gf/bf dalam fb ni. Kaulah jantungku, buah pinggangku. Suka la bila orang cakap sweet ko ni, tapi bila kau clash dengan dia semua orang akan cakap 'bercinta bagai nak rak, busuk pun jadi wangi, last-last clash jugak'.

6: Cakap dengan bf/gf x online sebab busy buat kerja,walaupun online punya lampu chatting x ada, yang kau pergi komen budak lain punya, pergi update status apahal?

7: 'Akulah cintamu setia hingga akhir hayatku'. Padahal tiap hari inbox dengan boy/gurl lain dalam fb.

8: Pergi kencing member-member x dapat yamcha sama-sama sebab banyak urusan kat kolej/tempat kerja/rumah sedangkan pergi dating dengan bf/gf. Update status bagitahu yang best lepak dengan bf/gf siap upload pic baru lagi dan beritahu tarikh masa tempat.

9: Memperkenalkan gf/bf kat kawan-kawan yang terang-terang buaya/mengkarong. X lama la gf/bf kau, tahu-tahu skandal dengan member sendiri je.

10: Ni bagi aku paling dasyat, bagi password siap email kat gf/bf! Gila la, kalau sayang pun janganlah bagi wei. Bahaya kau dok inbox dengan skandal dah tu bagi email siap pasword kt gf/bf kau. Mangkuk tingkat la kau jadinya!

Extra : Senang-senang kau block je fb bf/gf kau tu. 
Sorry kalau ada yang terasa. Cuma ingin membuka mata.



THE BEST WAY OUT IS:



Credit to: Amy


Thursday, June 9, 2011

Ayah by Aisyah



Rindu abah... Moga kau tenang di sana dan ditempatkan di golongan hamba-hambaNya yang beriman.. Amin.. Kepada semua yang masih mempunyai ayah hormati dan sayangilah dia selagi masih ada hayat dikandung badan.

Sayang Abah & Rindu Abah.....


Engkaulah nafasku
Yang menjaga di dalam hidupku
Kau ajarkan aku menjadi yang terbaik
Kau tak pernah lelah
Sebagai penopang dalam hidupku
Kau berikan aku semua yang terindah

Aku hanya memanggilmu abah
Di saat aku kehilangan arah
Aku hanya mengingatmu abah
Jika aku telah jauh darimu 





Al-Fatihah..........
Ya Allah, Kau cucurilah rahmat ke atas roh arwah abahku... Nasarudin bin Atan @ Nasarudin bin Ramlah.... dan Kau tempatkanlah arwah di kalangan orang2 yg beriman... Amin......

Wednesday, June 8, 2011

Tips Hantaran Untuk Majlis Pertunangan




Jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

✿ Kisah di neraka.. Naudzubillah…✿


Luangkan masa untuk membaca kawan2 sahabat2 sekalian. Sekejap je. Semoga mendapat ikhtibar dan manfaatnya.. >_<



Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali... dosa. “Alangkah lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan.

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...