Friday, April 29, 2011

Amir Maharaja Lawak?!


Wahh pe kona ni jang... Amir Maharaja Lawak? Best sangat ke dia tu? Best..... Huhu.. Best sangat tau! Undilah Amir Please Please! Terjah punya terjah kat Facebook page rupanya ramai yang x suka si Amir ni. Kelakar + gelihati la pulak bila baca pasal hal yang diperdebatkan tentang si Amir ni. Sabotaj bagai nak rak sebab nak Amir tersingkir dari Maharaja Lawak malam ni.


Hehee... Macam-macam hal boleh jadikan bila orang dah jelik, muak & x suka. 
Jom malam ni join saya sokong Jozan, Nabil, Sepah & Jambu..... Wink Wink! ^^

Tips Melupakan Your EX




Jika dilihat daripada tajuk entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot. Ataupun saya sekarang tengah angau tapi nak lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun. Saya terdetik untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari seorang kawan saya yang mahu saya post artikel bagaimana untuk dia lupakan seseorang. Saya bukannya hebat sangat pun untuk bagi pendapat ni tapi apa yang boleh saya kongsikan saya cuba la ye. Saya cuba yang terbaik untuk bagi pendapat ni. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri juga.

Thursday, April 28, 2011

Bangku Kosong - Silent Reader Blog Bangku Kosong


Assalam abang Hasrul Hassan... Dah lama saya tertarik dengan blog Bangku Kosong. Selama ni saya hanya jadi silent reader. Kali ini abang Hasrul buat segmen Bloglist Bangku Kosong saya join. Nak interframe jugak sekali sekala dapat masuk bloglist Bangku Kosong. Memang menarik tu. Dan buat julung kalinya ini adalah first time saya join segmen yang ternyata sepenuhnya memuaskan hati saya. Terima kasih Blog Bangku Kosong a.k.a Hasrul Hassan beri peluang kepada saya untuk sama-sama kongsi trafik bersama anda.


 ^^ BUKTI NYATA BANGKU KOSONG DALAM BLOGLIST SAYA (PILIHAN PERTAMA)


Ada sapa-sapa yang berminat nak join segmen Bloglist Bangku Kosong ???
Sila klik kat SINI ye... (Dibuka peluang sehingga pagi 28 April)

Sekian.....

Tuesday, April 26, 2011

Takutnya Nak Exam!


Sedar x sedar sekarang ni dah musim exam kan beb...

 Anda boleh kira tak berapa banyak exam yang dah dihadapi sejak diri dilahirkan. Banyak x terkira kan dari anda di bangku tadika, sekolah, matrik sehinggalah melanjutkan pelajaran ke universiti. Selepas tamat belajar pun akan ada lagi exam yang bakal diambil walaupun anda dah bekerja terutamanya kalau nak naik pangkat (kasi up). 

Seperti biasa sebelum exam anda akan mengulangkaji 24 jam, merasa stress dan kurang selera makan (naik selera makan - special kes of somebody).

 Walau apa pun yang berlaku anda seharusnya sentiasa sedar bahawa setiap cabaran tu merupakan ujian kepada diri. Memang fitrah hidup ni akan ada cabaran, jadi jangan la terlampau stress dengan exam. Laluinya dengan tenang. InsyaAllah anda boleh melakukannya dengan baik. (^_^)


.....Shiken Ganbatte Kudasai! Good Luck For Your Exam!.....

Monday, April 18, 2011

RUBY DRESS GIVEAWAY


~Salam 1 Malaysia~
~Moshi moshi~  
(^_*)

Kali ni saya join RANDOM DRESS GIVEAWAY pulak. Kalau ada rezeki boleh laa menang dress biru yang cantik & menawan sekali pemberian dari cik RUBY ZAIZI yang sangat kawaii macam Hello Kitty tu. Hehee~




Okey! Saya nak tag kat seorang member/blogger gegul yang bertuah iaitu............................



Ja yayunk... Huhu.. Buat kali ke-2 Ann tag Ja lagi.. Wink wink ^^...


Okey! That's all... Sayonara! (^_^)

Saturday, April 16, 2011

SEGMEN: Aku disebalik dunia blog




  1. sila letak header saya ni..
  2. tajuk: SEGMEN: Aku disebalik dunia blog
  3. jawab soalan2 yang sangat mudah ni..
          a) ceritakan tentang diri korang ( kerjaya, keluarga atau apa2 je) 
          b) tujuan korang buat blog ni..?
          c) selama korang berblog ni, apa yang korang dah dapat..? 




ok, tu je..senang kan..?
tiap hari saya akan buat entry pasal segmen ni..
kiranya promote blog korang la pada blogger2 lain..
suka tak?huhuhu

kalau dah siap sila la pastekan URL korang kat sini ye..
tarikh tutup segmen ni 16/4/2011 jam 11.59PM

Wajah Baru Puduraya




...HENTIAN PUDURAYA BARU...

Hentian Puduraya di Kuala Lumpur yang berwajah baru telah beroperasi semula mulai hari ini 16 April 2011 (Sabtu). Hentian Puduraya ditutup sejak 1 Mac tahun lepas bagi proses pemodenan dan kerja-kerja pengubahsuaian. Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad, Datuk Jaafar Abu Hassan mengesahkan operasi bas di terminal sementara di Bukit Jalil sekarang akan ditutup berkuatkuasa hari ini berikutan pembukaan semula Hentian Puduraya. Kerja-kerja pengubahsuaian di hentian tersebut dilaksanakan oleh Uda Mall Sdn Bhd dengan kos RM52 juta bagi meningkatkan taraf terminal tersebut menjadi hab moden. Hentian Puduraya kini mengendalikan perjalanan bas ekspres ke Utara, Selatan dan Pantai Timur.

...PENGARAH URUSAN UDA HOLDINGS BERHAD,
DATUK 
JAAFAR ABU HASSAN... 



WAJAH BARU PUDURAYA

  • Mempunyai tiga kawasan menunggu yang baru iaitu, tingkat mezanin seluas 1,310 meter persegi yang siap dalam fasa satu pembinaan iaitu April 2010.
  • Orang ramai turut disediakan dua tempat menunggu baru di tingkat satu iaitu kawasan menunggu A dan B seluas 1,716 meter persegi yang berhawa dingin dan ia disiapkan dalam fasa dua dan tiga. Tingkat satu dulu menempatkan ruang makan dan gerai runcit.
  • Sebanyak 50 kaunter tiket disediakan di tingkat satu berbanding 108 kaunter sebelum ini. syarikat yang mempunyai pengarah sama disatukan bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pengurusan kawalan kaunter.
  • Terdapat penambahan mobiliti untuk para penumpang melalui peningkatan lif dan eskalator, penambahan dua unit walkalator, laluan pejalan kaki, sistem siar raya, penambahan tandas awam yang melibatkan kemudahan mesra pengguna untuk orang kurang upaya.
  • Terminal kini menempatkan lebih kurang 245 lot merangkumi kaunter tiket, mesin-mesin Mesin Teler Automatik, kiosk, gerai runcit serta restoran-restoran.
  • Kaunter tiket yang lebih sistematik dibina di tingkat satu, medan selera pada tingkat atas bumbung, pengubahan kipas ekzos di tingkat bawah serta keseluruhan kerja-kerja menaik taraf tingkat bawah tanah.
  • Dewan sembahyang terminal seluas 511 meter persegi telah diubahsuai dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan berhawa dingin. Setelah diubahsuai, surau itu kini boleh menampung 400 orang jemaah dan mendapat pentauliahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengendalikan sembahyang Jumaat.
  • UDA Mall telah melantik syarikat teknologi maklumat, Pegasus untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat bas dalam melaksanakan e-ticketing.
  • UDA Mall juga mengambil alih Hotel Puduraya dan kerja-kerja penambahbaikan dijangka siap pada akhir Jun dan beroperasi sebulan kemudian di bawah nama baru, Angkasa Ekspress.
  • Bas-bas daripada lebih 70 syarikat bas beroperasi di hentian itu akan ke depoh terlebih dahulu sebelum masuk ke situ. Depoh tersebut terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan 1,200 ruang letak kenderaan selain tempat makan, minum dan rehat bagi para pemandu bas. Ini bertujuan untuk mengurangkan masa menunggu bas di hab tersebut. Secara idealnya, bas menunggu 20 minit tetapi selewat-lewatnya setengah jam di situ.


SEJARAH PUDURAYA

Hentian Puduraya ialah terminal utama di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada tahun 1976 oleh bekas Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn.

Selain menjadi pintu masuk utama ke bandaraya Kuala Lumpur, terminal ini menyediakan tempat berniaga kepada para peniaga tempatan sekali gus membantu kerajaan mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru.

Kerja-kerja penambahbaikan dimulakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk mengubahsuai hentian berkenaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan keselesaan penumpang.

Penambahbaikannya bakal menjadikan ia sebagai pusat untuk bas-bas antara bandar selain bas ekspres.


PUDURAYA LAMA






PUDURAYA BARU

...KERJA-KERJA PEMULIHAN PUDURAYA...

...KAUNTER e-TICKETING...

...TEMPAT MENUNGGU BAS YANG LEBIH SELESA...

...DEWAN SEMBAHYANG SELUAS 511 METER & BERHAWA DINGIN...

...RUANG MAKAN...


Credit to: mSTAR Online

Friday, April 15, 2011

Hari Jumaat a.k.a Friday


~~@ Hari Jumaat... Penghulu segala hari...
Hari ketentuan umat... Tanda Kebesaran Illahi @~~



PERKARA SUNNAH HARI JUMAAT

Bersegera ke masjid. Hal ini sering diabaikan ramai manusia sehinggakan sebahagian mereka tidak bangun daripada tidurnya atau tidak keluar dari rumahnya melainkan apabila khatib telah masuk (ke masjid). Dan sebahagian lagi hanya hadir ke masjid beberapa saat sahaja sebelum khatib datang ke masjid. Banyak hadith yang memuatkan arahan untuk bersegera dan memerhatikan hal ini. Antaranya ialah:

Petikan Al-Quran, Hadith, Kata Hikmah & Permata Ilmu


Sila Tag + Sebar + Share : Semoga secebis pahala, setitik keberkatan & keredhaan illahi menjadi milik kita. Amin.....

Thursday, April 14, 2011

Kenapa Perlu Memilih Arkitek Sebagai Teman Hidup?



1. Arkitek sangat sabar orangnya


Bukti: Tak caye?? Dah la pengajian diorang 5 tahun.. Fuuu, memang diorang banyak sangat bersabar. Kalau tak sabar memang tak abes tau pengajian diorang. Dah la selalu kena marah, kena sound, kena 'tembak' ngan client kalau design diorang x best..


Kelebihan: Jadi anda jangan takut untuk marah2kan pasangan anda sekiranya mereka wat salah. InsyaAllah mereka akan sabar menempuh dugaan tersebut. Tapi jangan over sangat, marah-marah sayang tu ok la..

2. Arkitek tak kisah berjaga malam


Bukti: Tak dapat dinafikan lagi arkitek terpaksa bekerja hingga lewat malam untuk siapkan tugasan dan assignment diorang.


Kelebihan: Nanti kalau baby anda lambat tido atau nak tukar lampin lewat2 malam, jangan rasa bersalah untuk suruh pasangan anda je uruskan! InsyaAllah mereka akan menganggap itu adalah perkara biasa.


3. Arkitek adalah lebih romantik berbanding profesion lain


Bukti: Semua benda diorang wat adalah ngan sepenuh hati. Kalau tak, kerja diorang tak 'touching', nanti client reject. 


Kelebihan: Alamilah gaya hidup bekeluarga macam dalam citer Korea yang anda suka tengok tu! (Opsss!!). Dan selalu-selalulah merajuk, sebab nanti beliau akan pujuk anda dengan sangat romantik! Tapi jangan selalu, nanti beliau tak kuasa nak layan.


4. Jimat kos buat rumah


Bukti: Dah terbukti mereka bleh design rumah macam2 pesen..


Kelebihan: Anda bleh suruh ape saja ikut suka hati anda nak rumah cane, dan tanpa bayaran sehingga akhir hayat. Kalau pasangan anda minta gak, sah lah beliau tengah tade projek (pokai).


5. Rumah bersepah tak ape


Bukti: Studio dan bilik diorang lagi bersepah! (Bukti berupa gambar tidak dibenarkan disiar demi menjaga imej arkitek)


Kelebihan: Jadi anda takyah la bimbang kalau rumah selalu bersepah. InsyaAllah pasangan anda boleh je tahan. Tapi anda jangan selalu wat perangai lagu ni. Kang beliau cari lain!


6. Kretip


Bukti: Hasil kerja dan design arkitek memerlukan kreativiti yang tinggi untuk disukai oleh client.


Kelebihan: Kekretifan itu secara tak langsung akan mempengaruhi rumahtangga arkitek. Jangan risau, setiap ulangtahun perkahwinan anda akan diraikannya dengan cara yang anda mungkin tak menduga. Kalah citer Korea! (Itu pun kalau beliau tak lupa la).


7. Sensitip


Bukti: Mereka perlu sensitif untuk menghasilkan design yang kemas dan teliti. Mereka jugak perlu sensitif dengan persekitaran untuk hasilkan design yang baik.


Kelebihan: Kalau anda ade masalah, moody, emo tetiba atau tak seperti biasa, insyaAllah pasangan anda akan perasan. Cuma beliau nak tanya atau biarkan je anda layan feeling, itu saye tak tau la.


8. Secure!


Bukti: Dalam mendesign sesuatu bangunan, arkitek kena pastikan safety first! Kalau x safety bangunan/rumah tak dapat CF (Certificate of ... ape ntah). Kira sijil layak menduduki la.


Kelebihan: Tak perlu lagi risaukan keselamatan anda, anak2 anda, rumah anda dan harta benda anda! Pasangan anda telah pun memastikan semuanya selamat. Andai berlaku sebarang kejadian tak diingini, cari je beliau. InsyaAllah beliau akan cool je menghadapinya.


Kesimpulan: Justeru itu, apa anda tunggu lagi?? Hahahaha (gelak poyo). Hubungilah mane-mane firma arkitek untuk berkenalan dengan mereka. Haha. Tapi jangan kaco laki orang sudey..


Atau, taipkan ON ARCHI dan hantarkan ke ......... (oh nombor belum register lagi)


[p/s: artikel ni tade kaitan ngan penulis okeh, penulis budak kos lain!]


Credit to: Tuah Mohd Bakheet


p/s: Dulu pernah jugak terbaca pasal yang engineer punya. Ni arkitek pulak. Sounds great kan. Dari segi rasional akal dan pengalaman, boleh dikatakan saya menyokong kebanyakan point di atas. Lagi pun memang pernah ada kajian tentang lelaki berkerjaya arkitek lebih pandai menangani situasi kritikal, lebih tenang menghadapi tekanan dan lebih romantik.

 Walau apa pun profesion x dapat mempengaruhi seseorang 100%. Pembawaan diri yang baik sudah memadai. Dengan itu barulah orang boleh respect kita. Alrite guys ! 

(Teringat masa study UiTM dulu ada sangkut kat seorang student arkitek. PBSM sama-sama. Menyesal jugak x terima a.k.a layan dia. Good-looking, baik dan pandai. Melepas dah. Hope lepas ni ada lelaki yang terbaik dan terakhir Allah pertemukan untuk saya. Amin... :)

Hai Cik Siti Sedunia!




Siti yang pertama, namanya Siti Awaliyah..
Siti yang sukakan kamar, namanya Siti Kamariyah..
Siti yang hidup di tanah, namanya Siti Fatanah..
Siti yang suka merokok, namanya Siti Suryani..
Siti yang mengembala, namanya Siti Sapi'ah..
Siti yang alim sering ke masjid, namanya Siti Halimah..
Siti yang sering berdoa, namanya
Siti Aminah.. <that's me>
Siti yang mata duitan, namanya Siti Rope'ah..
Siti yang tidak stress, namanya Siti Sadariah..
Siti yang bunting, namanya Siti Hamilia..
Siti yang terakhir, namanya Siti Khairiyah..
Siti yang sering dikejar-kejar kucing, namanya Sitikus...
Siti yang pandai menyanyi, namanya Siti Nurhaliza


...HAI! MY NAME IS SITI AMINAH NASARUDIN ^^...

Credit to: Dirgantara Dirgan (SITIZONER's)

Wednesday, April 13, 2011

Ikan Patin Terlampau



...IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK. NYUM NYUM NYUM...

Tauke :: Ya bozz.. Makan ape mau
Customer :: Bagi patin dengan nasi putih ye
Tauke :: Orait
Customer :: Ngap ngap ngap.. Erkkk.. Bozz kasi kire sume ni
Tauke :: Suma 13000 ringgit.... Emmm Malaysia punye
Customer :: Perghh gile babeng mahal tipu ke ape ni
Tauke :: Takde tipu.. You tadi order you tak tanye dulu harga.. Bahlol betul
Customer :: Ye saya bahlol


p/s: Peniaga ikan patin di Temerloh disaran meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan terutamanya yang datang dari luar Temerloh.

Related articles:


Credit to:

You by Nur Jannah Alia



you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you.

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine.

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here.

i know it's me who say good bye
and that the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you.

for all the things i've done and said
for all the hurt i've caused of you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do.


p/s: I'll never stop thinking of you Mr A's. Ingat kenang daku dalam doa mu. The same to me too. I will always mendoakan yang terbaik untuk kamu. Semoga bertemu dengan apa yang dicari. Semoga kebahagiaan hakiki menjadi milik kamu. Kerna sesungguhnya kamu layak untuk menggapai bahagia itu. Aishiteru..... ^^

Belajar Loghat Kampung Pisang


“Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas.....” 

Masih ingat lagi penangan Hantu Kak Limah Balik Rumah?! Sepanjang 95 minit tayangan, jelas anda semua tergelak berdekah-dekah kerana sangat terhibur dengan jalan cerita, lakonan serta dialog bersahaja dalam loghat Perak yang menjadi ‘makanan’ Mamat Khalid. Siapa lagi yang sudi popularkan loghat Perak kalau bukan anak jatinya bukan? Oleh itu, saya juga sebagai anak jati Perak yang dilahirkan di atas katil Hospital Besar Ipoh mali ingin mengajak anda sama-sama belajar loghat Perak secara official di blog saya ni. 

Siapa setuju sila angkat tangan macam awok. Soley-soley~

Ameng: Bahana Dadah



Baru reda beberapa minggu lepas kisah pembebasan Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim, 33, yang ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Muar, Johor bermula 25 Mac tahun lalu kerana kes dadah mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah- Langkah Pencegahan Khas) 1985, pada 17 Mac lalu, kini masyarakat dikejutkan pula dengan isu dadah oleh Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng. 

...AMENG DIBAWA KELUAR DARI MAHKAMAH SEKSYEN KUALA LUMPUR...

HUKUMAN

Ameng telah dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12hb April 2011 bersamaan hari Selasa semalam. Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.


PERTUDUHAN

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram. Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.

Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.


KRONOLOGI KES 

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu. Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja. Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipercayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu. 


RAYUAN

Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu. 

Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut. Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan. 

Source: BERNAMA


INFO TAMBAHAN DADAH:

...SAY NO TO DRUGS...


Dadah ialah apa apa juga bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila di masukkan ke dalam tubuh badan secara di suntik, dihidu, dihisap atau di makan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.


JENIS-JENIS DADAH

...KETAMIN...
Penagih akan menyedut serbuk itu menggunakan hidung atau memasukkan ke dalam minuman.



...SYABU...


Di hisap menggunakan "dapur" yang di perbuat daripada kaca. Kemudian membakarnya menggunakan api kecil dan menyedut asap yang terhasil.



...ERAMIN 5...
Pil ini akan di hisap sehingga habis.


...ECTASY...
Dan ini paling popular di pesta kerana mudah di bawa. Penagih hanya perlu menelan dan kesan akan di rasakan 20 hingga 30 minit selepas itu.






Tips mencegah terlibat dengan dadah

  • Jangan merokok kerana merokok adalah punca utama ke arah menjadi penagih dadah
  • Kuat azam supaya tidak terlibat dengan dadah
  • Jauhkan dari bergaul dengan mereka yang disyaki terlibat dengan dadah
  • Jangan mencuba dadah walaupun sekali.
  • Jangan terpedaya dengan tawaran yang lumayan yang di tawarkan oleh mana-mana pihak. Silap haribulan kita akan terperangkap. Ramai anak gadis Malaysia telah terperangkap dengan sindiket pegedaran dadah. Mereka telah di tawarkan percutian ke luar negara tetapi sebenarnya mereka telah dipergunakan sebagai "keldai" untuk mengedar dadah.


Jenayah berkadar terus dengan bilangan penagih dadah

  • Semakin ramai penagih dadah semakin bertambah kes jenayah. 
  • Penagih sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang untuk membeli stok dadah mereka. Mereka sanggup meragut, menyamun, pecah rumah dan membunuh. 
  • Ketagihan yang melampau menyebabkan penagih dadah hilang kewarasan. 



Aids berkadar terus dengan bilangan penagih dadah


  • Semakin ramai penagih dadah semakin ramai pesakit Aids. 
  • Ini kerana penagih dadah sering berkongsi jarum suntikan sesama mereka.

Pesanan khidmat masyarakat: BELIA BENCI DADAH!!


Credit to: Miecyber


Monday, April 11, 2011

Remote Control Yang Comfortable


Remote Control Bantal ini ternyata sangat mudah digunakan dengan hanya mengklik pada butang fabrik yang menjadikan menukar saluran rancangan adalah seperti angin lalu. Ciri-ciri kuasa penjimatan adalah auto shut-off. Bermakna apabila selepas 60 saat tanpa aktiviti, remote control akan dimatikan secara automatik. Remote control ini juga mempunyai wide-range transmitter dengan infrared LED yang terbina di dalamnya.


 Apa-apa pun memang advance betul teknologi mat saleh. Kalau anda ada anak-anak kecil bolehlah praktikkan guna remote control bantal ni. Kalau kena baling or hempuk xla rosak or jammed remote control tu kan. Selain itu, ia juga praktikal. Boleh digunakan sebagai bantal mini. Sambil layan-layan cerita dan landing atas sofa boleh dibuat bantal peluk. Tapi kat Malaysia x ada jual la pulak. Kalau x mesti confirm laku macam pisang goreng panas kan !

Rantaian Arca Bibles


Jom cuci mata tengok seni arca yang diperbuat daripada Bibles oleh Robert The.....










p/s: Lihat Bible dijadikan sebagai arca oleh pencinta seni. Bayangkanlah kalau Al-Quran kitab suci agama Islam diperkotak-katikkan menjadi hasil seni di manakah terletaknya kesucian dan maruah agama itu. Renung-renungkanlah. Wassalam....

Muhammad Iman Harraz Pengemas Rumah Terbaik Dari Ladang !

  #Gambar-gambar di bawah didapati dari whatsapp mamanya# Hai si kecik ni memang kaki pengemas bertaraf antarabangsa betul. Ten...